Assalamualaikum,...
alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana aku berkesempatan lagi untuk menonton rancangan Tanyalah Ustaz, di TV9 bermula pada jam 7 hingga 8.30pagi pada 01/Feb/2018. Panel kali ini adalah Al-Fadhil Ustaz Dr Hj Mohd Farid Ravi Abdullah yang juga merupakan salah seorang ustaz yang aku gemari. 

Perbincangan kali ini di kendalikan oleh Da'i Azrin dengan topik yang berkaitan dengan anak soleh dan solehah. Banyak juga tips yang aku perolehi daripada pencerahan Ustaz kali ini dan hati makin gembira apabila Ustaz sudi  berkongsi 'rahsia' untuk dapatkan anak bagi pasangan yang belum lagi berjaya memiliki zuriat sendiri.



Ustaz memberitahu, untuk mendapatkan anak atau zuriat ini, elok di amalkan sepotong ayat yang tampak ringkas tetapi punya erti yang amat mendalam. Ayat yang di maksudkan itu adalah daripada surah Al- Anbiya' ayat ke-89.

Ayat tersebut adalah....       

 رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِي
yang bermaksud : Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik. "

Seeloknya ayat ini di baca sebanyak 40 kali semasa sujud. 

Ayat ini juga bagus untuk di amalkan pada sesiapa saja yang menginginkan jodoh yang soleh dan solehah dengan izin Allah SWT. InshaAllah....

TANYALAH USTAZ - biar tahu jangan keliru !!



" Jemput komen dan follow blog untuk tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan dan follow blog anda semula nanti. TQ "