Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sebab Kenapa Menghilang Selama Beberapa Hari

Assalamualaikum my blogger friends.. 

1st of all, sis nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada kengkawan yang sudi mesej tanya khabar. Tak sangka ada juga yang merindui diri aku yang tak seberapa ni setelah beberapa sunyi sepi tanpa sebarang update.

Kenapa Menghilang?
Tak lain tak bukan sebab tak sihat la u alls. Asyik demam, muntah dan pening! Bukan setakat tak lalu makan malah nak bangun pun tak boleh. Jawabnya duduk kat rumah siang malam pagi petang asyik baringggg jer. 

Semua kerja rumah tak pasal-pasal encik husband yang kena settlekan. Kesian juga tengok dia terpaksa bangun lebih awal semata-mata nak siapkan breakfast dan uruskan semua anak-anak untuk ke sekolah. Lepas hantar semua anak dia tergesa-gesa pula ke tempat kerja. 

Nanti tengahari terpaksa pula gunakan masa rehatnya yang hanya sejam untuk pickup anak-anak dari sekolah semula. Makan tengahari pun dia terpaksa telan dengan cepat-cepat. Tapi bila fikir dua kali memang patut pun encik husband berkorban. 

Nak tahu kenapa?

Sebabnya aku di sahkan mengandung lagi!! Erk...

Terus terang cakap actually aku tak betul-betul ready lagi sebabnya anak aku yang ke lima tu baru jer berusia 17 bulan tapi apa boleh buat dah namanya rezeki kan? Tak kanlah aku nak buang kot! Ish.. mana boleh. 

Walau tak betul-betul ready 100% tapi untuk buang memang tak kan punya lah. Lagipun kalau nak di ikutkan suami aku ni memang nak anak lagi cuma aku jer yang tak nak sebabnya dah tak larat rasanya nak terus bersalin. Ye lah dah lima orang kot! Bagi aku dah ramai dah tu. haha.. 



Suka atau tidak... ready atau tidak... anak adalah anugerah yang terindah dari Dia. Bagi orang perempuan hamil dan melahirkan adalah satu pengorbanan yang akan di pandang tinggi oleh Dia dan disebabkan itulah ia boleh di anggap sebagai penghapus dosa malah jika ditakdirkan menemui ajal ketika sedang hamil dan melahirkan, maka kita boleh di anggap sebagai mati syahid. 

Dan menurut islam sakit yang palinggggg menyeksakan adalah kematian manakala sakit ke dua yang palingggg menyakitkan adalah di saat melahirkan. Alasan inilah yang aku pegang selama ni sehingga membolehkan aku dengan relahatinya menahan diri untuk menghadirkan lima zuriat sebelum ini. 

Bila ada kawan-kawan tanya, "Awa.... tak sakit ke?" Hey of course sakit! Dah dalam Islam ada mengatakan saat bersalin adalah kesakitan ke dua selepas mati mana boleh cakap tak sakit. Tapi itulah, kita anggap saja ini semua sebagai penghapus dosa. 

Berapakah usia kandungan?

Entahlah Awa sendiri tak sure. Besar kemungkinan baru 6-7 minggu kot. 

Tak apalah, yang penting, alhamdulillah dah rasa makin okay. Bukan setakat ubat, siap ada mempelam muda lagi untuk atasi rasa mual ni. Mujurlah kawan baik Awa sudi kasi mempelam muda ni kat Awa. 

Sudahlah di beri percuma, siap pesan pulak tu kalau nak makan lagi datang je rumah dia bila-bila masa dan ambillah seberapa banyak pun yang nak. Inilah yang di katakan orang memberi kita merasa kan? Jika kita buat baik dengan orang pasti orang akan berbuat baik dengan kita semula. 


Di kesempatan ni Awa nak minta maaf sangat-sangat pada beberapa orang rakan blogger yang ada membuat tempahan blog dari Awa tu. Awa tak pernah lupa cumanya Awa betul-betul tak mampu nak siapkannya beberapa hari lepas seperti yang telah Awa janjikan. 

Betul-betul tak mampu! Jangan kata nak hadap semua code html javascript tu, nak on laptop pun Awa rasa takde mood. Baru je buka tengok cahaya laptop ni terus rasa pening dan muntah. Acaner tu?

Sebelum ni bukan main seronok bila awal kehamilan tak alami apa-apa morning sickness (suami yang alami) tapi kali ini Awa sendiri yang kena. Macam ni rupanya, lembik rasa seluruh badan! Omg.

Tapi tak apa, alhamdulillah sekarang Awa dah makin okay. Yahooo... Kalau sebelum ni jangan kata nak buat apa-apa kerja, nak makan pun langsung takde selera tapi sejak semalam Awa dah mula boleh terima nasi dan makanan lain semula. Syukurlah, rasa okay sikit badan ni bila dah boleh menelan makanan semula.

Lastly, Awa minta semua kawan-kawan doakan kesihatan Awa dan baby yang bakal lahir ni ye. Risau juga sebenarnya sebab Awa pernah keguguran sebelum ni sekali. But, InshaaAllah Awa yakin jika ada rezeki tidak ke mana. 

Jika kengkawan ada pengalaman tentang alahan semasa mengandung dan lain-lain, sudi-sudikanlah share dengan Awa ya. Sila tinggalkan pengalaman awak tu di ruangan komen, Awa betul-betul teringin nak tahu. Byeee... 



27 comments for "Sebab Kenapa Menghilang Selama Beberapa Hari"

  1. Assalamualaikum... tahniah sis awa... baru ingat nak pm sis smlm.. tp sbb bz tak sempat nak tgk fb.. nanti sis bg detail ye kat email dilah utk dilah pos hadiah.. semoga sis dan baby sihat2 selalu.. thanks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam... ok nanti sis email address... tq sekali lagi :D

      Delete
  2. Tahniah.....happynya dgr awa pregnant lagi.
    Mrs pip doakan awa cepat sihat, dan hope can get a princess this time...
    Kita faham awa tak larat nak buat byk kerja, so kerja2 editing designing blog tu kita boleh tunggu, yg penting kesihatan awa ....
    Nnt kongsi lah cerita awa mengandung .... congrats awa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQSM mrs pip. ini yg buat awa makin sayang kat mrs.pip ni. Awa dah makin sihat sikit dh, alhamdulillah. aritu teruk sgt sbab langsung tak lalu nk makan.. huhu.. ni dah mula nak terima makanan semula rasa sihat sikit :D

      Delete
  3. awaaaaa... tahniahhhhh...
    Liez tergerak dalam hati nak ckp maybe awa preggy kot... duk sembang ngan umi fuzy tanya mana la awa pergi.... senyap je... Alhamdulillah rezeki ALLAH SWT tu memang la klau fikir cepat betul.. nurse marah la nnt kan... tp ini yang tertulis ... get well soon awa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo dok gosip belakang I ye... hahaha... TQ sbb rindukan Awa :D itulah, ni mesti nurse marah punya ni... tapi dah rezeki nak buat macamana. Terfkir juga aritu jgn2 menang lazada dll tu sbb rezeki si kecik dalam perut ni apa. cuma x perasan yang pragnent.. tetiba je asyik sakit kepala dan demam2.. ingatkan demam biasa rupanya demam ada makna

      Delete
  4. wah..tahniah..take care,..:)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Tahniah Awaa. Smga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  6. Tahniah! semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  7. Tahniah Awa....semoga dipermudahkan segalanya dan diberikan kesihatan yg baik utk Awa dan baby tu jua yg lain2..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Tahniah Hawa..
    semoga Hawa dna baby sehat..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, tahniah Awaa.. Jaga kandungan tue elok-elok dan jangan buat kerja terlalu berat.. =)

    ReplyDelete
  10. tahniah sis, semoga diberi kesihatan yang baik.. jaga kandungan baik-baik tau.. :)

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah.. hee~ semoga proses kehamilan berjalan lancar.. jaga baby dan diri tu leklok ya awa..

    ReplyDelete
  12. tahniah sis...semoga diberi kesihatan buat ibu dan baby....

    ReplyDelete
  13. tahniah dan semoga sihat selalu..

    ReplyDelete
  14. Tahniah awa...semoga diberi kesihatan yg baik

    ReplyDelete
  15. Kak Awa.......>Tahniah!!!!! I'm so happy for you.. Jaga diri dan kesihatan ya...

    ReplyDelete
  16. wah tahniah sis, moga terus sihat dan dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete
  17. No wonder lah...
    Alhamdulillah! Congrats, sis hawa!!! Yeayy tetibe teruja pulak nak dapat ank buah baru. Nanti please panggil KAKAK okey! Haha.. Take a good care of yourself and baby tauuu, sis hawa! Kite doa yang baik-baik aje untuk sis hawa, insyaAllah... ❤❤❤

    ReplyDelete
  18. Wahhh... Alhamdulillah... Murah rezeki Awa... Saya baru nak tambah jadi 5, Awa nak 6 dah... Semoga dipermudahkan segala urusan... Semoga diberikan kesihatan yang baik...

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah, rezeki Allah!
    seronok nyer aida mndgr citer kawan2 pregnen.

    ReplyDelete
  20. Tahniah sis Awa �� Jaga kandungan baik-baik

    ReplyDelete
  21. Tahniah Sis, Alhamdulillah rezeki, sorry baru wish sebab baru muncul...Hihi, banyak sangat kerja hakiki nak kena settle... Jangan banyak sangat kerja kuat... Huhu...

    ReplyDelete
  22. Lorr, sis awa tengah pregnant rupanya. Apa khabar baby? Hehe

    ReplyDelete