Selepas selesai menulis artikel bertajuk Ayam Brand™ Raikan 125 Tahun Sebagai Sebahagian Daripada Keluarga Malaysia tadi, aku pun cuba lah search untuk melihat apakah ada blogger lain yang menulis artikel dengan tajuk yang sama seperti aku. 


Apa yang membuatkan aku terkesima ialah,.. apabila aku terlihat ada beberapa buah blog yang cukup aku familiar turut muncul di dalam senarai carian. Nampaknya Google telah mengaitkan mereka dengan tajuk artikel yang sama. Terus terdetik di hati ni, eh eh diaorang tulis tajuk yang sama jugak ke?

Aku pun segera singgah di blog mereka untuk mencari artikel terbabit tetapi malangnya sama sekali tidak ada! 


Akhirnya aku perasan yang blog mereka turut muncul di carian google adalah di sebabkan oleh bloglist. Inilah dia kuasa bloglist.  Walau sama sekali tidak menulis artikel dengan tajuk terbabit tetapi secara tidak langsung telah terkena 'tempias' secara tidak di sengajakan. 
Di kesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih pada semua yang sudi untuk melekatkan blog aku ini di dalam senarai bloglist kalian. Bukan hanya sekadar melekatkan saja malah merekalah antara orang terawal yang datang meninggalkan komen setiap kali artikel baru di terbitkan.
Terima kasih sekali lagi sahabat-sahabat. Ada masa lapang, saya pasti akan singgah semula untuk membalas kunjungan :D

" Terima kasih banyak2 pada yang sudi tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan anda semua nanti"