BEBOLA KENTANG INTI SERUNDING IKAN SARDIN

Assalamualaikum... 
Bagi yang tengah pening kepala nak buat menu apa untuk minum petang, sarapan atau mungkin untuk berbuka puasa, apa kata ualls cuba resepi Bebola Kentang Inti Serunding Ikan Sardin ni. Actually, resepi ni boleh di pelbagaikan lagi tau... sebagai contoh, katakan ualls malas nak buat serunding ikan sardin ni so ualls boleh isikan dengan serunding daging atau ayam yang sudah siap di jual. 

Jika nak lebih mudah, ualls boleh buat bebola dengan inti keju, sayur atau mungkin hanya masak bebola kentang 'kosong' je semata-mata. Yang penting menu ini memang sedap dan sesuai untuk semua golongan umur daripada kanak-kanak hinggalah warga emas. 

Resepi sebegini mungkin sudah ramai yang buat tapi hakikatnya daku buat dengan hasil kreativiti sendiri selepas ada lebihan ubi kentang di dapur. Suatu hari tu betul-betul tak tahu nak masak ubi kentang ni dengan menu apa dan tiba-tiba terfikir, jika kuih cek mek molek boleh rasa sedap dengan ubi keledek maka apalah kurangnya jika di masak dengan cara yang sama dengan menggunakan ubi kentang.


BEBOLA KENTANG

BAHAN-BAHAN :
1 guni kecil kentang (lebih kurang 10 biji)
1/2 kilogram tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar garam
1 sudu teh gula pasir
air secukupnya

CARA-CARA:
1. bersihkan semua ubi, basuh dengan bersih kemudian cucuk-cucuk dengan garpu dan rebus dengan air yang mampu menggelamkan semua ubi tadi. Jika nak lebih cepat masak, kupas dan potong dengan size yang lebih kecil.

2. Setelah ubi tadi semua masak dan empuk lembut, masukkan semua ubi ke dalam bekas yang besar dan lenyek sehingga galus dengan menggunakan belakang garfu.

3. Masukkan garam, gula, tepung dan telur. Masukkan juga air sedikit demi sedikit dan adun sebati sehingga adunan tadi tidak lagi melekat di tangan. Jika terlebih air, ualls boleh tambah tepung. Tapi awas, jangan terlebih tepung pula nanti kuih ualls akan menjadi keras.

4. Setelah itu bentukkan menjadi bebola dan letakkan apa saja inti yang ualls suka dan bolehlah di goreng dengan cara deep fry (guna minyak banyak) dengan api sederhana warnanya bertukar menjadi kekuning-kuningan.

Okay, untuk serunding ikan sardin (selayang) ini ada pelbagai versi sebenarnya. Ada yang guna kelapa parut, santan dan lain-lain lagi. Tapi di sebabkan daku ni suka memasak dengan cara yang super ringkas maka aku kongsikan cara untuk buat serunding dengan cara yang paling simple.

SERUNDING IKAN SARDIN

BAHAN-BAHAN :
2 kg Ikan sardin (selayang)
segenggam cili kering
2 ulas bawang besar - hiris halus
6 ulas Bawang merah *
4 batang Serai *
2 inci Halia *
2 inci Lengkuas *
Garam
Gula

CARA - CARA :
1. Rebus ikan dengan air yang sedikit kemudian asingkan semua isi daripada tulang

2. Rebus cili kering hingga lembut dan satukan dengan bahan-bahan lain yang bertanda (*) di dalam blander kemudian kisar semuanya hingga halus.

3. Tumis bawang besar hingga naik bau kemudian masukkan bahan yang telah di kisar tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian masukkan semua isi ikan dan juga garam dan teruskan proses menggaul tu. Pastikan guna api yang perlahan ya.

4. Teruskan proses mengacau dengan api yang perlahan tersebut sehingga ia menjadi kering.

SIAP!! SELAMAT MENCUBA.....  jika nak resepi simple tapi sedap yang lain, klik SINI.


4 comments :

  1. mudah dan sedap kan dan pasti anak2 pun akan sukaaa

    ReplyDelete
  2. buat kecik2 mmg layan makan niii

    ReplyDelete
  3. sedapnyer...memang layan lah ni makan ptg2 sambil hujan renyai2 hehe

    ReplyDelete
  4. Bulan puasa ni boleh try resepi ni

    ReplyDelete

My Instagram

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates | Re-Edit By Sis Hawa