KUIH CEK MEK MOLEK KELATE - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

1 Dec 2017

KUIH CEK MEK MOLEK KELATE

Assalamualaikum ualls..
Hujan-hujan ni layan makan kuih panas-panas memang best kan? So aku decide wat Kuih Cek Mek Melok untuk di makan bersama famili.

Actually, inilah kuih pertama yang aku jatuh cinta selepas bergelar isteri kepada seorang lelaki dari negeri cik siti wan kembang ni. Ntah la sebab apa tapi aku memang suka dengan kuih ni. Tentang namanya pula aku pernah bertanyakan pada ibu mertua dan suami tapi sayangnya diaorang sendiri tak tahu kenapa kuih ini di beri panggilan nama sebegini. =D

- KUIH CEK MEK MOLEK KELATE -

Tak kisahlah nama apa pun, yang penting mudah nak buat dan sedap di makan. So, apa tunggu lagi marilah kita tengok apakah bahan-bahan dan bagaimanakah cara untuk membuatnya. Trust me! Its so easy. Ualls semua mesti boleh buat punya....


BAHAN-BAHAN:
1kg ubi kentang (pilih yang bersize kecil @ sedang saja)
1 sudu kecil garam halus
Tepung gandum
Gula

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.  Bersihkan ubi dan rebus berserta kulit sehingga empuk. Nak rebus ni mudah je, ualls masukkan semua ubi ke dalam periuk. Letakkan air sehingga paras menenggelamkan ubi, kemudian tutup dengan tudung periuk dan biarkan ia masak dengan sendirinya sehingga empuk dengan api yang perlahan @ sederhana.
 

2.  Setelah ubi sejuk, buangkan kulitnya. Nak lecet pakai tangan pun boleh sebab kulitnya memang boleh di tanggalkan dengan senang dan cepat.

3. Hancurkan isi ubi menggunakan garfu sehingga lumat kemudian taburkan 1 sudu kecil garam dan masukkan juga 5 sudu makan tepung gandum. Kemudian adunkan adunan ini sehingga sebati.


 4.   Tambahkan sedikit lagi tepung jika perlu menggunakan sudu sambil terus menguli sehingga mendapat doh yang tidak melekat di tangan. Awas! Jangan masukkan tepung banyak sangat nanti tak pasal-pasal kuih ualls akan menjadi keras... huhu..
- Rupa doh yang perfect! -

 5.  Ambil sedikit adunan, bentukkan menjadi bebola dan leperkan dengan tangan. Kemudian letakkan sedikit gula di tengah-tengahnya. Tutup kembali dan buatlah mengikut apa saja bentuk yang ualls suka. 


6.  Ulangi langkah ke 5 sehingga doh tersebut habis...


7.  Sekarang bolehlah di goreng dengan api yang perlahan sehingga warnanya bertukar garing kekuning-kuningan. Ingat tau, jangan sesekali di goreng dengan api yang kuat nanti gula di dalam kuih ini tak sempat nak cair.

SIAP!!

Mudah je kan? Bukan hanya bahan-bahannya yang simple malah cara nak buat juga teramatlah senang. Kat sini, kuih ini di jual dengan harga 3biji RM1 tapi bila buat sendiri semestinya teramatlah jimat sebab aku boleh beli ubi keledek ni dengan harga RM3 sekilo. Kalau beli 2kg hanya perlu bayar RM5 je. Jimat giler kot....

Yang penting, bila buat sendiri macam ni anak dan suami akan lebih happy sebabnya dapat makan dengan jumlah yang lebih banyak... Apa tunggu lagi? Bolehlah ualls pergi pasar beli ubi keledek tapi make sure hanya beli ubi yang bersize kecil atau sederhana je tau. Sebabnya ubi yang bersize kecil dan sederhana lebih manis, halus dan mudah empuk semasa di rebus. Kalau ubi yang bersize besar tu lebih banyak serat dan agak tak sedap bila dah jadi kuih nanti.

OKAYLAH... SELAMAT MENCUBA & BILA DAH TRY NANTI ROGER-ROGERLAH KAT AWA BALIK YE... =D

7 comments:

  1. bestnyaaa. kuih paling senang nak buat kan.. makn hujan2 ni sedap.. hihi

    ReplyDelete
  2. Kak ayu pun suka cek mek molek ni... memang layannn jer makan.

    ReplyDelete
  3. amboiiii....rajinnya mak yong niii....sedap tuuuuu....

    ReplyDelete