Kisah Benar : AKU PERNAH CUBA LARIKAN DIRI DARI SUAMI

"Awak! Maafkan segala salah silap saya ya. Halalkan juga makan minum saya!" Aku saja wat mata kuyu, bibir muncung, dan dahi kerut untuk tarik perhatian dia tapi alih-alih boleh dia buat selamba. Eh eh...tak kan tak nampak muka aku yang dah berubah 360 darjah ni? Ke dia saja wat-wat tak dengar untuk tengok perangai aku?

"Awak...... saya minta maaf! Saya pergi dulu ni... Dengar tak?" Sekali lagi aku ulang kata-kata tadi dan muka aku pun turut di ubah sama macam tadi. Kali ni dia jeling. Jeling pun dengan ekor mata jer. Pastu dia pejam balik mata dia. Lorrrr... tu jer? Sedih.....




Aku terus capai beg kecil yang telah aku masukkan beberapa helai baju tadi. Kali ni aku cuba nekad.. Kalau sungguh dia sayang kat aku dia kena pertimbangkan apa yang aku minta. Kalau dia tak mau buat bukan sayanglah namanya tu. Napa? Payah sangat ke untuk berkorban kat isteri sikit. Bukannya aku minta dia terjun lombong ke apa.

"Awak.... Saya nak pergi ni... Awak jangan cuba-cuba nak halang saya tau." Aku terus capai gugusan kunci yang tergantung di dinding. Perlahan-lahan aku buka kunci pintu kaca dengan salah satu kunci yang ada di dalam gugusan tersebut. Memang slow habis wa cakap lu. Yelah buatnya dia tak mau pujuk aku camana?

Apa! Ualls ingat daku saja nak lari betul ke? Ohhh no no no, hilang akal ka apa? Mana aku nak pi tengah-tengah malam lagu ni.


"Awakkkkk...." kali ni aku panjangkan sedikit suara. Aku bukan setakat tarik muncung yang panjang sedepa malah aku mula bulatkan mata macam nak tersembur keluar. "Awakkkkkkkkkkk....." aku henjut-henjut tubuhnya yang sedang liat berbaring di sofa tu.

"Hmmmm" jawabnya.

Ya ampunnn... punyalah aku berdrama, hmmmm je yang keluar dari mulut dia! Eeeee sakitnya hati!

"Awakkkkk....." panggil aku lagi.

"Yelah yelah.. tapi sekali ni je tauu!." Yes! Yes! Yabedabeduuu.... I win! =D

"Lekaslah... tadi nak sangat!" eh eh dia ni.. tadi bukan main menolak, kali ni dia pulak terlajak nak cepat. Tak kisahlah janji boleh.


*******************


Aku pun terus duduk di atas salah sebuah kerusi di ruangtamu rumah kami dan dia pun terus datang dan duduk di atas lantai di depanku. Aku pun apa lagiiii.... cepat-cepatlah menocang (mendandan) rambutnya yang panjang, hitam, lebat dan berkilat tu.

Yessssss... tercapai juga hajat aku! Hahaha.... pelik betul perangai daku masa mengandung aritu. Agaknya pembawakan baby perempuan kot.... takpe suamiku sayang, sekarang dah ada Kasih nanti isterimu akan tocang rambut Kasih je ye.. hehe...


Moral of the story: Wahai suami bertahanlah dengan perangai isteri yang kadangkala tak betul kerana pelbagai hormon terutamanya time mengandung tu... =D

Ini hanya kisah lucu tapi jika mahu kisah serius, boleh baca AKU DAN SUAMI HAMPIR BERCERAI KERANA FACEBOOK!! :(




12 comments :

  1. Hahhahahhaha. Pelik pelik kan. Mek mase ngndung ke amani nk cabut uban husband. Alek dio suka laaa. Hahhah. Yg kita pulak smpai berair mlut nk cabut uban dia. Duk ofis whatsapp dh mlm ni nk cabut uban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cabut uban memang harus dah... seminggu dua tiga kali kena buat! =D

      Delete
  2. Replies
    1. angin kus kus dr barat daya hahahaha

      Delete
  3. haha kelakar la awa ni...nasib suami nak melayan juga kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gatal tangan sangat dh masa tu kak... hahaha

      Delete
  4. Replies
    1. Sebab tu awa ckp yg ada sakit jntung jangan baca haha

      Delete
  5. Adoiiiiiii...buat suspen je la Awa ni....sajer jer kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala kasi gelak ketawa kak SA :D

      Delete

My Instagram

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates | Re-Edit By Sis Hawa