Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur rasanya apabila mendapat tahu bahawa resepi #nasiminyakkoboi yang ku share ke blog beberapa hari lalu dapat di terima....  Kenapa aku panggil resepi ni dengan panggilan begitu? Sebabnya ia bukan hanya mudah untuk di masak malah bahan yang di gunakan pun cukup cukup simple. Hinggakan kalau suruh anak dara yang jarang masuk dapur buat pun, aku rasa akan menjadi resepi ni.

#nasiminyakkoboi

Actually, kebanyakan daripada resepi yang aku masak hari-hari semuanya agak simple dan tak banyak 'kerenah'. Mudah cakap amat sesuai untuk orang yang tak reti, malas dan tak punya banyak masa. Aku sendiri punya ramai anak jadi manalah punya masa yang lama untuk berada di dapur berjam-jam.. sebab itu aku suka olah resepi supaya menjadi lebih ringkas dan senang untuk di masak. Bagi aku apa yang paling penting adalah pada penjimatan masa, kos dan rasa. Jika mudah masak tapi rasa tak leh di terima suami dan anak-anak apalah gunanya kan?

Walaubagaimanapun, aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada beberapa orang rakan blogger yang sudi mencuba resepi ni untuk di makan bersama family. Thanks sangat-sangat. 

Bila ada yang cuba naik risau lah juga. Manalah tahu rasa yang terhasil tidak kena dengan selera ualls kat luar sana. Aku cakap sedap tapi mungkin di mulut ualls kat sana, hmmmm... tak sedap langsung!! Haaa... sapa yang malu? Daku jugak.. hahaha

Maka aku pun tanyalah maklumbalas yang sejujur jujurnya pada mereka yang dah mencuba. Inilah balasan yang ku terima... 

NO 1 - Ikin >> pemilik kepada CIK ASH BLOGSPOT



NO 2 - Kak Ayu >> pemilik kepada AYURASHID.COM



Pada yang nak mencuba bolehlah lihat resepi penuh >> DI SINI <<

InshaAllah nanti akan aku kongsikan lagi resepi-resepi ringkas lain yang ku ada supaya kita boleh pikat hati suami dan anak-anak tanpa perlu menghabiskan masa yang panjang di dapur...