Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tika Aku Telah Mati Nanti


Assalamualaikum aku ucapkan sebagai doa salam sejahtera ke atas para rakan pembaca. Pembaca yang amat aku sayangi walau hakikatnya aku tidak pun tahu bagaimanakah kehidupan sebenar ualls di luar sana. Dari jauh aku hanya boleh mengucapkan terima kasih kerana sentiasa sudi datang ke ruangan catatan aku yang tak seberapanya ni.

Perhubungan antara kita semua bermula di atas dunia. Dunia yang sama sekali BUKAN SEBUAH TEMPAT TINGGAL TETAPI HANYALAH TEMPAT UNTUK KITA MENINGGAL.

Ya! Dunia ini Allah ciptakan sebagai tempat untuk menguji setiap hambaNya dan juga sebagai tempat untuk kita meninggal supaya dapat kembali ke sisinya semula.

MASA BERLALU PERGI DENGAN PANTAS 
Waktu bergerak pergi dengan begitu pantas sekali
Setiap kali sebelum mahu lelapkan mata, aku renung wajah anak-anak seorang demi seorang. Terasa seperti baru semalam aku habiskan exam SPM tapi hakikatnya tika ini aku bukan hanya sudah bergelar seorang isteri bahkan juga sudah bergelar seorang ibu. Ibu kepada lima anak yang semakin membesar tanpa boleh aku sekat-sekat. Bahkan aku juga bakal melahirkan anak yang ke enam.

Oh Tuhan...
Teringat semula aku akan segala kejadian yang lalu. Ada pahit dan ada juga yang manis. Terus terang aku pernah berasa marah dan kecewa apabila Kau datangkan perkara yang aku tidak suka namun setelah aku mencapai usia sekarang, barulah aku faham apa yang pernah berlaku dulu. Barulah aku nampak kenapa Kau berikan musibah sebegitu. Bahkan jika tidak kerana musibah musibah itu pastinya aku akan terus alpa dan hanyut dengan keadaan dunia yang penuh muslihat dan tipu daya ni. Mujurlah kau sedarkan aku bahawa tempat tinggal yang kekal bukanlah di sini.

TUHAN ITU ADA DI SISI KITA
Aku amat-amat yakin dan percaya akan kehadiranNya.. Jika tidak masakan aku boleh tiba ke dunia ini. Masakan juga aku boleh di datangi seorang lelaki yang sudi menjadikan aku sebagai isterinya. Masakan juga aku boleh mengandung dan melahirkan. Masakan juga aku boleh berada di sini ketika ini.

Jika Allah itu tidak melihatku, sudah pastinya aku ini tidak akan bisa memperoleh apa yang aku ada sekarang. Pastinya aku hanya akan terbiar kosong tak bernyawa tanpa sebuah kehidupan yang penuh warna warni suka duka.

Kerana Tuhan itu ada di sisilah maka aku punya keluarga, teman dan anak-anak yang boleh memberi dan menerima perasaan kasih dan sayang.

Jika Allah tidak ada pastinya bayi di dalam kandungan ini tidak bisa wujud. 

Tak pernah aku duga Dia akan menggunakan rahim aku ini untuk mengirimkan 6 nyawa yang telah di ciptaNya untuk tiba ke atas muka bumi ini. Tak pernah juga aku jangka Dia akan berikan 6 insan untuk aku rasai kehadiran mereka sejak alam kandungan hingga lahir dengan fizikal lengkap seorang manusia. Setiap pergerakan si kecil di dalam perut semuanya kerana jagaan Dia. Tika hamil bermakna ada nyawa di dalam perut ni dan nyawa itu sedang di perhatikan oleh Allah setiap detik dan waktu. Membesar sedikit demi sedikit di dalam kandungan yang cukup susah untuk kita fahami. Semuanya kerja Dia dari awal dan bukankah itu tanda paling nyata bahawa Allah itu ada? Sebab itu aku cukup takut untuk berbuat perkara yang tidak sepatutnya ketika hamil kerana aku tahu Allah sedang sntiasa memerhatikan aku yang sedang membawa sebuah nyawa ini.


SELAMAT TINGGAL DUNIA

Tiba masa aku akan pergi. Berat sebenarnya untuk aku tinggalkan dunia yang penuh kejadian ini namun siapa aku untuk menolak takdir Ilahi. Siapa juga aku untuk terus kekal abadi di atas muka bumi ciptaanNya ini. Walau berat untuk aku pergi namun aku tak punya kuasa apa-apa untuk terus berada di sini.

Sedihnya rasa hati apabila melihat wajah ibu, suami dan anak-anak. Wajah-wajah yang bakal aku tinggalkan suatu hari nanti. Tika itu aku sudah tak berdaya untuk kembali ke sisi mereka lagi. Aku juga sudah tidak berdaya untuk menyentuh dan memeluk anak-anak kesayangan ku ini. Tiada lagi panggilan Mama yang bakal aku dengar dari mulut mereka.  Tiada lagi pelukan dan ciuman sayang untuk aku dari mereka semua.

KUBUR SEMPIT BAKAL KU HUNI
RUANGAN SEMPIT YANG BAKAL KU HUNI NANTI....
Jika sebelum ini aku tidur di atas tilam yang lembut namun kali ini aku hanya bisa baring di atas permukaan yang keras. Jika sebelum ini aku hidup dalam suasana yang terang benderang namun selepas ini aku terpaksa melalui kegelapan yang berpanjangan. Jika sebelum ini aku bebas bergerak, berlari dan bermain dengan anak-anak namun kini aku hanya bisa terbaring kaku sambil melihat jasadku mereput hingga kembali bersatu dengan tanah.

  • Selamat tinggal rumahku yang selesa.
  • Selamat tinggal barang kemasku yang tidak seberapa.
  • Selamat tinggal keretaku.
  • Selamat tinggal laptopku.
  • Selamat tinggal wahai dunia internet yang tidak berpenghujung!


INGATAN TAK PERNAH MATI
Ya! Walau aku sudah tidak ada di atas muka bumi ini nanti namun aku pasti akan ingati kalian semua yang pernah hadir di dalam hidup ku. Walau jasadku sudah menghilang dari pandangan mata kalian namun ketahuilah ingatanku ini terhadap semua tidak akan pernah padam.

  • Akan aku kenang kasih sayang ibu dan ayahku selama ini.
  • Akan aku kenang bau anak kecilku saat baru tiba ke dunia ini.
  • Akan aku kenang pelukan hangat suamiku saat aku tidur di sisinya selama ini.
  • Akan aku kenang telatah anak-anak yang pernah mencuit hati.
  • Akan aku kenang kata-kata semangat teman untuk ku selama ini.
  • Akan aku kenang dosa dosa lampau yang pernah aku perbuat sebelum ini.

DOSA!!
Tidak ada mana-mana manusia yang tidak pernah berbuat dosa. Bahkan dunia tempat untuk aku meninggal ini adalah ujian dari Allah semata-mata. Segala yang diberikan adalah sebuah ujian. Kemudian, atas diri aku sendiri mahu membuat keputusan bagaimana untuk melalui setiap ujian itu. Jika aku punya dosa yang melebihi timbangan pahala maka semestinya aku akan di hukum dengan balasan yang setimpal.


ALLAH TIDAK KEJAM!!
'BUKU PANDUAN' Lengkap Untuk Hidup Senang Dunia Akhirat

Allah telah pun beritahu sejak dulu di dalam Al-Quran. Malah Allah juga telah utuskan rasul seorang demi seorang. Satu demi satu peringatan telah di terangkan. Bahkan satu demi satu panduan telah di ceritakan. Salah diri sendiri yang tidak mahu ambil peduli. Salah diri sendiri kerana terlalu agungkan dunia sementara tempat meninggal ini. Maka, jika nanti Allah berikan hukuman maka bukan Dia yang perlu kita persalahkan. 

Malunya aku pada diri sendiri kerana tidak cuba untuk memahaminya sejak dulu. Sedihnya rasa hati kerana aku lebih banyak menghabiskan waktu dengan hiburan dunia daripada meluangkan sedikit masa untuk cuba memahami segala isi kandungan naskah dari Allah ini. Maafkan aku ya Allah.

Sesungguhnya, Allah adalah yang terbaik. Jika tidak mana mungkin dia berikan rahmat satu demi satu untuk kita. Cuma kita saja yang tidak reti untuk bersyukur dan salah kita juga kerana terlalu taksub dengan kehidupan dunia yang penuh tipu daya berserta bisikan si syaitan durjana.

USAH TIPU DIRI SENDIRI
Kita semua sedar yang kita akan mati. Kita semua tahu yang kita bakal pergi dari dunia ini. Tapi kenapa masih perlu menipu diri sendiri hingga sengaja buat tidak peduli ?

Hargailah segalanya selagi nyawa masih di badan. Peluklah insan-insan tersayang yang masih boleh kita pegang. Berbaktilah pada ibu ayah dan suami yang masih boleh kita sumbangkan bakti buat memperbanyakkan pahala untuk di hisab di sana nanti.

Jangan terlalu fokus pada dunia yang sementara ini. Jangan biarkan fikiran kita terus berfikir bahawa hanya usia tua dan sakit saja yang akan menjadi punca untuk mati. 


BERFIKIR SEJENAK
Demi Allah aku pernah berfikir dan membayangkan kehidupan selepas aku mati. Aku sering bertanya diri aku sendiri di manakah aku akan berdiri setelah pergi dari dunia ini. Apakah aku bisa punya kehidupan yang selesa dan bertemu dengan ibu ayah, suami dan anak-anakku semula? Atau apakah aku akan terpisah terus dari mereka selamanya? 

Senyuman dan keletah yang bakal aku rindui nanti... :(
Susah untuk aku bayangkan namun itulah yang bakal kita semua hadapi. Di manakah agaknya kita bakal berada setelah hilang lenyap dari muka bumi ini ya kawan-kawan....


INSAF 
Terima kasih Tuhanku kerana Kau sudi berikan aku peneman dunia yang ramai termasuk rakan-rakan pembaca yang aku sayangi... Kau hadirkan semua insan yang aku sayangi supaya aku tidak sunyi semasa hidup di atas muka bumi ini.

Aku akan sentiasa menginsafi diri dan nikmati kehidupan sementara ini selagi mana Kau perkenankan. Namun, aku mohon padaMu Ya Allah.... sudilah kiranya Kau panjangkan usiaku ini kerana aku terlalu takut untuk berasa sunyi. Janganlah juga Kau tarik nyawaku ini dalam situasi keadaan yang tidak sepatutnya.

" AKU MAHU MATI SEBAGAI SEORANG MUSLIM!! "


TIKA AKU TELAH MATI NANTI
Apakah kalian akan ingat pada ku? Jika YA! Sudilah kiranya kalian sedekahkan sepotong alfatihah dengan hati yang ikhlas sebagai hadiah untuk ku yang telah pergi dan tak akan kembali ini. Maafkan juga segala salah dan silap samada yang sengaja atau tidak di sengajakan...

 Ameen...

KEHIDUPAN DI SYURGA MENGIKUT SUNNAH & HADIS  - BACA SINI

10 comments for "Tika Aku Telah Mati Nanti"

  1. menginsafkan..inilah hakikat hidup kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL! suka atau tidak. bersedia atau tidak. kita tetap kena lalui

      Delete
  2. Allahuakbar. T.kasih atas perkongsian ni sis awaa.

    ReplyDelete
  3. Insaf bila baca entri sis hawa ni

    ReplyDelete
  4. sangat terkesan entry awa!thank you awa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. kan org yg selalu ingat mati adalah org yg paling beruntung... :D

      Delete
  5. Replies
    1. sama-sama Rabia. sis pun takut juga tapi apakan daya. siapalah kita untuk menolaknya

      Delete