Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kasihan Tengok Kepayahan Anak

[ gambar sekadar hiasan ]

Aku paling suka lihat wajah anak-anak ketika mereka sedang nyenyak tidur. Kalau yang kecil aku lihat dengan pandangan yang seronok (sebab comel sangat) tapi apabila lihat anak pertama, dua dan tiga aku rasa cukup sayu dan kasihan sebabnya memang nampak sangat-sangat keletihan.

Mana tidaknya, pukul 6pagi bangun tidur terus mandi, solat dan siap ke sekolah. Pukul 7pagi suami dah mula hantar dan tiba di sekolah mereka terpaksa perlu bersedia untuk apa saja yang bakal berlaku di sekolah pada hari itu.

Anak aku pulang ke rumah dalam jam 3petang dan kadangkala lajak sampai pukul 5petang kerana ada aktiviti tambahan. Tiba di rumah sudah perlu bergegas bersihkan diri untuk solat Asar. Usai solat masing-masing terus buka tudung saji tengok apa yang boleh di makan. Kasihan sangat, cukup kasihan. Selesai makan selalunya sudah pukul 6petang. Bermakna anak-anak aku cuma ada setengah masa sejam saja untuk duduk dengan senang lenang di bilik atau di ruang tamu.

Pukul 6.30 petang, sekali lagi mereka  akan bersihkan diri dan bersiap-siap. Setelah siap mereka akan terus makan malam. Jam 7malam masing-masing sudah ready dengan kopiah dan Al-Quran menunggu kami untuk menghantar mereka ke masjid. Mereka akan berada di masjid sehingga jam 9malam. 

Selesai kelas mengaji kami akan terus bawa mereka pulang ke rumah dan selalunya masa ini jam menunjukkan 9.15malam. Ketika ini aku dan suami memberi mereka kebebasan untuk buat apa saja sehingga jam 10malam. Apa lagi masing-masing sibuk capai handphone untuk layan games dan whatsapp. Aku dan suami memang sama sekali tak kacau tapi kami masih jeling-jeling untuk lihat games apa yang mereka sedang main. Bukan apa sekarang ni banyak sangat aplikasi yang tidak sepatutnya. Ada juga aplikasi lucah yang di berselindung di sebalik permainan. Aku cukup risau hal ni.

Bila tiba jam 10malam masing-masing akan buka buku latihan. Jika ada kerja rumah mereka akan buat kerja rumah dan jika tidak ada kerja rumah mereka akan baca dan ulangkaji. Mereka akan buat ulangkaji di ruang tamu di hadapan aku dan suami. 

Jam 11malam aku dan suami akan check semua kerja rumah yang mereka telah buat. Walau kami tahu ada jawapan yang salah namun kami sesekali tidak akan menyuruh mereka perbetulkan kerana itu juga salah satu cara pembelajaran. Janji bila mereka tanya bagaimana mahu dapatkan jawapan? Maka kami akan cuba bantu beri cara dan kaedah untuk menjawab soalan tersebut. Dari segi jawapan kami sama sekali tidak akan masuk campur. Biar salah dan di perbetulkan guru dari salah di atas kertas jawapan peperiksaan.

11.15malam mereka semua akan masuk tidur. Kasihan, baru saja letak kepala di atas bantal, masing-masing sudah mula hanyut di bawa ke alam mimpi. Itulah dia pengorbanan anak-anak aku ketika hari persekolahan. Aku sebagai ibu hanya boleh memberi kata semangat dan doa moga segala usaha dan penat lelah mereka terbayar dengan keputusan yang memberangsangkan. Namun sekiranya keputusan mereka tidak seperti yang di harapkan aku tidak pernah marah mereka dengan kata-kata yang tidak sepatutnya kerana aku tahu mereka telah pun cuba sedaya upaya mereka. 5 hari seminggu mereka bergerak dengan rutin yang hampir sama bukanlah satu perkara yang mudah.

Kadangkala aku ada juga berkongsi cerita dengan saudaraku yang berkerja sebagai guru. Dia sering juga beritahu yang kerja sebagai guru sangat penat. Ada pelbagai tahap aktiviti yang perlu di laksanakan. Kadang-kadang cuti hari minggu juga terpaksa di korbankan. Aku hanya mengangguk tanda faham tapi dalam masa yang sama aku turut rasa sedikit terguris dengan keluhan sebegitu. 

Kalau tidak di fikirkan hubungan kekeluargaan, ingin saja aku menjawab "Awak yang pilih untuk kerja guru kan? Hari-hari penat lelah cukup bulan dapat gaji. Hari-hari beri ilmu dapat pula ganjaran pahala. Kalau tak nak penat boleh berniaga sendiri jadi boss."

Aku bukan berniat mahu cari gaduh sebab itu jawapan tersebut aku pendam je dalam hati. Cuma terus terang aku katakan, aku cukup kasihan melihat anak-anak ku yang juga tak cukup masa seperti guru. Namun aku tak nafikan ada ramai guru yang benar-benar ikhlas ketika menjalankan tugas mereka sebagai seorang pendidik.

Aku juga bersyukur kerana anak-anak memiliki guru yang cukup baik dan prihatin. Jasa para guru amat besar pada anak-anak aku dan aku juga cukup lega kerana dengan jadual mereka yang padat inilah, mereka tidak akan berada di tempat yang tidak sepatutnya dan secara tidak langsung aku tahu di mana semua anak-anak aku berada setiap masa dan ketika.
Terbayang kesukaran anak-anak orang asli dan guru di kawasan pendalaman yang terpaksa menempuh perjalanan sukar untuk ke sekolah. Perit getir mereka untuk saling memberi dan menerima membuatkan kita rasa betapa agungnya nilai sebuah ilmu. 

4 comments for "Kasihan Tengok Kepayahan Anak"

  1. kenang kan anak-anak ni, buat hati kita jadik syahdu :(
    anak-anak aida, kul 10 aida da paksa utk diorang tido.
    kalau x tido pun, korang baring la atas katil korang tu hingga tertido.
    kekadang diorang berborak ler dua bradik. terkekek diorang gelak aida dgr dari luar bilik.
    penat. diorang memang penat. masa pulak skang makin singkat.
    keje rumah byk. subjek pun skang makin berat. tak tercapai dek akal mereka.
    tapi tu la, demi pendidikan, diorang kena jugak capai kan.

    ReplyDelete
  2. Memang kesian tengok budak2 sekarang. jadual belajar pun makin padat. banyak perubahan yang dibuat. format peperiksaan semua semakin tough. Tapi, demi untuk menimba ilmu, terpaksa juga la kan. Bab yang cikgu tu pula, hmmm. Cikgu pun bebanan dia makin berat. Banyak dasar and benda yang kena implement dekat sekolah. Kalau dah kerja, kena buat juga. ikhlaskan diri saja lah.

    ReplyDelete
  3. mmg kesian pada anak2 tapi tu la..untuk terus berjaya..untuk maju dengan cemerlang mereka kena berusaha dan kita perlu latih mereka untuk tidak membazirkan masa..mmg betul tu Awa..mmg seronok tengok anak2 bila waktu tidur ni..rasa sejuk pandang mereka

    ReplyDelete