Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kisah Benar Percintaanku Part 3 - Suratan Atau Kebetulan

Sambungan dari
Kisah Benar Hidupku Part 2 : Cari Tempat Luah Perasaan

Pada mulanya aku berhajat untuk menghubungi Qamar melalui panggilan telefon tapi sebagai seorang perempuan rasa malu aku itu masih lagi menebal. Jadi akhirnya aku membuat keputusan untuk menghubungi Qamar melalui surat sahaja. Di dalam surat tersebut aku ceritakan kesemuanya. Apa yang hati aku rasa itulah yang aku tulis sampaikan aku sendiri tidak perasan sudah berapa helaian kertas aku coret tanpa tahu mana pangkal dan hujungnya. Selalunya selepas menulis sesuatu surat aku akan membacanya semula tapi tidak untuk kali ini. Aku tulis, terus masukkan ke dalam sampul dan gam. Esok pagi aku terus pos untuk di terbangkan kepangkuan Qamar.

Selang beberapa hari selepas itu Qamar menelefonku di rumah. Sebaik saja menerima panggilan telefon darinya, aku yakin yang Qamar pasti sudah menerima surat dari aku itu. Selalunya becok mulut aku bercerita itu ini dengan Qamar di telefon tapi tidak untuk kali ini. Mujur jugalah telefon rumah berada di dalam bilik jika tidak pasti famili aku perasan.

Lama juga kami menyepi di awal perbualan pada malam itu. Akhirnya aku bersuara...

Aku : Awa ada hantar surat kat Qamar, ada dapat tak?
Dia : Ada!
Satu patah jawapan saja yang keluar dari mulutnya dan jawapan itu terus buat aku terkedu.

Dia : Napa diam?
Aku terus diam juga. Tiada sebarang kata mampu aku luahkan.

Dia: Awa... cakaplah. Saya tanya ni.
Aku : Awa tak tau nak cakap apa.
Dia : Awa sedih lagi ke?
Aku: Mestilah. Sapa tak sedih kalau semua orang cakap macam-macam, fikir macam-macam tentang Awa.
Dia : Awa ingat kat dia lagi ke?
Awa : Tak ingat dah cuma hati ni ja tak happy.
Dia : Itulah.. kita dari dulu nak kat dia tapi dia langsung tak nak bagi kita peluang.

Dush... aku rasa bagaikan kena tumbuk dengan tangan besi. Keras dan sakit. Biar betul Qamar ni.

Aku : Awak tak payah lah main-main. Saya tengah sedih ni.
Dia: Saya serius lah ni.
Aku : Napa tak cakap dari dulu?
Dia: Hahaha.. macamana nak cakap kalau peluang pun tak ada. :D

"Awa, kalau Awa tetap tak sudi saya faham. Macamana sekalipun saya tetap kat sini untuk dengar semua masalah Awa. Lagipun memang dari dulu Awa cerita macam-macam kat saya kan?" katanya lagi.

Memang betul, dari dulu lagi aku selalu ceritakan semuanya pada dia. Aku bukan tak pernah bercinta sebelum terkena buatan orang tu, ya aku telah pernah bercinta sebelum itu. Cumanya percintaan aku telah putus di tengah jalan. Aku tak salahkan dia tapi aku salahkan diri aku sendiri. Aku sendiri yang kurang peka dengan hubungan tersebut. Aku sendiri yang tidak terlalu serius menjaga hati bekas kekasih aku dulu. Semua itu aku telah ceritakan pada Qamar malah Qamar juga pernah terserempak aku dan bekas kekasih sebanyak beberapa kali dulu. Sejak kecewa itulah aku takut nak dekat dengan lelaki lagi.

"Bagi Awa masa untuk fikirkan dulu." Kalau orang lain memang aku akan terus cakap tak nak tapi di sebabkan Qamar aku tak sampai hati untuk terus mengatakan tidak. Setidak-tidaknya Qamar tahu yang aku telah cuba mempertimbangkannya sebelum terus menolak.

Sebaik saja menamatkan panggilan telefon aku benar-benar rasa buntu. Akhirnya aku cuba imbas kembali satu demi satu kenangan antara aku dan dia. Ternyata semua kenangan antara aku dan Qamar indah-indah belaka. Tapi bagaimana aku nak terima dia kalau rupanya sama sekali aku tak kenal?

Hari demi hari aku menjadi semakin murung. Emak juga dah mula perasan. Saat itu aku tidak ada pilihan melainkan cerita pada emak untuk meminta pandangannya. Jawapan dari emak amat mengejutkan aku..

"Emak dah boleh rasa yang Qamar tu memang dari dulu nak kat Awa cuma Awa tu ja yang tak ambil peduli. Kalau dia tak suka kat Awa tak kan dia sanggup pos hadiah kat Awa tiap-tiap tahun. Tak pernah sekali dia lupa harijadi Awa sampai sekarang. Tapi Awa tu tak pernah sekalipun bagi apa-apa kat dia kan?" kata emak.

Aku diam! Betul, Qamar tak pernah sekalipun 'curang' pada aku walau dia tahu aku telah ada insan istimewa ketika itu. Qamar tetap 'setia' menunggu aku rupanya dari dulu sampai sekarang.

Emak : Macam ni lah, nasihat emak ada baiknya Awa pilih orang yang betul-betul sayang dan hargai Awa daripada Awa pilih orang lain. Lagipun Awa kenal Qamar dah lama kan?

Aku : Tapi mak, Awa tak pernah tengok dia. Awa tak pernah tahu langsung rupa dia macamana.

Emak: Habis orang dulu-dulu kahwin tengok rupa dulu ka? Tak jugak!

Aduh! Emak ni... zaman dulu dan zaman sekarang pula di bezakannya. Ya ampun.

"Kalau emak ada kat tempat Awa, emak terima. Terima dulu bukannya nak kena terus kahwin" itulah jawapan terakhir emak untuk aku. Terdetik di hati ada betul juga cakap emak tu. Apa salahnya kalau aku terima dulu untuk kenal lebih rapat. Lepas tu baru aku buat keputusan, setidak-tidaknya aku telah pun memberi Qamar peluang. Lagi pula bukankah aku bertembung buat kali pertama dengan Qamar di masjid? Adakah itu juga merupakan satu petanda?

Aku tak tunggu lama, aku terus capai telefon dan hubungi Qamar di Selangor. Kalau tunggu lebih lama aku takut keputusan ini akan berubah. Sebaik saja Qamar menjawab telefon aku terus berkata..

"Awa setuju!! Awa terima!!"

"Hah? Apa dia?" tanya Qamar semula.

"Awa kata, Awa setuju." ulangku sekali lagi.

"Betul ni?" tanya Qamar semula.

"Tak jadilah kalau macam tu.." balasku.

"Eh jangan jangan.. eh bukan jangan.. Jadi jadi..!!" dapat aku dengar ada nada kegembiraan dalam suara Qamar. Aku meminta untuk tamatkan perbualan dulu dan Qamar juga berjanji akan hubungi aku semula malam nanti.

Sejak itu bermulalah episod cinta jarak jauh antara aku dan Qamar. Gila betul! Aku sama sekali tak kenal rupa dia tapi aku boleh rasa happy bercinta dengan dia. Qamar memang suka layan kerenah aku dia juga suka buat lawak untuk buat aku happy. Aku juga sudah kembali bersemangat untuk mencari sebuah pekerjaan yang baru. Malangnya, mulut orang kampung masih juga seperti dulu. Setiap kali keluar bekerja ada saja jelingan orang kampung terhadap aku. Rimas, aku sangat-sangat rimas.

Hendak di jadikan cerita, satu hari aku bersuara pada emak. "Kalaulah dapat kerja kat tempat jauh kan best. Langsung tak ada orang yang kenal." Dengan spontan emak menjawab, "pergilah Awa. Emak tetap akan izinkan."

Bagaikan orang yang tengah mengantuk di sorokkan bantal. Aku mula mencari kerja melalui suratkhabar dan akhirnya aku menerima surat panggilan temuduga. Yahooo... happy happy. Tapi masalahnya kerja itu di Selangor dan nak tak nak aku terpaksa meminta tolong daripada Qamar.

Semestinya Qamar bersetuju. Beliau terus meminta izin daripada abang sulungnya untuk aku tinggal di rumah abangnya itu untuk beberapa hari. Abangnya dah kahwin dan dah punya cahayamata pun. Manakala Qamar pula tinggal dengan abangnya yang seorang lagi. Kiranya Qamar dan dua abangnya sama-sama tinggal di kawasan yang sama. Hubungan mereka bertiga juga amat akrab. Baru aku tahu yang perihal diri aku sudah di ketahui oleh semua ahli keluarganya dan mereka juga tidak sabar untuk menemui aku secara langsung.

Tiba hari yang di janjikan. Aku menaiki bas untuk ke sana. Qamar sudah berjanji akan menunggu aku di Puduraya bersama dengan abangnya. Sepanjang perjalanan dari utara ke Selangor membuatkan aku tidak senang duduk. Perjalanan yang memakan masa hampir 7jam terasa cukup pantas di hati aku. Ketar, debar, rungsing dan teruja bermain-main di dalam hati aku ni.

Ya Allah, memang susah nak gambarkan perasaan aku ketika itu. Kadangkala akal jahat aku ada berkata. Bagaimana kalau Qamar tipu aku? Bagaimana kalau Qamar tak tunggu pun aku di sana? Bagaimana kalau Qamar akan buat perkara jahat pada aku? Ye lah, seorang gadis ingin pergi menemui seorang pemuda, jauh pulak tu, bahaya kan? Tapi aku yakin dengan Qamar berserta dengan keizinan yang di beri oleh ibu.

di sinilah tempat basku berhenti

Akhirnya, bas yang aku naiki perlahan-lahan menghampiri kawasan Puduraya. Jika dulu aku ke sini dengan keluarga semasa aku masih kecil tapi kini aku ke mari seorang diri. Mata aku melilau melihat ke luar bas tapi kaki aku tetap tidak mahu berganjak. Nervous.. sangat sangat nervous. Hanya Qamar kenal aku tapi aku sama sekali tidak kenal dia. Hensem ke tidak ya?

Aku antara orang yang terakhir turun dari bas tersebut. Sebaik saja mengeluarkan bag pakaian dari bahagian perut bas, terlihat kelibat seseorang berjalan menghampiri aku. Dari jauh dia tersenyum lebar dan melambaikan tangannya ke arah ku.

Adakah itu Qamar? Oh tidak... "Emak!!! Awa nak balik!!!" Jeritku di dalam hati....


Baca Sambungannya DI SINI

34 comments for "Kisah Benar Percintaanku Part 3 - Suratan Atau Kebetulan"

  1. Replies
    1. demi Allah ini kisah betul. Ini kisah hidup saya sendiri :D

      Delete
  2. cepat sambung!!!best plak baca.teringat zaman muda dulu.sekarang je dah malas nak cinta-cinta ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah esok pagi Awa publish part seterusnya ya. Tak yah bercinta la Sal, tiba masa jodoh sampai terus kawin :D

      Delete
  3. Replies
    1. part 4 dah ready tapi nak baca kena tunggu besok pagi ye :D

      Delete
  4. Aduh...ada sambungan lagi...tak sabar nak baca ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah besok pagi Awa publish sambungannya

      Delete
  5. awa.... cepat sambung lagi.. tak sabar nak baca episod seterusnya... mcm baca novellllll.... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan dh ckap. kisah awa ni macam novel :D Esok pagi awa publish part seterusnya ya. tungguuu..

      Delete
  6. Aish suspen dah ni... siapa Qamar, camne orangnya.... (Sabar...) hihi..

    ReplyDelete
  7. Haha..suspen betullah...siapa qamar ni????

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeng jeng jeng.... Mrs Pip rasa2 siapa? :D

      Delete
  8. Alaaaaaa besok pagi pulak. Dha excited dah niiii, kak hawa! 😂😂😂

    ReplyDelete
  9. kisah perigi mencari timba yg jujur., best baca ., ;p kipidap dongibap

    ReplyDelete
  10. best...mcm baca novel pulak Umi rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. awa mmg ada cita2 nak tulis novel umi tapi x kesampaian lagi hehe

      Delete
  11. nasib baik sy terlambat singgah blog sis. jadi tak tertunggu2 part seterusnya

    ReplyDelete
  12. Ishhhh cerita real ke nih? Olahan ayat awa seronok baca.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya cerita real. Awa memang minat menulis so awa gambarkan situasi sebenar dalam olahan ayat seperti sebuah novel.

      Delete
  13. Suka nasihat mak sis Awa, lebih baik pilih orang yang lebih sayangkan kita..

    Hehehe suspen la ending tu, napa,tak ensem ke.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasihat yang terbaik untuk seorang perempuan. mmg ada betulnya pun. kalau pilih org yg kita sayang belum tentu org yg kita pilih tu sayang kita sepenuh hati, bukankah kita juga yang rugi? Lelaki takpe lah boleh kawin 4 kan.. tapi perempuan ni? So sis ikut nasihat mak.. :D

      Delete
  14. saspen ending nyer!
    aida proceed ke part 4 :)

    ReplyDelete
  15. hahahahha...xsabar nak sambung!next part! haha

    ReplyDelete
  16. Syok baca siap boleh buat drama imaginasi doh ni ekin kak awa hahahaha

    ReplyDelete