Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kenapa Wanita Hamil Mengidam?

Assalamualaikum ualls...

Kalau ualls perasan kan, semalam aku ada post gambar mee kuah kat facebook. Aku tahu post gambar makanan adalah suatu perkara yang biasa saja tapi apa yang luarbiasanya adalah kisah di sebalik makanan tersebut.

Actually, kelmarin aku rasa kurang selera untuk makan nasi. Entah kenapa dalam fikiran aku ni asyik terbayang akan kesedapan mee kuah jer.. akhirnya, walau jam dah menginjak ke detik 12 tengah malam, aku tetap ambil keputusan untuk bangun dan masak mee kuah.

Entahlah, yang pasti selagi aku tak makan mee kuah tu selagi itulah aku tak boleh duduk dengan senang. Jangan kata nak tidur lena, nak duduk hadap TV pun aku dah rasa resah dan gelisah. Dalam hati dan fikiran aku masa tu hanya ternampak rupa mee kuah jer... sadis betoi!

Jujur aku katakan, saat teringin nak makan akan sesuatu ni bukan sengaja di buat-buat tau. Tiba-tiba saja terlintas di fikiran nak makan mee kuah dan dalam fikiran aku masa tu terus mula terbayangkan rupa, rasa dan bau mee kuah tersebut.

Yang lebih ekstrem, lidah dan mulut ni dengan sendirinya dah mula membayangkan betapa nikmatnya jika boleh makan mee kuah panas-panas. Hati pun ikut berdebar jer nak cepat-cepat makan. Inilah dia yang di katakan M.E.N.G.I.D.A.M !!

APA YANG DI ALAMI SAAT SEDANG MENGIDAM
- Tiba-tiba terasa nak makan sesuatu makanan dengan segera
- Permintaan di buat tanpa sebarang perancangan
- Fikiran semakin menguasai diri tentang makanan yang di idam
- Tubuh badan mula memberi reaksi berdebar dan tidak keruan
- Perasaan semakin resah dan gelisah
- Hati benar-benar terasa membuak-buak

KENAPA WANITA HAMIL BOLEH MENGIDAM?
Jika bertanya pada orang-orang lama mereka akan menjawab bahawa 'anak dalam perutlah yang nak makan ni'

Orang-orang lama juga selalu berkata "kalau rasa nak makan, baik makan.. kalau tidak meleleh air liur anak bila dah lahir nanti". Benar atau tidak kenyataan ini aku sendiri tidak pasti. Haha..

Apabila beralih kepada bidang perubatan moden ternyata doktor sendiri tidak menafikan akan kewujudan simptom mengidam ini. Malah jika mengikut teori di dalam bidang perubatan, wanita hamil memang boleh mengalami simptom 'mengidam' ini di sebabkan beberapa faktor iaitu:

1- Hormon
Kebanyakan wanita hamil akan mencari dan memakan makanan yang sebelumnya mereka tidak sukai. Ini di sebabkan oleh perubahan hormon yang mempengaruhi rasa dan bau makanan. Perubahan hormon ini boleh berlaku ke atas wanita di sebabkan oleh kehamilan, menopause dan kontrasepsi. Hormon akan kembali kepada asal sebaik saja wanita selamat melahirkan. Begitu juga dengan faktor rasa dan bau.

2- Kekurangan Gizi (nutrisi)
Wanita hamil memang amat memerlukan nutrisi yang banyak semasa hamil. Tetapi apa yang menjadi masalahnya sekarang ialah apabila tidak ada hubungan yang nyata antara makanan yang diidamkan dengan nutrisi yang berkaitan. Sebagai contoh, wanita hamil yang mengalami masalah kekurangan zat besi amat sukakan aiskrim sedangkan tiada ada sebarang zat besi pun di dalam aiskirm terbabit.

3- Makanan Comfort
Ketika sedang hamil wanita selalunya akan kembali teringatkan makanan lampau yang pernah mereka makan sebelum ini. Selalunya makanan yang di masak oleh ibu mereka ketika kecil. Atau lebih mudah lagi makanan yang pernah menjadi kegemaran mereka pasa satu-satu masa. Disebabkan itu, ada ketikanya wanita meminta untuk makan sesuatu makanan sudah agak lama mereka tinggalkan dan pastinya makanan tersebut amat sukar untuk di perolehi.

4- Kesihatan
Menu makanan ketika hamil boleh jadi berbeza daripada rutin biasa. Sebagai contoh, wanita yang sebelum ini hanya suka minum kopi dan teh tiba-tiba menjadi terlalu ketagih dengan jus buah-buahan dan minuman susu. Ini di sebabkan keadaan diri wanita terbabit dengan sendirinya tidak boleh menerima sesuatu makanan dan minuman yang sememangnya kurang sesuai dengan keadaan dirinya ketika sedang hamil.


KISAH YANG TIDAK BOLEH AKU LUPAKAN KETIKA MENGIDAM
Semasa aku mengandungkan anak yang ke empat kira-kira 6 tahun lalu. Aku tiba-tiba saja mengidam. Hal ini berlaku di rumah kakak iparku sendiri. Saat tu aku sedang duduk berbual dengan beliau di luar rumah, saje je berbual kosong., Tiba-tiba mata aku tertancap pada pohon durian yang sedang galak berbuah. Pokok tu agak jauh tapi masih boleh nampak buah-buahnya dengan jelas.

Dengan spontan mulut aku terus berkata... "sedapnya kalau dapat makan buah durian pokok tu!" kakak iparku yang mendengar terus membalas., "kak pun tak tahu tu pokok siapa"...

lebih kurang macam ni la pokok tu (seumber google)

Beberapa hari selepas itu, ibu mertuaku menghantar seguni durian kampung yang gugur dari pokoknya sendiri. Aku makan tapi hanya makan untuk sekadar kenyang sahaja. Memang sedap tapi dalam fikiran aku ni masih lagi terbayangkan rupa pokok durian yang aku lihat tempohari.

Dua minggu berikutnya, kakak iparku menelefon suamiku untuk datang ke rumahnya. Alhamdulillah, suami aku pulang dengan membawa dua biji buah durian dari pohon yang aku lihat sebelum ni. Rupa-rupanya kakak iparku telah menceritakan keinginan aku untuk makan buah dari pokok terbabit pada tuan empunya pohon. Buah yang pertama gugur, itulah yang sampai pada aku. Sedapnya mashaaAllah tak terkata. Rasa puas! Rasa happy! Rasa teruja! Senyum sengih aku sampai ke telinga hanya di sebabkan boleh makanan durian terbabit.

Dan.... percaya atau tidak, anak aku yang nombor empat ni cukup sukakan durian. Walau baru berusia enam tahun namun dia boleh habiskan sebiji durian seorang diri sekali makan. Bila tiba musim durian jer, emak mertua aku pasti akan hantar durian tapi kali ini bukan lagi untuk aku tapi untuk anak aku... haha..


KESIMPULAN
Mengidam adalah satu gejala yang amat biasa di kalangan wanita hamil dan terimalah gejala ini sebagai salah satu kenangan manis yang boleh di kenang sampai bila-bila.
Image result for wanita hamil mengidam
Ualls ada kisah tentang mengidam ni tak? Kalau ada story story lah kat ruangan komen di bawah tu yer... nak tau gak kisah mengidam ualls tu :D

9 comments for "Kenapa Wanita Hamil Mengidam?"

  1. Saya tak pernah mengidam sis... kalau tak hamil ada perasaan mengidam tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengidam ni ada kaitan ngan hormon.. jadi kalau tak mengandung pun boleh mengidam :D

      Delete
  2. IQ pernah mengidam nak kek kitkat, ada sekali tu baker lupa nak buat order, terus IQ menangis. huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh di bayangkan.. kempunan giler tak dapat kan.. sedihhh oooo

      Delete
  3. lepas tuh ada yang aku dengar kalau si laki tidak penuhi hasrat apa yang bini dia mengidam tu,nanti bila lahir anak dorang akan banyak air liur?betul kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde pulak dengar mcm tu... sis ni memang banyak kali juga mengidam ye lah anak dah ramai kan... dan sis tak kisah siapa pun yang penuhi hasrat mengidam tu.. janji apa yang di idamkan terlaksana :D

      Delete
  4. Mengidam makanan biasa ok lah jgn mengidam benda yg x logik

    ReplyDelete
  5. hasih... ms akak mengandung ank sulong dan kedua, slu duk mkn memacam bila rasa nak mkn... tp ms mengandung ank ketiga rasa nak mkn tu terhad... mmg btl kot bby meleleh air liur... anak sulong n ke2 tak ada. anak ketiga ni ada lak... hehe

    ReplyDelete
  6. Tak mngandung teringin duk nak makan makanan kelate hahahahah... Nasi kak wook xsempat nak makan balik aritu

    ReplyDelete