Assalamualaikum ualls... Hari ni aku nak senaraikan sebanyak 30 orang penulis blog  genre parenting yang aku rasakan awesome... Mereka bukan hanya awesome di dalam penulisan blog malah juga di Facebook dan Instagram. Mereka ini jugalah antara blogger yang sering memberi inspirasi kepada blogger yang lain untuk terus berjaya....

Masa mula-mula start berblogging dulu ingatkan mereka semua ni sombong tau!! Masa tu rasa macam nak cubit kuat-kuat supaya sifat sombong dalam diri mereka tu hilang dengan serta merta.
Mentang-mentanglah aku ni blogger baru, senang-senang je diaorang wat tak kenal ye.. tapi salah daku juga sebabnya tak berani untuk memperkenalkan diri pada waktu itu. Huhu...

Untuk tahu siapakah mereka semua ualls WAJIB KENA BACA ENTRY NI DARI AWAL SAMPAI AKHIR!! Jika sekadar nak baca tajuk dan tengok list semata-mata, baik tak payah... Ops...

- SILA INGAT PESANAN INI -

Mesti ualls pun nak tahu siapakah 20 orang blogger yang aku maksudkan itu...  Mereka adalah:

1. SITI AWADAH : www.sishawa.com (diri sendiri nak juga masuk list... hehe)

2. ANA SUHANA : http://www.anasuhana.com/

3. ATIE HILMI : http://www.atiehilmi.com/

4. MARIA FIRDZ : http://www.mariafirdz.com/

5. SHEILA INSPIRE : https://www.sheilainspire.com/

6. SHALIMAR : http://www.shalimaryusof.com/

7. ZARINI ISMAIL : https://www.nurzariniismail.com/

8. MARSHALIZA : http://www.marshaliza.com/

9. IRA DZAHIR : http://www.iradzahir.com/

10. SHALIMAR :  http://www.shalimaryusof.com/

11. LEA AZLEEYA : http://www.leaazleeya.com

12. FIZA AIZZAWA  : https://ourmemoria.blogspot.com/

13. ANA JINGGA  :  https://www.anajingga.com/

14. MRS LIEZ  : http://www.mrsliez.com/

15. LIN LIENA : http://www.linliena.com/

16. ELLIE TEOH : http://cleffairy.com/

17. CHE SUE IZZEYDA : https://www.izzeyda.com/

18. BONDA CHANTEQ : http://www.bondachanteq.com/

19. ANNUR SYUHADA : https://www.annursyuhadah.com/

20. FTN DIANA : http://ftndiana.blogspot.com/

21. MRS PIP : http://www.mrspip.com/

22. SURIA : http://www.lekatlekit.com/

23. MAMA PIPIE : http://www.mamapipie.com/

24. NADIA JOHARI : https://www.miszrockers.com/

25. AZLINDA ALIN : http://www.azlindaalin.com/

26. MAMA JUE : http://www.mamajue.com/

27. MIA LIANA : https://www.mialiana.com/

28. HERNEE NAZIR : https://herneenazir.com/

29. MIMI AZIRAH : http://www.mimiazirah.com/

30. SHUHAIDA KABDY : http://www.shuhaidakabdy.com/



10 SEBAB KENAPA AKU CAKAP MEREKA NI AWESOME 
  • Mereka tidak sombong dan mudah untuk didekati
  • pernah datang membaca dan tinggalkan jejak di baca blog ini
  • Mereka sudi menerima rakan blogger sebagai salah seorang frenlist di facebook
  • Sering juga tinggalkan komen di dinding facebook
  • Pernah menjawab persoalan yang pernah ditanya sebab tidak tahu
  • Ada juga antara mereka yang sentiasa beri semangat pada 
  • Selalu kongsi tips tentang dunia blogging
  • Pernah berkongsi tawaran dari pihak tertentu 
  • Pernah rekomenkan servis review dari blog ini kepada blogger yang lain
  • Selalu bermesej untuk berkongsi suka duka menjadi blogger

TAK KENAL MAKA TAK CINTA
Terus terang masa mula-mula kenal dengan mereka ini melalui penulisan blog, aku rasa takut nak rapat-rapat. Jangan kata nak tegur di dinding facebook, nak mesej personal jauh sekali. Dalam hati dah terbayang yang aku ni hanyalah blogger tahap ikan bilis sedangkan ada di antara mereka yang dah bertukar jadi ikan duyung yang sangat cantik. Ada juga yang tahap glamour sampai dah pernah masuk majalah dan sering dapat undangan untuk hadir ke event-event di sana sini.

Walaubagaimanapun, terdetik juga di hati ni. Jika aku sendiri bersikap seperti katak di bawah tempurung bagaimana mungkin blog aku ini boleh di kenali oleh orang lain? Apakah aku selamanya nak bersikap pemalu dan biarkan saja blog aku ini sendu tanpa sebarang sahabat di kalangan blogger?


UBAH SIKAP UBAH PEMIKIRAN
Demi untuk memperkenalkan diri sendiri aku nekad untuk keluar dari kepompong. Biarlah jika orang cop aku sebagai blogger tak malu sebab tetiba saja dok add blogger lain sebagai rakan. Biar juga orang cakap aku terlajak ramah sebab asyik tegur blogger lain dengan meninggalkan komen di dinding facebook mereka. Takpe, aku redha. Yang penting aku tonjolkan diri dengan tinggalkan komen yang baik-baik dan bukan sekadar hanya menjadi seorang stalker.


DAH KENAL TERUS JATUH CINTA
Alhamdulillah... rupa-rupanya mereka semua okay! Walau ada di antara mereka yang agak lantang berbicara di dada blog namun hakikatnya mereka baik baik saja. Malah ada yang tidak lokek memberikan tips dan panduan bagaimana untuk menjadi seorang penulis blogger yang lebih bagus. Yang lebih mengharukan, mereka juga sanggup berkongsi tawaran yang mereka terima daripada pihak-pihak berkaitan.


NAMA TIADA DALAM SENARAI BLOGGER SOMBONG INI ?
Actually, cukup payah untuk daku buat list kat atas tu sebab hakikat sebenarnya ada ramai lgi blogger lain yang juga peramah dan baik hati. Jika nama tidak tersenarai di sini I'm so sorry dari hujung kaki sampai ke hujung rambut. Huhu..


JANGAN MARAH & JANGAN SALAH FAHAM
Entry ini bukan untuk mencari publisiti murahan tetapi hanyalah bertujuan untuk memperkenalkan antara barisan blogger yang ku rasakan sangat baik dan peramah. InshaaAllah aku sentiasa cuba untuk mengenali dan merapatkan diri dengan lebih ramai blogger lagi dari masa ke semasa.


KESIMPULAN
Jika ualls blogger baru, bolehlah follow blog mereka semua rapat-rapat. Janganlah malu dan segan ya. Sudi-sudikanlah follow blog mereka dan dalam masa yang sama jangan lupa untuk add dan like pages mereka di facebook. Lepas add tolong jangan hanya jadi stalker pulak! Sebaliknya tinggalkan komen yang baik dan bernas di dinding facebook mereka tu dari masa ke semasa supaya mereka tahu yang ualls adalah seorang yang cukup peramah dan berbaloi untuk di jadikan sebagai seorang sahabat. Jika tinggalkan komen yang berbau perkauman dan ntah apa-apa memang sengaja cari nahas... haha  :D


- SELAMAT BERJAYA UNTUK SEMUA DI DALAM DUNIA BLOG -
NAK DAPATKAN TUTORIAL, FREEBIES & SERVIS EDIT BLOG YANG CANTIK TAPI MURAH? KLIK >> SINI <<




Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.