Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KOPI CINTA by SisHawa - Bab 5

 
Suhu badan Honey semakin tinggi. Resah aku di buatnya. Walau dah lebih dari seribu kali emak yakinkan aku bahawa Honey okay tapi aku benar-benar risau. Tak sanggup rasanya untuk aku tinggalkan Honey, di tambah lagi dengan sikap Honey yang cukup payah nak makan ubat.. jadi hari ni aku putuskan untuk berada di rumah saja bersama emak dan Honey. 
 
Kafe tu pandai-pandai lah pekerja paling senior yang telah aku naikkan pangkatnya kepada jawatan pengurus beberapa hari lalu jagakan. Nanti bila kafe dah hampir tutup baru aku ke sana untuk kutip duit hasil jualan untuk hari ni. 

Emak menemani Honey makan sarapan di ruang tamu sambil menonton drama Korea kegemarannya. Sejak abang Alex kahwin dengan Kak Kiyah, semakin menjadi-jadi minat emak aku tentang drama Korea ni. Mentang-mentanglah menantunya orang Korea! 

Entah apa la yang best sangat tentang citer tu hingga boleh membuatkan emak aku menonton dengan penuh khusyuk. Aku pula mula menghidupkan laptop untuk membaca berita terkini hari ini secara online sambil menghirup secawan kopi panas. 

Reaksi emak yang semakin extreme akibat drama tersebut membuatkan aku susah untuk fokus. Mana tak nya, mulut emak pot pet pot pet seiring dengan jalan cerita. Aku nampak macam emak pula yang sedang berlakon. Honey yang duduk di sebelahnya terkekek-kekek ketawa suka. 
 
Melihat dari reaksi emak, aku rasa macam best saja citer yang sedang di tonton tu. Aku pun mulalah bertanya pada emak apakah tajuk drama yang sedang di tontonnya tu, dan emak cakap Emergancy Couple. Aku pun apa lagi, mula la menggodek mencari sinopsip drama kegemaran emak ni di internet.


Cerita ni ,mengisahkan sepasang kekasih yang telah berkahwin lari kerana tidak mendapat restu keluarga. Perkahwinan mereka bahagia hanya untuk beberapa bulan sahaja dan akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai kerana merasa tidak lagi serasi. Tapi beberapa tahun kemudian mereka bertembung semula dan mereka mula jatuh cinta sekali lagi.
  
Aku rasa macam nak termuntah walau baru beberapa baris saja membaca sinopsip cerita ni. Semakin aku membaca sinopsis cerita ini, bermakna semakin mendidihlah darah dalam tubuh aku. Eeee geramnya aku rasa. Kan betul apa yang aku sering fikirkan selama ni. Cinta itu hanyalah satu perkara yang sia-sia saja. 

Bam! Tanpa sedar aku telah menendang kerusi yang berada di sebelahku... 
 
"Mana boleh macam tu!" Kataku dengan kuat. Haaa.... meletup juga apa yang tersirat di dalam fikiran aku ni. Emak dan Honey segera berpaling dan melihat aku dengan hairan. 

"Apa benda yang tak boleh?" tanya emak dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya.

Aku    : Tak ada apa-apa lah mak.
Emak : Mana boleh tak ada apa-apa. (emak terus merenung aku)
Aku    : Betul... tak ada apa-apa....
Emak : Baik kamu cakap!
Aku    : Betul emak, tak ada apa-apa...

Mana boleh aku citer kat emak apa sebabnya. Kan tak pasal-pasal aku dapat ceramah free pagi-pagi. Tak nak lah aku.

Emak : Dhia.... tolong beritahu emak apa yang tak boleh tu.. (emak mula buat muka cute mcm Teletubbies)
Aku    : Betul mak nak tahu ni? (aku mula mengalah)
Emak : Mestilah emak nak tahu... kalau tidak buat apa emak tanya? 

Gedebuk! ayat emak terasa mcm batu menimpa kepala. Boleh tahan juga ayat mak aku ni rupanya. Nak tak nak sebagai seorang anak aku terpaksa juga mengalah. Maka aku pun mulalah bersuara memberi segala macam pendapat yang memang sudah sekian lama aku pendam.

Aku    : Cerita yang mak tengah tengok tu, mana boleh heroin terima hero tu balik. Banyak lagi lelaki lain kat dunia ni.

Emak : Maksud kamu, setiap orang hanya boleh dapat satu peluang saja? Macam tu?

Aku    : Tidak la sampai macam tu. Bergantung juga pada keadaan tapi dalam soal cinta, sepatutnya tak harus percaya lagi pada orang yang sudah pun melukakan hati kita sebelum ni. Betul tak?

Emak merenung aku dengan pandangan yang semacam. Nampaknya sekejap lagi mesti akan start satu sesi ceramah yang tak berpenghujung. Aku mula menggaru kepala yang tidak gatal. 

"Macam mana kamu boleh tahu jalan cerita drama ni?" Aku hanya tersengih.  Nampaknya aku dah kantoi.

"Dhia.. kamu sepatutnya tanam sifat suka memaafkan orang dan suka memberi peluang dalam diri kamu tu. Faham?" kata emak dengan muka yang agak ketat.

"Rasanya Dhia tak pernah susah untuk memaafkan orang kan mak?" kataku untuk membela diri.

"Bukan itu maksud emak... emak tahu kamu mudah memaafkan orang tapi masalahnya kamu sama sekali tidak beri peluang untuk mana-mana lelaki mendekati kamu. Jangan kata peluang ke dua, peluang pertama pun belum tentu kamu nak beri. Kamu tu dah hampir capai usia 25 tahun, kamu bukannya remaja lagi. Emak harap kamu ubah sikap kamu tu.. tak kan kamu nak membujang sampai ke tua?" bebel emak tanpa boleh di sekat-sekat.

Aku  hanya membalas kata-kata emak dengan senyuman yang tawar. Walau aku tidak setuju tapi sebagai seorang anak, aku tidak akan melawan. 

"Dhia masuk bilik dulu ya mak..." Aku menghadiahkan sebuah lagi senyuman untuk emak buat menyejukkan hatinya dan terus bangun meninggalkan ruang tamu. Tak sanggup rasanya untuk terus berada di situ. 
 
Kenapalah si pengarah-pengarah drama ni suka sangat terbitkan kisah-kisah cinta yang tak masuk dek akal. Tak masuk akal bagi aku la. Bagi orang lain tak tahu la pula aku. Aku terus mengunci pintu bilik lalu menghempaskan tubuhku ke atas tilam katil yang empuk. 

'Tak kan kamu nak membujang sampai ke tua?'
 
'Tak kan kamu nak membujang sampai ke tua?'
 
'Tak kan kamu nak membujang sampai ke tua?'

Ayat itu terus berlegar-legar di dalam kepala aku tanpa henti... TIDAK!!!! Nyah kau dari sini wahai cinta! Aku tak perlukan kau. Aku tak akan sesekali jatuh ke perangkap kau. 
 
 "Pergiiiiiiiiiiiiiiiiii...........!!!!!!!!!!!.." laungku dengan sekuat-kuat hati.

Kedengaran pintu bilik tidurku di ketuk dengan kuat dari luar.. "Dhia! Dhia!" panggil emak dengan nada cemas sambil terus menerus mengetuk pintu bilik aku dengan kuat. 

"Yer mak.. Dhia tak ada apa-apa. Dhia cuma terkejutkan lipas jer.." laung aku pada emak dari dalam bilik. 
 
Suasana kembali senyap. Emak dah berlalu dari pintu bilik agaknya. Hai la lipas... kesian kau kan? Tak pasal-pasal kau yang aku salahkan.. Hmmm..

________________________________________

MACAM-MACAM HAL SI DHIA NI KAN? TAKPE.. JOM SAMBUNG KAT >> SINI

5 comments for "KOPI CINTA by SisHawa - Bab 5"

  1. Tetiba terasa macam tengok diri sendiri dalam cermin pulak. Terfeeling sendiri. Errrr. Mak cakap dengan Dhia ke Ira? sentap ni huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. amboiii boleh tahan degil dhia ni kan...haha

    ReplyDelete
  3. uhhh... mak dia suka korea.... hehe,,, x sabar nak baca camana tariq n dhia pas ni...

    ReplyDelete
  4. alamak, sinopsis emergency couple tu mcm ada satu drama korea mrs pip oernah tengok,
    errr cuma tajuk dia tu bukanlah emergency couple, lupa dah apa ....
    haish, biasalah, putus cinta then sambung cinta semula kan kan kan ...

    ReplyDelete