Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Rancangan Sebelum Kahwin Tidak Menjadi

Image result for many kid
Aku percaya semua followers blog ni sedia maklum yang aku sekarang ni tengah berbadan dua. Dan kalau ualls nak tau, aku sendiri rasa susah nak percaya yang aku ni sebenarnya sedang mengandung anak yang ke enam.

"Ish ish ish...dah enam anak kau ya Awa?! OMG..."


Jangan kata kawan-kawan,, emak aku pun geleng kepala bila aku cakap yang aku sedang mengandung lagi. Yelah aku dan suami ni takde lah tahap kaya raya. Hidup kami sekeluarga ni sederhana jer. Jadi bila seorang demi seorang hadir di antara aku dan suami, pastinya rakan karib dan keluarga agak terkejut termasuklah emak aku sendiri.

Bila time pergi buat checkup, kadang-kadang aku ada juga di sapa oleh ibu-ibu yang lain. Biasalah bila dah berkumpul di tempat yang macam tu mestilah saling bertegur sapa tanya kandungan sudah berapa bulan dan anak yang ke berapa?

Bila aku cakap je aku sedang mengandung anak yang ke 6, mereka mula pandang aku sekali lagi dengan pandangan yang lebih tajam. Hahaha... Sure diaorang tengah terkejut tu! Yelah... nak kata aku ni tua sangat tak jugak (tak mau mengaku tua!). Usia aku sekarang adalah di pertengahan 30. Susuk tubuh pun tidaklah gempal. Berat aku tika sebelum mengandung sekitar 52kg je. Bila time mengandung naiklah sampai 69kg. Tapi aku yakin mereka terkejut bukan sebab keadaan fizikal aku tapi di sebabkan angka ENAM tu. Yelah, enam orang.... ramai kot!! Alah baru je enam, belum lagi sepuluh.

Image result for baby brother sister cuteJujur cakap.... masa belum kahwin dulu aku cuma budget nak 2 orang anak je tau! Sorang laki dan sorang perempuan. Sorang jadi anak emas abahnya dan sorang lagi jadi anak emas mamanya. Wah... Sweet and lovely gitu! Bagi aku bila anak hanya dua dapatlah aku dan suami curahkan segala kasih sayang dan perhatian kami pada mereka berdua dengan sepenuhnya setiap masa dan ketika.

Tapi inilah yang di katakan kehendak dan takdir Allah. Lepas lahirkan anak pertama lelaki, anak ke dua aku lelaki juga. Yang buat makin extrem, anak ke tiga, ke empat dan ke lima, pun lelaki juga. Haa itulah.... sapa suruh asyik berangan sangat. Inilah yang di katakan manusia hanya merancang tetapi tuhan yang menentukan.

Aku memang tak pernah merancang untuk punya anak seramai ni tapi inilah yang di namakan pemberian anugerah dari Ilahi. Ye lah, lain orang lain juga bentuk rezekinya. At least, aku bersyukur sebab punya anak... ramai pulak tu! Sedangkan masih ramai insan lain di luar sana yang masih sukar untuk mendapatkan zuriat. Tak yah ambil contoh yang jauh-jauh. Jiran sebelah rumah aku ni pun tak punya zuriat walau sudah berpuluh-puluh tahun berkahwin.


Sepupu aku sendiri pun sama. Seorang anak pun dia takde. Sepupu aku tu suaminya kerja besar, rumah besar (banyak biji pula tu), duit banyak tapi sayang tiada pewaris untuk mewarisi segala hartanya di dunia ini nanti. Tapi mujurlah dia ada anak angkat sorang buat pelepas kasih sayang dan sunyi. Eh.. kenapa citer tentang orang lain lak ni.. Kan tak pasal jadi mengumpat pula.

Back to my story.

Di sebabkan aku ni dah banyak kali mengandung dan melahirkan jadi banyak jugalah pengalaman yang aku dah tempuh. Malah aku juga dah merasa ke dua-dua cara untuk bersalin iaitu secara pembedahan dan juga cara normal. Tapi hari ni aku tak nak citer bab sakit bersalin tu.. Seram okay nak ingat balik detik masa nak bersalin tu. Dah la tak lama lagi nak kena hadapi sekali lagi ni.. Kalian doakanlah agar aku selamat melahirkan ya.

Image result for baby brother sister cuteAku yakin ualls pun ada perancangan sebelum berkahwin, betul tak? Sharelah kat sini. Nak tahu juga apa perancangannya tu dan betul-betul ke menjadi mengikut apa yang telah di rancang tu?


MORAL OF THE STORY

  • Kita ini hanya manusia biasa
  • DIA penentu segalanya
  • Kekayaan bukan hanya boleh di ukur pada wang ringgit
  • Tiap anak lahir dengan rezeki masing-masing
  • Jangan sesekali menolak pemberian dari Ilahi
p/s: Sedih dengan kes pembuangan bayi yang tak pernah berhenti!



30 comments for "Rancangan Sebelum Kahwin Tidak Menjadi"

  1. Kita ni rancang cantik2 kan, tapi yang maha mengetahui lagi hebat perancangannya...semoga sentiasa bersangka baik dgn sang pencipta..mcm mrs pip, plan konon nak anak 5 org, muehehe..tapi apakan daya, setakat ni baru 2 saja..yang ketiga tu dah dijemput ilahi dlm kandungan....take care ya awa, semoga sentiasa sihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lor.... yg ngandung baru2 ni tu dh miscarriage ke? takziah ya MrsPip. Sorry la Awa tak online lama aritu so tak tahu bab ni :( takpe cuba lagi inshaaAllah

      Delete
  2. Tahniah kak awa (:
    Betul , anak pun rezeki Allah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks wani. tulah... kalau nak buat sendiri bukannya boleh kan? melainkan DIA yang bagi

      Delete
  3. Tahniah , take cara tau .. wah jeles pulak dah ada 6 org anak , kita umur 29 baru sorang hikss kawen pun lewat 27 🙈 mcm nyesal xkawen awal . Eh eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe... tak yah nyesal. At least dah ada zuriat sndiri walau sorang. Lepas ni ngandung lg mana tau boleh kembar ke... :D

      Delete
  4. Nak anak 12 before kahwin, tapi tak dapat... Alhamdulillah sis... anak pun rezeki juga...

    ReplyDelete
  5. Bestnya anak ramai...saya pun teringin nak anak ramai...meriah...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalau time bergaduh... hmmm.. pening! :D

      Delete
  6. Tahniah.
    Itulah rezeki Allah.
    Mudah2an semuanya jadi anak solleh dan sollehah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... rezeki dr ALLAH yg berharga. Ameen... doa Awa pun mcm tu jugak

      Delete
  7. Rezeki sis. Semoga Allah permudahkan urusan sis. InsyaAllah

    ReplyDelete
  8. anak abam kie semuanya pompuan. lps ni buleh la kita berbesan ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok sgt la tu.. duduk pun negeri yg sama dah. Tapi harap2 jgn la letak belanja tinggi sgt ya cikgu... hahaha

      Delete
  9. Alhamdulillah & Tahniah ...
    Saya pun kategori anak ramai jugak nih ... Alhamdulillah rezeki masing2 kan ... Ada jer yang tersenyum sinis bila dengar anak 5, bila dengar fulltime housewife lagi lah terkejut ... Hahaha ... Alhamdulillah ...

    ReplyDelete
  10. Subhanallah memang kagum kak. Saya ni baru 3 rasa kalut. Time gaduh paling tak tahan. Sungguh kagum tengok ada kawan yang anak 5 berderet, akak pula pregnant yang ke enam.

    Tahniah! Setiap anak bawa rezeki buat orang tuanya.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah murah rezeki sis jawa dengan anak2. Itulah saham akhirat Kita kan

    ReplyDelete
  12. tahniah untuk anak yang ke6! Banyakkan rest & semoga dipermudahkan urusan bersalin.

    ReplyDelete
  13. wahhh tengah mengandung anak keenam! Tahnia kak awa! mesti best kan ramai-ramai anak hehehe. Alhamdulillah. Moga selamat melahirkan baby comel dan sihat <3

    Saya pula rancang nak anak lima bila kahwin nanti kekekeke.

    ReplyDelete
  14. ccl doakan semoga sis awa sentiasa bahagia dan dimurahkan rzeki

    ReplyDelete
  15. Tahniah Awa..untungnya muda lagi dah ada 6 anak..nanati dah tua anak- anak membesar dah banyak ringan dah kan....akak anak sorang je...meriah ngan anak buah je

    ReplyDelete
  16. Banyak anak banyak rezeki sis awa. Ramai yang mendoakan mak ayah dia masuk surga nanti. Kakak abang saya pun punya bnyak anak. 4-6. ada 14 anak buah. Ramai kat rumah.. tak sepi hehe

    ReplyDelete
  17. Tanniahh. Rezeki tu. Hehehe.

    ReplyDelete
  18. anak ramai insyaallah rezeki banyak.. sebab anak tu kan sumber rezeki..

    ReplyDelete
  19. Tahniah... Tak sangka dapat rezeki tak henti2.. moga diperluaskan lagi rezeki awak :)

    ReplyDelete
  20. Tahniah Kak Hawa.. anak itu kurniaan Allah .. Kami adik beradik 8 org hahaha sampai bidan suruh mak jgn lagi mengndung.. apapun kita hanya merancang ALLAH yg tentukan tetapi betullah takdir ALLAH sgat cantik.. sy punya 2 org adik sorg perempuan bongsu dan sorg lelaki bongsu.. dua2 cgat comel & periang haha .. Apapun smoga dipermudahkn segalanya :)

    ReplyDelete
  21. tahniah kak hawa ! meriah anak ramai ni. mcm jiran ana diorang anak 15 orang.
    satu mak satu ayah. walaupun bknlah kaya raya tp mmg harmoni je semua.
    tiap kali anak menantu die balik, mmg mcm kenduri. penuh kereta bersusun hehe

    ReplyDelete
  22. tahniah untuk yang keenam..moga terus murah reZeki

    ReplyDelete