Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jangan Terlalu Taksub Bina Group Di Facebook


Assalamualaikum ualls..

Hari ni aku tergerak hati untuk berbicara tentang group Facebook. Hal ni sebenarnya muncul apabila ada seorang rakan mesej aku bertanyakan cara bagaimana untuk delete group dari akaun facebooknya. Mula-mula aku hairan jugak dengan hasratnya tu, ye lah dah ada group sendiri kat facebook kira baguslah tu kan? Boleh kumpul rakan baru dan lama, boleh bincang pelbagai topik dengan mudah dan dalam masa yang sama boleh juga salurkan info dengan lebih berkesan dan cepat. 

Tapi bila aku tanya kenapa perlu delete group terbabit, katanya dia terpaksa delete sebabnya group yang dia buat tu dah lari dari topik asal. Group yang dia buat tu juga dah jadi medan persebaran kisah-kisah yang tak sepatutnya. Dalam masa yang sama juga dia sendiri selaku admin dah tak punya luangan masa seperti dulu untuk dia bertindak dan pantau selaku 'ketua' di dalam group tersebut. 

Aku mula faham apa yang dia maksudkan sebabnya aku pernah lihat beberapa group facebook yang sudah lari dari topik asal. Baca tajuk group lain tapi post di dalamnya ntah apa-apa. Itu belum lagi di ambil kira dengan gambar dan link lucah yang muncul secara tiba-tiba akibat perangai ahli yang tidak bertanggungjawab. Kesian pulak aku akan nasib sahabat aku ni.

Bila aku tanya berapa ramai ahli yang berada di dalam group terbabit, katanya ahli sudah mencecah lebih ribuan orang. Oh my! Ramainya... 

Jadi,  aku pun bantu dengan berikan link dari sebuah blog lain tentang cara bagaimana untuk buang semua ahli dengan cepat supaya group tersebut dapat di delete dengan mudah namun ternyata rakan aku tak dapat nak follow step by step seperti yang di ajar di dalam blog terbabit. 

Maka, tidak ada jalan pintas yang lain melainkan terpaksa buang semua ahli satu demi satu sehingga habis. Akhir sekali barulah dirinya sendiri selaku admin boleh tinggalkan group terbabit dan bila dia keluar maka barulah group tersebut boleh terpadam dengan sendirinya dari Facebook. 

MAAF... PERBUALAN DALAM DIALEK KELATE,.. hehe..

Terkedu kawan aku bila aku beritahu option yang dia ada. Ye lah, apa taknya... ahli ada beribu orang tu! Ramai giler untuk di remove satu persatu tapi masalahnya sekarang ni dia memang dah tak ada jalan lain. Suka atau tidak dia terpaksa juga buat jika benar-benar mahu hapuskan group terbabit. 

NASIHAT
Jangan terlalu taksub untuk mencipta sesebuah group di Facebook. Nak buat group di facebook ni memanglah mudah tapi jika nak padam tu agak payah sikit sebabnya pihak Facebook sama sekali tak sediakan 'button' untuk Delete sesuatu group tersebut dengan sekali klik jer. Nak tak nak, suka atau tidak, terpaksa juga buang semua ahli terlebih dahulu kemudian baru boleh keluarkan diri sendiri dan barulah group terbabit akan terhapus.

MORAL OF THE STORY
Sebelum buat sesuatu group sila tanya diri sendiri dulu. Buat group tu untuk apa dan adakah uals akan punya masa yang cukup untuk handle group tu? Adakah group tersebut sekadar untuk suka-suka saja atau memang boleh beri kepentingan pada orang lain? Jika boleh beri kepentingan tak apa tapi jika sekadar suka-suka baik tak payah. Bayangkan, jika tiba-tiba ajal kita sampai dan group terbabit di salah guna oleh orang yang tidak bertanggungjawab, bagaimana jadinya? 

Jadi.... tolonglah!! 

Tolong jangan terlalu taksub untuk bina group di Facebook. Nak bina dan add orang lain untuk sesuatu tujuan yang baik tak salah cuma sila pastikan group terbabit boleh di pantau dari masa ke semasa dan sila juga pastikan yang group terbabit boleh beri kepentingan dan faedah pada orang lain yang akan menggunakannya. Jangan bina group dan add orang lain semata-mata untuk kepentingan diri sendiri... harap maklum...



10 comments for "Jangan Terlalu Taksub Bina Group Di Facebook"

  1. alhamdulillah xde lagi liez join group yang lari dr motifnya..
    harap tak terkena la kannn.... macam awa kata la... siapa yang buat jahat tu, tetiba dijemput Illahi... mcm mn la kan ..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. group org lain kita join takpe boleh keluar bila2 masa. jangan buat group sndiri pastu jadi masalah bila nak delete.

      Delete
  3. kalau delete terus group fb boleh kan? rasa macam ada button delete group.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pages FB ya ada button utk delete.. tapi kalau group mesti kena keluarkan smua ahli dulu pastu baru group akan terdelete sendiri bila adminnya meremovekan dirinya sendiri :)

      Delete
  4. Siqah takde create group FB sendiri. Tapi ada jugaklah join group kat FB. Mana yang dah lari dari topik asal tu, Siqah left group je :D

    ReplyDelete
  5. Mrs Pip tak reti sgt bab2 fb ni ..
    Sesekali je jenguk ...

    ReplyDelete