PERANGAI SEBENAR SULTAN KELANTAN TERSEBAR
Assalamualaikum ualls...
Beberapa hari lepas seluruh rakyat Kelantan bercuti sempena keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V. Seronok anak-anak berada di rumah kerana dapat bercuti direct selama empat hari (Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin).
Sambil melayan anak-anak, aku turut mengikuti kisah banjir yang di hadapi oleh rakyat Pulau Pinang. Secara automatik terimbas semula di fikiran akan kejadian banjir besar yang aku sendiri telah alami 25 Disember 2014 yang lalu. Subhanallah saat itu sangat-sangat mencemaskan. Namun aku tetap bersyukur kerana seluruh ahli keluargaku selamat dan aku juga bersyukur kerana di kurniakan jiran-jiran yang saling prihatin. Akibat dari kejadian banjir besar itu juga ikatan ukhwah sesama kami di kawasan penempatan yang aku duduki ini sudah semakin akrab jika hendak di bandingkan dengan sebelum ini.
Bila terkenangkan kejadian banjir tersebut, aku ikut teruja dengan tindakbalas daripada Sultan Muhammad Ke V pada waktu itu. Apa tidaknya, di saat seluruh rakyat gempar dengan banjir, Sultan juga ikut sama turun untuk menghadapi kejadian tersebut bersama-sama seluruh rakyatnya.
Yang paling aku tidak boleh lupa apabila Sultan Muhammad sendiri sanggup memandu 4WD berseorangan meredah banjir tanpa sebarang pemandu peribadi dan pengiring untuk segera melihat dan memantau keadaan sebenar seluruh rakyatnya.
Sultan Muhammad ke V bukan hanya datang berseorangan tanpa sebarang liputan media malah Baginda juga ikut membantu mangsa-mangsa banjir tanpa sebarang protokal rasmi di antara raja dan rakyat.
Rakyat memang sama sekali tidak menduga yang itu adalah Baginda kerana baginda bukan hanya datang seorang diri tanpa sebarang pemberita dan pengiring malahan ikut sama menyelit di kalangan penduduk tempatan. Malah Baginda tanpa sebarang masalah menerima arahan daripada seorang Mejar ketika menjalankan misi menyelamat. Segalanya terbongkar hanyalah apabila Baginda duduk berehat sambil minum air dari cawan polistrin sama seperti petugas-petugas yang lain. Kebetulan ketika itu beliau di sapa oleh seorang penduduk dan....
Beberapa hari lepas seluruh rakyat Kelantan bercuti sempena keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V. Seronok anak-anak berada di rumah kerana dapat bercuti direct selama empat hari (Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin).
Sambil melayan anak-anak, aku turut mengikuti kisah banjir yang di hadapi oleh rakyat Pulau Pinang. Secara automatik terimbas semula di fikiran akan kejadian banjir besar yang aku sendiri telah alami 25 Disember 2014 yang lalu. Subhanallah saat itu sangat-sangat mencemaskan. Namun aku tetap bersyukur kerana seluruh ahli keluargaku selamat dan aku juga bersyukur kerana di kurniakan jiran-jiran yang saling prihatin. Akibat dari kejadian banjir besar itu juga ikatan ukhwah sesama kami di kawasan penempatan yang aku duduki ini sudah semakin akrab jika hendak di bandingkan dengan sebelum ini.
Bila terkenangkan kejadian banjir tersebut, aku ikut teruja dengan tindakbalas daripada Sultan Muhammad Ke V pada waktu itu. Apa tidaknya, di saat seluruh rakyat gempar dengan banjir, Sultan juga ikut sama turun untuk menghadapi kejadian tersebut bersama-sama seluruh rakyatnya.
Yang paling aku tidak boleh lupa apabila Sultan Muhammad sendiri sanggup memandu 4WD berseorangan meredah banjir tanpa sebarang pemandu peribadi dan pengiring untuk segera melihat dan memantau keadaan sebenar seluruh rakyatnya.
Sultan Kelantan. No protokol. No media. Turun melawat mangsa banjir dengan drive sendiri 4WD. |
Menyamar sebagai petugas dan membantu mangsa banjir dengan hanya berkaki ayam. |
“Bila ditanya dari mana. Baginda hanya menjawab ‘orang sini’ dan bila dikatakan lagi yang wajahnya persis Sultan Kelantan, Baginda hanya tersenyum”
"Setelah menyedari yang disapa itu benar Sultan, terus orang tersebut memohon maaf kerana tidak tahu yang baginda adalah Sultan Muhammad V”
"Baginda hanya tersenyum malah memeluk orang itu. Tergamam Mejar yang ada dekat situ, kekok terus untuk memberi arahan”

Kisah ini pernah menular di media-media massa termasuk ASTRO AWANI
Itu sebahagian daripada kisah ketika ada musibah. Tetapi pada hari-hari biasa, Sultan Kelantan Muhammad Ke V tetap juga seperti adanya sehinggakan hampir seluruh rakyat Kelantan sudah faham perangainya yang sangat suka solat berjemaah di masjid setiap kali tibanya hari Jumaat.
Mana tidaknya, istana yang Baginda diami hanyalah terletak 100 meter daripada masjid. Malah Baginda sendiri menitahkan supaya di pasang pembesar suara yang di sambungkan secara terus dari Masjid Sultan Muhammad II itu ke kediaman rasminya. Ini bagi memudahkan Baginda mengikuti kuliah agama serta mendengar laungan azan setiap hari daripada masjid berkenaan. Baginda kelihatan lebih kerap ke masjid pada bulan Ramadhan di waktu Subuh dan Asar.
Berita ini turut di kongsi oleh SINAR HARIAN.
Baginda juga pernah di lihat bersahur bersama warga masjid suatu ketika dulu dengan hanya duduk di atas tangga masjid sambil makan dari pinggan kertas sama seperti orang lain walau sudah di siapkan tempat khas yang lebih baik untuknya.
Apabila tiba hari raya korban Baginda antara orang yang sibuk sekali. Malah tanpa takut dan kekok, beliau sendiri yang akan turun padang untuk menyembelih lembu korban buat santapan rakyat jelatanya.
Di sini semua rakyat sudah terbiasa dengan sikap Baginda yang selalu solat berjemaah tanpa ada sebarang tempat duduk khas untuknya di dalam masjid. Bahkan rakyat juga sudah terbiasa dengan berita-berita Baginda yang sering menjadi imam. Jika berbual dengan Baginda, gantinama diri yang paling kerap di gunakan untuk dirinya sendiri adalah 'ambo' (saya).
Sekarang Sultan Muhammad V semakin kerap berada di ibu negara, apakan daya sudah tugasnya di sana. Abangku sendiri yang menetap di Putrajaya turut memberitahu yang dia sering terserempak dengan Baginda di Masjid Putra. Dari jauh kami berdoa moga Baginda dapat memberikan khidmat yang terbaik untuk semua dengan asas ilmu pendidikan yang Baginda ada.
Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail 1 Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur.
Baginda dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada ulang tahun keputeraan baginda yang ke-16 iaitu pada 6 Oktober 1985.
Minat baginda yang mendalam terhadap bidang ilmu dan pendidikan telah mendorong baginda untuk berangkat ke England bagi menyambung pelajaran di Oakham School Ruthland sehingga tahun 1989.
Seterusnya baginda melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Diplomatik di St. Cross College, Oxford dan dalam bidang Pengajian Islam di Oxford Centre sehingga 1991.
Walau pada mulanya ada sesetengah nitizen mengeluarkan kata-kata bahawa tidak suka akan pemimpin negara yang hanya tahu menitikberatkan soal agama semata-mata daripada isu semasa rakyat namun aku tak nak peduli akan itu semua.
SULTAN KELANTAN SEMAKIN DI TERIMA BAIK SEBAGAI AGONG
Bagi aku yang hanya surirumah biasa dan tidak terlalu ekstrem dengan isu politik ini, aku hanya mengidamkan sebuah negara yang aman, selamat dan tenteram. Ameen....
Baginda sendiri yang menukarkan laungan "Daulat Tuanku" kepada "ALLAHUAKBAR" supaya semua rakyat jelatanya beroleh pahala apabila melaungkan laungan tersebut.
Suka skrg agong2 muda dan boleh bermesra dengan rakyat jelata...rakyat pun xde la mcm takut dan mendekati dan meluahkan masalah kan...
ReplyDeleteTerasa lebih dekat di hati
Deletebestnya baca kisah Raja yang low profile ni. Terasa dekat dengan rakyat macam kita ni..
ReplyDeletebetul Gee. rasa macam lebih dekat bila protokal rasmi raja dan rakyat tu di ketepikan
Deletebangga sbgai rakyat kelantan..:)
ReplyDeletebangga sebagai menantu orang kelantan hehe
Deletebangga jadi anak kelantan..
ReplyDeleteAllahuakbar!
DeleteBerbangga berjiran dengan kelantan ehehee.
ReplyDeleteSemoga Baginda dirahmati Allah dunia akhirat.
Ameen :D
DeleteTajuk kemain lagi... Hehehe... Suka tgk sultan kelantan. Sangat low profile
ReplyDeleteAwa pun suka tengok Sultan Muhammad V ni. :D
DeleteSuka dengan Sultan Kelantan dari dulu lagi.. Humble and pious.. Susah dicari yang baik budi sepertinya, tak meninggi diri
ReplyDeleteAwa pun mula kenal lepas pindah sini. Sebagai orang luar yg stay kat sini tumpang rasa kagum sekali
DeleteMoga sultan terus dirahmati dan diberkati Allah
ReplyDeleteAmeen
Deletelama dah suka sultan kelantan siap berangan nak kahwin dengan dia hahahhahaha zaman budak2 dulu
ReplyDeleteAwa tengok gambar masa dia muda-muda dulu.. hensem tu :D haha
DeleteINILAH YANG DINAMAKAN MESRA RAKYAT TU...DENGAN CARA BEGINI JE SESEORANG PEMIMPIN DAPAT TAHU APA SEBENARNYA YANG BERLAKU DI BAWAH....
ReplyDeleteBETUL BETUL BETUL.. SUSAH SENANG BERSAMA. BARULAH RAKYAT MAKIN SAYANG DAN RESPECT!
DeleteSultan Kelantan mmg terbaik. Contoh pemimpin yang sangat baik hati, rendah diri dan berjiwa rakyat. :)
ReplyDeleteSatu dalam berjuta!
Deletehuhu touching lak baca ni..rs bangga punyai pemimpin cmni..ambo banggo jdi rakyat tuanku..even ambo cari rezeki di KL, tpi kelate tetap dihati..moga Allah pnjgkn umur tuanku..amiiiinnn...
ReplyDeletekita terbalik. Sis ni orang luar dok Kelate tapi sis sendiri rasa bangga dapat duduk dalam negeri bawah naungan Tuanku. Memang best la dia
DeleteMek bngga ad sultan seperti tuanku. Smoga kita smua dpt contohi tuanku yg humble
ReplyDelete