Image result for many kid
Aku percaya semua followers blog ni sedia maklum yang aku sekarang ni tengah berbadan dua. Dan kalau ualls nak tau, aku sendiri rasa susah nak percaya yang aku ni sebenarnya sedang mengandung anak yang ke enam.

"Ish ish ish...dah enam anak kau ya Awa?! OMG..."


Jangan kata kawan-kawan,, emak aku pun geleng kepala bila aku cakap yang aku sedang mengandung lagi. Yelah aku dan suami ni takde lah tahap kaya raya. Hidup kami sekeluarga ni sederhana jer. Jadi bila seorang demi seorang hadir di antara aku dan suami, pastinya rakan karib dan keluarga agak terkejut termasuklah emak aku sendiri.

Bila time pergi buat checkup, kadang-kadang aku ada juga di sapa oleh ibu-ibu yang lain. Biasalah bila dah berkumpul di tempat yang macam tu mestilah saling bertegur sapa tanya kandungan sudah berapa bulan dan anak yang ke berapa?

Bila aku cakap je aku sedang mengandung anak yang ke 6, mereka mula pandang aku sekali lagi dengan pandangan yang lebih tajam. Hahaha... Sure diaorang tengah terkejut tu! Yelah... nak kata aku ni tua sangat tak jugak (tak mau mengaku tua!). Usia aku sekarang adalah di pertengahan 30. Susuk tubuh pun tidaklah gempal. Berat aku tika sebelum mengandung sekitar 52kg je. Bila time mengandung naiklah sampai 69kg. Tapi aku yakin mereka terkejut bukan sebab keadaan fizikal aku tapi di sebabkan angka ENAM tu. Yelah, enam orang.... ramai kot!! Alah baru je enam, belum lagi sepuluh.

Image result for baby brother sister cuteJujur cakap.... masa belum kahwin dulu aku cuma budget nak 2 orang anak je tau! Sorang laki dan sorang perempuan. Sorang jadi anak emas abahnya dan sorang lagi jadi anak emas mamanya. Wah... Sweet and lovely gitu! Bagi aku bila anak hanya dua dapatlah aku dan suami curahkan segala kasih sayang dan perhatian kami pada mereka berdua dengan sepenuhnya setiap masa dan ketika.

Tapi inilah yang di katakan kehendak dan takdir Allah. Lepas lahirkan anak pertama lelaki, anak ke dua aku lelaki juga. Yang buat makin extrem, anak ke tiga, ke empat dan ke lima, pun lelaki juga. Haa itulah.... sapa suruh asyik berangan sangat. Inilah yang di katakan manusia hanya merancang tetapi tuhan yang menentukan.

Aku memang tak pernah merancang untuk punya anak seramai ni tapi inilah yang di namakan pemberian anugerah dari Ilahi. Ye lah, lain orang lain juga bentuk rezekinya. At least, aku bersyukur sebab punya anak... ramai pulak tu! Sedangkan masih ramai insan lain di luar sana yang masih sukar untuk mendapatkan zuriat. Tak yah ambil contoh yang jauh-jauh. Jiran sebelah rumah aku ni pun tak punya zuriat walau sudah berpuluh-puluh tahun berkahwin.


Sepupu aku sendiri pun sama. Seorang anak pun dia takde. Sepupu aku tu suaminya kerja besar, rumah besar (banyak biji pula tu), duit banyak tapi sayang tiada pewaris untuk mewarisi segala hartanya di dunia ini nanti. Tapi mujurlah dia ada anak angkat sorang buat pelepas kasih sayang dan sunyi. Eh.. kenapa citer tentang orang lain lak ni.. Kan tak pasal jadi mengumpat pula.

Back to my story.

Di sebabkan aku ni dah banyak kali mengandung dan melahirkan jadi banyak jugalah pengalaman yang aku dah tempuh. Malah aku juga dah merasa ke dua-dua cara untuk bersalin iaitu secara pembedahan dan juga cara normal. Tapi hari ni aku tak nak citer bab sakit bersalin tu.. Seram okay nak ingat balik detik masa nak bersalin tu. Dah la tak lama lagi nak kena hadapi sekali lagi ni.. Kalian doakanlah agar aku selamat melahirkan ya.

Image result for baby brother sister cuteAku yakin ualls pun ada perancangan sebelum berkahwin, betul tak? Sharelah kat sini. Nak tahu juga apa perancangannya tu dan betul-betul ke menjadi mengikut apa yang telah di rancang tu?


MORAL OF THE STORY

  • Kita ini hanya manusia biasa
  • DIA penentu segalanya
  • Kekayaan bukan hanya boleh di ukur pada wang ringgit
  • Tiap anak lahir dengan rezeki masing-masing
  • Jangan sesekali menolak pemberian dari Ilahi
p/s: Sedih dengan kes pembuangan bayi yang tak pernah berhenti!





" Jemput komen dan follow blog untuk tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan dan follow blog anda semula nanti. TQ "