Assalamualaikum ualls...
Hari ni aku nak senaraikan sebanyak 30 orang penulis blog yang aku rasakan cukup sombong!

Mereka bukan hanya sombong di dalam penulisan blog malah juga di facebook. Eeee rasa macam nak cubit kuat-kuat supaya sifat sombong dalam diri mereka tu hilang dengan serta merta.
Mentang-mentanglah aku ni blogger baru, senang-senang je diaorang wat aku begini... huhu..

Untuk tahu siapakah mereka semua ualls WAJIB KENA BACA ENTRY NI DARI AWAL SAMPAI AKHIR!! Jika sekadar nak baca tajuk dan tengok list semata-mata, baik tak payah...

- SILA INGAT PESANAN INI -

Mesti ualls pun nak tahu siapakah 30 orang blogger yang aku maksudkan itu...  Mereka adalah:

1. LEA AZLEEYAhttp://www.leaazleeya.com

2. JUELIZA JAMANI > http://www.mamajue.com/

3. FIEZA SANI > http://www.fiezasani.xyz/

4. HAZIRAH MOHDhttp://www.sisgee.com/

5. HERNEE NAZIR > http://herneenazir.com/

6. LIN LIENAhttp://www.linliena.com/

7. SHALIMAR MOHD YUSOF > http://www.shalimaryusof.com/

8. SURIA LEKAT LEKIThttp://www.lekatlekit.com/

9. SYARIFAH ASHIKIN SYED ALI > https://cikash.blogspot.com/

10. LYANA ROHAZIhttp://cikcappuccinolatte.blogspot.my/

11. SHAIDATUL AZREEEN > http://renex89.blogspot.my/

12.  S.A > http://www.suriaamanda.com/

13. SHEILA INSPIREhttp://www.sheilainspire.com/

14. MIMI AZIRAH > http://www.mimiazirah.com/

15. ANIL WANINAhttp://www.anilwanina.com/

16. MARIA FIDTZhttp://www.mariafirdz.com/

17. CIK NOR - http://norminieza.blogspot.my

18. SHIKIN RAZALIhttp://starlavenderluna.blogspot.my

19. MRS PIPhttp://www.mrspip.com/

20. INA AURA > https://ehbelogaku.blogspot.my/

21. CIK AKAK > http://sweetyzhanieyz83.blogspot.my/

22. MAMA PIPIE  > http://www.mamapipie.com/

23.  POK UCU > http://www.pokucu.com/

24.  SITI ROHAIDA YUSOF > http://www.kisahsidairy.com/

25. WANI SUKARNO  > http://galeriduniaku.blogspot.my/

26.  AYU RASHID > http://www.ayurashid.com/

27. RABIA > https://robiahtul.blogspot.com/

28. NOOR LIEZA  > http://deariescouple.blogspot.my/

29.  SYAMIMI SAAD > http://www.syamimisaad.com/

30. NADIA MD RADZI > http://aimanziyad.blogspot.my/


10 SEBAB KENAPA AKU CAKAP MEREKA 'SOMBONG'!! 

  • Mereka pernah datang membaca dan tinggalkan jejak di baca blog aku ini
  • Mereka sudi menerima aku sebagai salah seorang frenlist di facebook
  • Sering sangat tinggalkan komen di dinding facebook ku
  • Pernah menjawab persoalan yang aku tidak tahu
  • Ada juga antara mereka yang sentiasa beri semangat pada aku
  • Selalu kongsi tips tentang dunia blogging
  • Pernah berkongsi tawaran dari pihak tertentu denganku
  • Pernah rekomenkan servis makeover blogku pada blogger yang lain
  • Selalu bermesej untuk berkongsi suka duka menjadi blogger
  • Peramah dan mudah untuk di dekati

TAK KENAL MAKA TAK CINTA
Terus terang masa mula-mula kenal dengan mereka ini melalui penulisan blog, aku rasa takut nak rapat-rapat. Jangan kata nak tegur di dinding facebook, nak mesej personal jauh sekali. Dalam hati dah terbayang yang aku ni hanyalah blogger tahap ikan bilis sedangkan ada di antara mereka yang dah bertukar jadi ikan duyung yang sangat cantik. Ada juga yang tahap glamour sampai dah pernah masuk majalah dan sering dapat undangan untuk hadir ke event-event di sana sini.

Walaubagaimanapun, terdetik juga di hati ni. Jika aku sendiri bersikap seperti katak di bawah tempurung bagaimana mungkin blog aku ini boleh di kenali oleh orang lain? Apakah aku selamanya nak bersikap pemalu dan biarkan saja blog aku ini sendu tanpa sebarang sahabat di kalangan blogger?

UBAH SIKAP UBAH PEMIKIRAN
Demi untuk memperkenalkan diri sendiri aku nekad untuk keluar dari kepompong. Biarlah jika orang cop aku sebagai blogger tak malu sebab tetiba saja dok add blogger lain sebagai rakan. Biar juga orang cakap aku terlajak ramah sebab asyik tegur blogger lain dengan meninggalkan komen di dinding facebook mereka. Takpe, aku redha. Yang penting aku tonjolkan diri dengan tinggalkan komen yang baik-baik dan bukan sekadar hanya menjadi seorang stalker.

DAH KENAL TERUS JATUH CINTA
Alhamdulillah... rupa-rupanya mereka semua okay! Walau ada di antara mereka yang agak lantang berbicara di dada blog namun hakikatnya mereka baik baik saja. Malah ada yang tidak lokek memberikan tips dan panduan bagaimana untuk menjadi seorang penulis blogger yang lebih bagus. Yang lebih mengharukan, mereka juga sanggup berkongsi tawaran yang mereka terima daripada pihak-pihak berkaitan. 

NAMA TIADA DALAM SENARAI BLOGGER SOMBONG INI ?
Actually, cukup payah untuk daku buat list kat atas tu sebab hakikat sebenarnya ada ramai lgi blogger lain yang juga peramah dan baik hati. Walaubagaimana pun daku terpaksa listkan juga berdasarkan blog dan FB. Pada yg tidak tersenarai, Im so sorry dari hujung kaki sampai ke hujung rambut. Huhu..

JANGAN MARAH & JANGAN SALAH FAHAM
Entry ini bukan untuk mencari gaduh tetapi hanyalah bertujuan untuk memperkenalkan antara barisan blogger yang ku rasakan sangat baik dan peramah. InshaaAllah aku sentiasa cuba untuk mengenali dan merapatkan diri dengan lebih ramai blogger lagi dari masa ke semasa.

KESIMPULAN
Jika ualls blogger baru seperti aku, bolehlah follow blog mereka semua rapat-rapat. Janganlah malu dan segan ya. Sudi-sudikanlah follow blog mereka dan dalam masa yang sama jangan lupa untuk add dan like pages mereka di facebook. Lepas add tolong jangan hanya jadi stalker pulak! Sebaliknya tinggalkan komen yang baik dan bernas di dinding facebook mereka tu dari masa ke semasa supaya mereka tahu yang ualls adalah seorang yang cukup peramah dan berbaloi untuk di jadikan sebagai seorang sahabat. Jika tinggalkan komen yang berbau perkauman dan ntah apa-apa memang sengaja cari nahas... haha  :D


- SELAMAT BERJAYA UNTUK SEMUA DI DALAM DUNIA BLOG -
NAK DAPATKAN TUTORIAL, FREEBIES & SERVIS EDIT BLOG YANG CANTIK TAPI MURAH? KLIK >> SINI <<