Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pengalaman Bersalin Anak Keenam - It's A Girl (Part 1)

Ini adalah pengalaman bersalin diri sendiri bukan orang lain. Dan ini adalah pengalaman bersalin untuk anak keenam. Yup, dah enam orang anak semuanya dan bermacam pengalaman dah ku lalui. Aku dah pernah merasai pengalaman bersalin normal untuk anak pertama dengan air ketuban pecah dulu di rumah. 

Aku juga telah melalui pengalaman bersalin ceaser (pembedahan) kerana songsang untuk anak kedua. Daku juga telah lalui pengalaman bersalin dengan masalah air ketuban kurang untuk anak ketiga. Tak lupa daku juga pernah lalui pengalaman bersalin induce. Jahitan perineum tak usah sebut! Dah pernah lalui juga berkali-kali. 

Dan untuk pengalaman bersalin kali keenam, inilah ceritanya. Alhamdulillah, segalanya telah pun selamat. Malah satu famili happy yang teramat sangat kerana puteri yang di idamkan sejak sekian lama telah muncul di depan mata pada 05/12/17 yang lalu.

Kalau nak dikutkaan due bersalin 7/12 tapi nampaknya 'puteri' nak keluar lebih awal untuk jumpa mama, abah dan abang-abangnya ni. Happy tak terkata bila berjaya juga dapat seorang puteri selepas ke lima-lima anakku adalah lelaki.



KRONOLOGI KELAHIRAN 

04/12/2017 - pagi
Setelah bangun untuk solat subuh, aku mula rasa tak sedap badan. Namun aku diamkan saja dan tak cakap apa-apa pada Mr.Qamar. Bukannya apa, aku kan pernah mengalami braxton hicks (tanda kelahiran palsu) sebelum ni, jadi aku kena pastikan dulu. Suami aku yang memang tidak syak apa-apa terus ke tempat kerja seperti biasa. Aku tak kisah sangat sebabnya jarak tempat kerjanya dengan rumah dekat saja. Hanya mengambil masa 15minit je pun.

Aku buat kerja rumah seperti biasa. Anak-anak yang lain semuanya ada kerana sekarang kan musim cuti sekolah. Aku settlekan juga design blog yang sempat. Selesai masak tengahari, aku makan dengan anak-anak. Sambil tu aku tunggu Mr.Qamar tapi dia tak juga balik-balik. Selalunya memang dia akan balik lunch tapi tidak pula untuk hari ini. Jam 2pm aku call MrQamar dan katanya dia tak dapat balik lunch sebab ada kerja yang kena disiapkan dengan segera. Aku hanya cakap okay.. aku tetap tak ceritakan apa-apa lagi padanya.


04/12/2017 - petang
Bila selesai solat Asar, tanda memulas kecil di perut terasa makin jelas dari tadi dan tika itu aku yakin seyakin yakinnya yang ia adalah tanda awal kontraksi untuk melahirkan. Aku mula hitung jarak kesakitan dan berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas aku dapat mengagak yang bayi akan keluar dalam masa 10 ke 12 jam lagi. Aku mula check semula barangan yang perlu di bawa ke hospital nanti.

Sebaik saja suamiku, MrQamar pulang dari kerja sekitar jam 5petang, aku terus maklumkan padanya yang tanda awal bersalin sudah muncul. Dia tunjuk wajah cool aja. Amboi amboi mentang-mentanglah ini dah anak yang ke enam kan? Kalau dulu bila aku cakap tanda bersalin dah ada dia yang lebih kelam kabut dari aku.

Jam 6.30petang, adik iparku (Nik) datang untuk meminta bantuan suami ku untuk memasang kipas di rumahnya. Aku dan suami sama sekali tidak beritahu pada Nik bahawa tanda untuk aku bersalin sudah ada. Disebabkan rumah Nik dengan rumahku hanya mengambil masa setengah jam saja maka aku izinkan suami aku pergi untuk membantu Nik. Suami aku membawa Awwal yang masih kecil bersamanya. Manakala anak sulung, ke dua dan ke tiga ke kelas mengaji dan solat di masjid. Maka tinggallah aku bersama Ameen, anak ke empat yang berusia 6 tahun.

MrQamar sempat berpesan kalau ada apa-apa segera call jiran sebelah dan dia. Jiran-jiran sebelah menyebelah memang semuanya boleh di harap jika ada kecemasan, just give them a call. Mungkin di sebabkan suami aku sendiri yang suka tolong diaorang. Jika ada masalah wayaring ke, aircond ke, paip bocor ke, memang suami aku lah orangnya yang mereka akan call minta bantuan. Sebab itu, jika aku call je gerenti sampailah bantuan yang di perlukan. Cuma aku ni jenis malas nak minta tolong orang kecuali jika benar-benar terdesak.

04/12/2017 - malam
Jam 9malam, MrQamar dan yang lain-lain tiba di rumah. Suami aku terus bertanya samaada nak terus ke hospital ataupun tidak. Jawapan aku adalah nanti dulu kerana masih ada banyak masa lagi. Aku call pada emak di kampung. Aku mohon maaf pada emak atas segala silap dan dalam masa yang sama aku mohon moga emak dapat doakan untuk keselamatan aku dan baby. Suami aku pula terus menelefon memberitahu ibu mertua dan Nik akan keadaanku.

Aku masih sempat online sekejap beritahu pada beberapa orang sahabat karib melalui inbox facebook supaya doakan aku yang bakal melahirkan pada bila-bila masa ini. Bila di beritahu yang aku sudah bakal melahirkan, diaorang pula yang terlebih teruja kerana nak cepat-cepat tahu samada yang sedang aku kandungkan ini apakah putera ataupun puteri.

Sekitar jam 11.40 malam, Nik datang ke rumahku seorang diri. Nik dengan relahati sanggup membantu untuk menjadi driver buat aku sekaligus peneman setia kepada suamiku ketika di hospital nanti.

05/12/2017 - 12.30am
Kami berempat (termasuk Awwal) bertolak ke hospital yang jaraknya hanyalah sekitar 3km saja dari rumah. Dekat je pun... sebab itu aku tak risau sangat. Lagipun pengalaman yang lepas-lepas sudah ada.

Sampai di hospital aku lihat di ruangan menunggu turut ada waris dari sebuah keluarga yang lain. Aku terus di bawa ke bilik pemeriksaan awal (berhampiran labour room) dan dipasang CTG untuk monitor keadaan bayi dalam kandungan. Daku juga di check untuk lihat bukaan bersalinSaat itu aku mula terkejut apabila doktor memberitahu bahawa bukaan rahim sudahpun mencapai 6cm. Allahu rabbi, dah besar bukaan rupanya.

Aku ingatkan baru 3 ke 4cm je tadi sebabnya kesakitan yang aku tanggung ketika berada di rumah tidaklah sekuat mana bagi aku. Setelah siap di check, aku terus mahu di pindahkan ke labour room. Saat itu aku mohon untuk berjumpa dengan suami sekejap. Alhamdulillah doktor izinkan.

Sebaik saja berdepan dengan MrQamar, aku terus salam dan kucup tangannya sambil memohon maaf. Dalam masa yang sama aku ingatkan sekali lagi padanya untuk mendoakan ke atas aku dan baby. MrQamar hanya mengangguk. Lalu aku pun bergerak masuk ke labour room seorang diri. MrQamar memang tak dapat nak temankan aku kerana dia ada masalah mabuk darah.

Dua jam aku di atas katil labour room dan dalam masa 2jam itu juga hati aku ni terus menyebut nama Ilahi. "Ya Allah, Kau permudahkanlah. Janganlah Kau sulitkan." Itulah potongan doa yang tak putus-putus berhenti bergema dari dalam hati dan fikiran aku. Semakin lama, sakit kontraksi menjadi semakin kuat namun aku masih dapat bertahan. Akhirnya, keluarlah tanda darah dan beberapa minit selepas itu air ketuban mula pecah dengan sendirinya. Sebaik saja air ketuban pecah, rasa sakit untuk bersalin makin menjadi-jadi.

Dengan empat kali cubaan meneran akhirnya....

05/12/2017 - tepat pada jam 3.16am
lahirlah seorang insan kecil dari rahim aku. Nyaring suaranya bergema di dalam bilik labour room tersebut. Malah suami aku cakap suara anak kami kedengaran hingga ke ruang menunggu yang kedudukannya hanyalah di sebalik beberapa buah pintu.

MrQamar juga ada beritahu bila ada je suara baby menangis, para waris di ruang menunggu akan kelihatan sangat teruja. "Baby siapalah yang keluar tu?" dan masing-masing akan mula terhendap-hendap ke bahagian labour room untuk segera dapat khabar berita dari miss nurse yang bertugas.


BOY OR GIRL?
Itulah soalan pertama yang nurse tanyakan pada aku sebaik saja puteriku lahir. Aku hanya lihat seklias dan terus menjawab, "boy.."

Nurse tersebut terus cakap, "eh... bukan... GIRL laa.. Cuba tengok sekali lagi." Saat itu terus bulat biji mata aku ni tau! Tak ada apa-apa perkataan yang keluar dari mulut aku melainkan ucapan syukur kepada Yang Maha Esa dari lubuk hati aku yang paling dalam.

Nurse letakkan baby di atas dada dan sebaik saja melihat wajahnya, airmata aku mula bergenang. Ya Allah, ini rupanya si puteri yang sekian lama di nanti. Tak sangka ada juga seorang puteri yang sudi Allah SWT simpan dan turunkan untuk aku.

Urusan aku belum selesai lagi kerana aku masih perlu menerima jahitan perineum. Hmm.. apa boleh buat. Nak tak nak kenalah hadapi juga. Namun alhamdulillah kerana aku di jahit oleh staff nurse yang sudah berpengalaman. Walau jahitan agak banyak namun dia menjahit dengan cekap dan cepat. Atau mungkin juga keterujaan aku kerana mendapat gegurl itu yang menyebabkan aku berasa segalanya pantas hingga tidak terlalu menyakitkan. =D


RIUH DAPAT GEGURL
Semasa sedang di jahit, aku juga dapat mendengar suara nurse memanggil pewarisku masuk ke bahagian depan labour room. Tidak berapa lama kemudian, kedengaranlah suara MrQamar dan Nik yang berseronok apabila nurse beritahu baby gurl. Mereka berdua juga turut bercerita pada nurse terbabit yang itu adalah satu-satunya puteri selepas 5 putera. Sebaik saja selesai di iqamatkan, nurse membawa masuk baby dan memberikannya pada aku untuk mula di susukan. Nurse turut ucapkan tahniah pada aku kerana berjaya mendapat baby gurl setelah sekian lama menunggu. Bahkan doktor dan nurse-nurse lain yang turut berada di situ ikut mengucapkan tahniah.

05/12/22017 - 4.40am
Aku di bawa masuk ke ward untuk berehat. Saat ini hanya ada aku dan baby. MrQamar dan Nik sudahpun pulang ke rumah untuk berehat selepas hampir 5jam bersengkang mata menunggu aku di hospital.

Apabila hanya tinggal aku dan baby, barulah aku dapat melihat wajah baby dengan sepenuhnya. Wajah yang sekian lama aku teringin nak lihat. Tubuh yang sekian lama aku teringin nak peluk.

Mesti ualls pun nak lihat juga kan?

Inilah dia rupa si puteri yang Allah SWT sudi kirimkan untuk aku ini sebagai si penjaganya...

- BEBERAPA JAM SELEPAS DI LAHIRKAN - 

Syukur alhamdulillah. Tidak ada sebarang cacat cela pada mana-mana bahagian tubuhnya. Beratnya yang hanya 2.6kg ini pula hampir sama dengan berat abang-abangnya yang lain semasa di lahirkan.

Sesungguhnya pengalaman bersalin dan melahirkan merupakan detik yang cukup terindah bagi seorang wanita bergelar ibu dan untuk tahu sambungan kisah ini, siapakah namanya, boleh terus sambung baca untuk >> PART 2 <<


25 comments for "Pengalaman Bersalin Anak Keenam - It's A Girl (Part 1)"

  1. Alhamdulillah.. tahniah sis awa atas kelahiran puteri yg dinanti2kan... semoga menjadi anak yg solehah.. dan semoga sis aawa cepat sembuh.. selamat berpantang sis..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillahh.. Wahh tahniah sis Awa..Comelnya baby.. Masa jahit tak terasa mana sakit nye sebab happy sangat dapat gegurl..

    Selamat Berpantang sis.. Moga gegurl menjadi anak yang solehah 😍

    ReplyDelete
  3. Tahniah awa....comey sangat baby girl ni....gebu gebas...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... Comelnya baby. Tengok baby rasa macam nak baby lagi jer.. Hehehe... Sama macam akak jugak. Terselit bunga sekuntum dalam 4 orang tu 😁

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah comel sngt sis... geramnyaaa. hehe

    ReplyDelete
  6. Tanhiah awa ...happy sgt mrs pip dengar berita ni ...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, tahniah sis hawa. Comel baby tu

    ReplyDelete
  8. tahniah sis..alhamdulillah dpt gak baby girl akhirnya

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah...gebus sungguh si bongsu ni..eh!bongsu ke?hehe..semoga membesar dengan sihat ye..

    ReplyDelete
  10. syukur alhamdulillah,tahniah pada sishawa.....

    ReplyDelete
  11. Tahniah sis Awa. Alhamdulillah tercapai juga cita-cita sis untuk dapat anak perempuan. Comel sangat. Moga sis Awa dan baby sihat. Selamat berpantang sis.

    ReplyDelete
  12. alhmdulillah..tahniah awaa..

    اللهم فقهها في الدين وعلمها التاءويل

    moga allah pelihara selalu puteri solehah ni

    ReplyDelete
  13. Alhamdullilah syukur...akhirnya dpt juga baby gurl yg dinantikan...selamat berpantang sis...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum sis....Alhamdullilah syukur...akhirnya dpt juga baby gurl yg dinantikan...selamat berpantang sis...

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah kak awa selamat melahirkan. Haritu tak sabar nak tengok muka baby. Harini baca eksaited gila nak tengok muka baby, alahaii cutenyaa baby kak awa.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum sis awa..assalamualaikum baby harum wangi..Alhamdulillah..seronokla abg2..

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah . Tahniah sis awa , Allah dah permudahkan setiap perjalanan . Comelnya baby girl . Putih gebuu .. selamat berpantang & selamat berehat

    ReplyDelete
  18. alhamdulilah tahniah sis awa... comelnya baby.. anugerah yang terindah Allah bagi dapat girl..

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah.
    Finally dapat baby girl ya.

    ReplyDelete
  20. Awa tahniah tau.. Sedih lak baca entry ni.. Adeh.. Dah cam baca novel tau.. Sedihhhh.. :'(

    ReplyDelete
  21. Tahniah sis awa. Akhirnya..
    Si puteri hadir dlm keluarga. ☺

    ReplyDelete
  22. syukurlah.. dapat baby girl.. tahniah sis :)

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah..i'm waiting for this moment too..baca cerita awa ni, rasa macam k.fiezz ada kat tmpt awa..so real.. ;)

    ReplyDelete