Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Cek Mek Molek Gebu Sukatan Cawan

Resepi Cek Mek Molek Gebu Sukatan Cawan |  Assalamualaikum. Waktu petang, lagi-lagi di hari hujan bila dapat layan makan kuih panas-panas memang best kan? Jadi aku buat keputusan siapkan Kuih Cek Mek Melok untuk di makan bersama famili sebagai menu minum petang. 

Sejak berkahwin dengan orang Kelantan (pantai timur), kuih cek mek menjadi salah satu menu kegemaran aku di sini. Cek Mek ini turut dikenali juga sebagai Cek Mek Molek dan Cek Mek Comel. Kuih cek mek molek ni memang popular di Kelantan dan sangat sedap bila dimakan waktu panas-panas. 

cek-mek-molek


Apa maksud cek mek molek?

Kenapa di beri nama Cek Mek? 

Apakah asal usul kuih cek mek molek ini?

Ada kaitan dengan sesiapa ke hingga di beri nama kuih cek mek molek ini?

Maksud che mek molek untuk negeri Kelantan merujuk kepada seorang anak dara sunti (cek mek) yang comel rupanya. Cantik (molek) pula perilakunya. 

Untuk soalan kenapa nama cek mek molek dan apa asal usul kuih cek mek molek ini sebenarnya, itu aku tidak tahu.

Mungkin kerana bentuknya. Mungkin juga kerana rasanya yang manis. Atau mungkin kerana cek molek ini gebu dan rangup dengan rasa yang sedap. 

Yang aku tahu, Cek Mek merupakan salah satu kuih tradisional melayu berasaskan ubi keledek yang dah lama ada. 

Orang pantai timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) memang sudah biasa dengan kuih cek mek molek ini. Jom kita layan resepi dan gambar-gambarnya.

Resepi Cek Mek Molek Gebu Cara Mudah Guna Sukatan Cawan

Bagaimanakah cara memasak resepi kuih cek mek molek? Artikel ini akan membincangkan cara penyediaan dan bahan yang diperlukan resepi ini.

Bahan-bahan : 

  • 1kg ubi keledek (pilih yang bersize kecil @ sedang saja)
  • 1 sudu kecil garam halus
  • Tepung gandum
  • Gula

Panduan Cara Buat Kuih Cek Mek Molek

1.  Bersihkan ubi dan rebus bersama-sama kulitnya sehingga empuk. 

2. Setelah ubi masak dengan empuk, sejukkan sebentar ubi keledek itu dan buangkan kulitnya. Nak lecet pakai tangan pun boleh sebab kulit ubi keledek memang boleh ditanggalkan dengan senang dan cepat dengan sangat mudah!

resepi-cek-mek-molek

3. Hancurkan isi ubi keledek menggunakan garfu, tumbuk guna lesung batu atau guna belakang senduk sehingga lumat kemudian taburkan 1 sudu kecil garam dan masukkan juga tepung gandum sedikit demi sedikit. 

resepi-cek-mek-molek


4. Tambahkan sedikit lagi tepung jika perlu menggunakan sudu sambil terus menguli sehingga mendapat doh yang tidak terlalu melekat di tangan. Jangan masukkan tepung gandum banyak sangat nanti tak pasal-pasal kuih kalian akan menjadi keras dan tak gebu lagi.

resepi-cek-mek-molek

resepi-cek-mek-molek

resepi-cek-mek-molek

 5.  Ambil sedikit adunan, bentukkan menjadi bebola dan leperkan dengan tangan. Kemudian letakkan sedikit gula di tengah-tengahnya. Tutup kembali dan buatlah mengikut apa saja bentuk yang kalian suka. 

resepi-cek-mek-molek

resepi-cek-mek-terengganu

resepi-cek-mek-molek

6.  Ulangi langkah ke 5 sehingga doh tersebut habis.

7. Sekarang bolehlah di goreng dengan api yang perlahan sehingga warnanya bertukar garing kekuning-kuningan.

resepi-cek-mek-molek

resepi-cek-mek-molek-sukatan-cawan

Cara Rebus Ubi Keledek Supaya Cepat Masak (Empuk)

Nak rebus ni mudah saja. Kalian hanya cucukkan ubi keledek dengan garfu kemudian masukkan semua ubi ke dalam periuk. 

Letakkan air sehingga paras menenggelamkan ubi, tutup dengan tudung periuk dan biarkan ia masak dengan sendirinya sehingga empuk. Gunakan api perlahan atau sederhana.

Tips Untuk Buat Kuih Cek Mek Molek Yang Sedap 


1. Pilih ubi keledek saiz kecil atau sederhana saja. Saiz begini lebih cepat empuk bila di masak dan tidak mempunyai 'serabut sabut' yang banyak. Jika tak ada ubi keledek oren, guna ubi keledek warna lain juga boleh. 

2. Basuhkan ubi keledek, terus potong bersama kulit dan rebus. Jangan susah payah kupas kulit ubi keledek ini kerana itu hanya akan mengurangkan rasa manis pada ubi ketika proses merebus. Jangan risau, kulit yang masa ada pada ubi keledek dapat ditanggalkan dengan mudah selepas di rebus nanti. 

4. Jangan dikisar (blender) ubi keledek yang telah empuk di rebus. Tak sedap untuk mengunyah kuih cek mek ini jika tekstur ubi keledek itu menjadi terlalu hancur (halus). 

5. Semasa proses mendapatkan doh, jangan dimasukkan ubi kentang dengan banyak sekaligus. Masukkan sedikit demi sedikit dan terus di uli sehingga mendapat doh sebati yang tidak terlalu melekat di tangan. 

6.  Ingat tau, jangan sesekali di goreng dengan api yang kuat nanti gula di dalam kuih ini tak sempat nak cair.



Boleh tak gantikan ubi keledek dengan ubi yang lain?

Apakah ada resepi cek mek molek ubi kentang?

Bila ada stok ubi keledek di rumah, jangan lupa untuk cuba buat resepi che mek molek dengan ubi keledek ini. Pendek kata macam macam boleh buat lah dengan ubi keledek ni.  

Jika tak ada ubi keledek, nak buat cek mek molek guna ubi kentang pun boleh. Resepi cek mek molek ubi kentang dan ubi keledek, sama jer. 

Yang membezakan hanyalah pada jenis ubi yang digunakan. Tapi, sudah tentulah lebih sedap cek mek molek ubi keledek kerana ubi keledek ini mempunyai tekstur yang lebih gebu dengan rasanya yang manis berbanding dengan ubi kentang. 

Selain dari resepi cek molek sukatan cawan yang aku kongsikan tadi, ada juga beberapa resepi lain untuk buat cek mek molek ini. Antaranya resepi cek mek molek che nom, resepi cek mek molek azlina ina, resepi cek mek molek Terengganu dan lain-lain. 

Kesimpulan 

Resepi Cek Mek Molek, kuih tradisi kegemaran ramai yang berasal dari pantai timur. Kebiasaannya menggunakan ubi keledek oren yang direbus sehingga empuk dan


Actually, inilah kuih pertama yang aku jatuh cinta selepas bergelar isteri kepada seorang lelaki dari negeri cik siti wan kembang ni. Ntah la sebab apa tapi aku memang suka dengan kuih ni. 

Tentang namanya pula aku pernah bertanyakan pada ibu mertua dan suami tapi sayangnya diaorang sendiri tak tahu kenapa kuih ini di beri panggilan nama sebegini. 


Tak kisahlah nama apa pun, yang penting mudah nak buat dan sedap di makan. So, apa tunggu lagi marilah kita tengok apakah bahan-bahan dan bagaimanakah cara untuk membuatnya. Trust me! Its so easy. InshaAllah mesti boleh buat punya.

Yang penting, bila buat sendiri macam ni anak dan suami akan lebih happy sebabnya dapat makan dengan jumlah yang lebih banyak.

Apa tunggu lagi? Bolehlah pergi pasar beli ubi keledek tapi pastikan hanya beli ubi yang bersize kecil atau sederhana saja. 

Sebabnya ubi yang bersize kecil dan sederhana lebih manis, halus dan mudah empuk semasa di rebus. Kalau ubi yang bersize besar tu lebih banyak serat dan agak tak sedap bila dah jadi kuih nanti.
 

Jemput join telegram kami : 


9 comments for "Resepi Cek Mek Molek Gebu Sukatan Cawan"