Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ara - Pokok Terpinggir Yang Banyak Manfaat

gambar-pokok-ara
sumber Google
Masa tinggal di utara tanahair, aku hanya pandang si pohon ara ni dari jauh je. Bagi aku pokok ara ni takde apa specialnya pun dan buahnya sama sekali tidak boleh di makan. 

Lagipun pokoknya tu agak tinggi so untuk apa aku susahkan diri ambil tahu tentang pokok ni kan?

Tetapi pemindahan aku ke Kelantan telah membuatkan pemahaman cetek aku tentang si pohon ara turut berubah. 

Terasa bodoh pula aku kerana cepat sangka buruk sangka. 


Itulah, dalam Islam kan dah sebut yang setiap benda ciptaan Allah SWT ni pasti ada kegunaanya cuma kita ni je yang malas nak ambil tahu.

Berada di Kelantan membuatkan aku dapat merasa si buah ara yang selama ini hanya aku pandang sepi. Masa pertama kali makan aku sendiri tak tahu buah apa lah yang sedang aku mamah tu.

Ye lah, orang kat sini potong kecil-kecil dan di masak gulai bersama dengan daging jadi bila sekali tengok tu tak perasan pun yang dalam gulai tu turut terdapat buah ara ni. Aku nampak rupanya sama jer dengan ketulan daging tu.

 Tapi bila suap ke mulut, eh eh lain macam jer?

 Lembut jer? 

Benda apa ni?

Bila suami cakap buah ara, hmmm berkerut jugalah muka aku masa tu. 

Dalam kepala mula berfikir, boleh makan ke buah ara ni? 

Tapi dalam masa yang sama akal logik aku pula berkata..."kalau tak boleh makan napa diaorang buat gulai guna buah ni?" Jadi apa lagi... aku telan je la dan percaya atau tidak rasanya mashaaAllah. Sedap.

Gulai Kawah Daging Buah Ara Selalu Ada Di Kelantan

Ini rupa gulai daging bersama buah ara. Peratikan betul-betul, mana satu daging dan mana satu buah ara?

gulai-daging-buah-ara
Gulai Daging bersama Buah Ara - kredit pic Azie Kitchen



Tapi bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan gulai daging bersama buah ara ni sebabnya masakan ni boleh di katakan salah satu dish yang agak special kat sini. Selalunya gulai daging bersama buah ara ni hanya di hidangkan di kenduri-kenduri jer. 

Kalau pergi cari kat restoran biasa-biasa memang payah giler nak jumpa. Mudah cakap macam gulai daging bersama umbut kelapa atau batang pisang yang agak terkenal di utara tu la. 

Kalau hari-hari biasa bukannya mudah nak dapat. Agaknya sebab payah nak buat kot!

Jenis Pokok Ara Dan Kelebihanya 

Berkat bantuan Mr.Google, pokok ada scientific name adalah Ficus. Pokok ara, dikenali dengan nama saintifik Ficus carica adalah pokok yang menghasilkan buah-buahan yang enak dengan rasa manis masam.

Menurut info Google juga, dikatakan pohon ara ni berasal dari daerah kepulauan di Asia Tenggara dan ianya banyak tumbuh di negara-negara asia termasuklah Malaysia. 

Selalunya pohon ara ni banyak terdapat di pinggir-pinggir sungai tetapi ia juga boleh tumbuh di dataran rendah hingga tinggi.

Nama panggilan tempatan untuk si pohon ara ni adalah berbeza-beza mengikut daearah masing-masing. Antaranya 'ara' (Malaysia), 'cay sung' (Vietnam), 'ma duea' (Thailand), 'ju guo rong'(Tiongkok),'elo' (Jawa) dan 'loa' (Sunda).

Pohon pokok ara ni sangat besar dan sebab itu selalunya penduduk hanya membiarkannya terus tumbuh untuk dijadikan sebagai peneduh. 

Buahnya yang sebesar bola pingpong pula akan keluar secara bergugusan seperti anggur pada batang utama dan dahan. Selalunya ia akan bertukar dari warna hijau kepada kuning atau kemerahan setelah masak.

Dikatakan buah ara ini berkhasiat untuk menyembuhkan penyakit diabetes, rematik, asma, bronkitis, batuk kering, hemoptipis, keputihan, penyakit ginjal dan juga boleh membantu mengurangi kembung perut.


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

5 comments for "Ara - Pokok Terpinggir Yang Banyak Manfaat"

  1. Banyak kelebihan buah ara ni rupanya Awa... LZ tak tahu langsung sebelum ni..

    Good info Awa..

    ReplyDelete
  2. tak kenal pulak buah ara & pokok ara ni. Tak tahu lah pernah makan ke tak :P

    ReplyDelete
  3. pokok ara boleh sambung sisip(graft) dgn pokok tin untuk jadikan pokok tin yang lebih kuat dan taha. dengan cuaca malaysia. pokok ara adalah dalam keluarga pokok tin

    ReplyDelete
  4. Yg dlm gambar tu ara lain..ara yg buh dalam gulai tu biasa buah ara sungai..ara gambar atas tu smpai ke buah lau toreh byk getah...ara sungai ade getah sikit je kt tangkai

    ReplyDelete