Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KOPI CINTA by SisHawa - Bab 6

 
sambungan dari : KOPI CINTA BAB 5

Tariq keluar dari bilik itu dengan perasaan gembira. Semasa dia sedang menuruni anak tangga dia di sapa oleh seorang pemuda. "Tuan muda okay?" Tariq membalas pertanyaan pemuda itu dengan jelingan tajam.

Tariq : Kau ni Kamal... Sudah berapa kali aku cakap... jangan panggil aku Tuan Muda boleh tak?

Kamal : Tak boleh.. nanti Puan Besar tahu. Silap haribulan saya boleh kena pecat..

Tariq : Kau kerja dengan aku atau dengan nenda?

Kamal : Dengan tuan muda. Tapi masalahnya, gaji saya Puan Besar yang bayarkan.


Tariq terdiam. Betul juga apa kata si Kamal tu. Memang Kamal dan beberapa orang yang lain telah di tugaskan untuk mengawasinya setiap masa tapi gaji mereka semua ini nendanya yang bayarkan. Tariq mula memandang wajah Kamal dengan senyuman yang penuh makna. 


"Kamal, kau nak pergi makan angin tak? Tanya Tariq dengan penuh teruja.

"Makan angin? Makan angin ke mana? Saya tak faham maksud tuan muda ni." jawab Kamal penuh sopan.

"Baru tadi aku pesan jangan panggil aku tuan muda. Kau ni degil betul lah!" Marah Tariq. Kamal sama sekali tak berkecil hati sebaliknya hanya tersenyum lebar sambil menampakkan giginya yang kurang tersusun.

"Dah lah! Tak yah nak cakap banyak. Sekarang ni kau pergi kemaskan pakaian kau!" Arah Tariq dengan tegas. Kamal mula tersentak.

"Kemas pakaian? Tuan muda janganlah pecat saya. Kasihanlah pada saya. Saya ni orang susah tuan muda. Saya ada emak yang sakit, saya ada adik-adik. Tolonglah tuan muda. Kasihankanlah saya." Kamal mula merayu.

"Hey!! Bila masa aku cakap nak pecat kau? Aku suruh kau pergi kemaskan pakaian untuk ikut aku pergi bercuti! Ish kau ni... cepat betul buruk sangka kat aku kan? Kenapa? Aku ni jahat sangat ke?" Marah Tariq.

Tariq mula merenung muka Kamal dengan wajah marah. Tetapi jauh di lubuk hati sebenarnya Tariq amat sayangkan Kamal. Mana mungkin dia akan pecat Kamal yang sudah di anggapnya seperti saudara kandung sendiri. 

Sejak hampir sepuluh tahun yang lalu, Kamal satu-satunya manusia yang dapat mendampingi Tariq. Kamal jugalah satu-satunya insan yang dapat memahami sikap Tariq dan yang dapat berkongsi segala masalah dari hati ke hati dengan Tariq. 

"Tapi tuan muda, kalau puan besar tahu macamana? Saya takut." 

"Nenda dah izinkan. Siapkan pakaian kau cepat dan lepas tu kau tolong kemaskan sekali pakaian aku. Kemaskan semua pun tak apa. Aku dah tak nak tinggal kat sini lagi." Arahan Tariq di terima dan Kamal terus berlari ke arah biliknya untuk melakukan seperti apa yang di suruh oleh majikannya itu.



Hajjah Wan Kalsom benar-benar telah mengotakan janjinya. Sebuah rumah berserta dengan perabot dan segala kelengkapan telah di sediakannya untuk Tariq. Kini Tariq dan 'pasangannya' Kamal akan mula berseronok di rumah baru mereka. Tariq semestinya sangat-sangat teruja kerana dapat hidup bebas daripada kongkongan 'nenek sihir' dalam masa sebulan ini.

Namun Hajjah Wan Kalsom tetap tidak berpuashati kerana Tariq bukan saja tidak mahu dilindungi oleh mana-mana pengawal peribadi malah Tariq juga tidak membenarkan mana-mana orang gaji datang untuk menyediakan makan pakainya di rumah itu. Dek terikat dengan sebuah janji Hajjah Wan Kalsom hanya mampu menahan rasa geram di dalam hati.

Semakin hari Tariq berasa semakin selesa berada di rumah barunya itu. Kini dia dapat merasa hidup bebas seperti orang lain walaupun hanya untuk seketika cuma. Kehadiran Kamal yang sentiasa ada di sisi turut membuatkan Tariq berasa makin seronok dengan kehidupan barunya yang sementara ini.

Namun tidak untuk Hajjah Wan Kalsom. Sudah acap kali beliau menghubungi Kamal dan memujuk Kamal untuk menceritakan segala rahsia Tariq kepadanya namun hingga ke saat ini segala pujukan itu tetap juga tidak berhasil. Kamal tetap mengatakan, rahsia yang di pegangnya adalah amanah dan dia harus jujur memegang kepercayaan yang di berikan Tariq terhadapnya.


   989369nkhwxrd6yq.gif


Sejak tinggal di rumah ini, Tariq dan Kamal sering duduk bersantai di tepi kolam renang yang turut terdapat di rumah mereka itu.  Cuaca pagi yang redup di iringi dengan kicauan burung liar yang merdu membuatkan suasana menjadi sangat aman dan tenang. 

Tapi, jauh di lubuk hati Tariq berasa amat resah dan gelisah. Tariq tahu dia tidak boleh terlalu leka dengan keadaan ini. Permintaan ayah dan neneknya harus di selesaikan dalam kadar segera dengan sedaya upaya. Tariq tidak mahu menyesal di kemudian hari.

"Kamal, kau ada cara untuk cari gadis idaman tak?" tanya Tariq secara terus dan terang.

Kamal yang sememangnya sudah faham dengan situasi dan misi Tariq sekarang ini hanya tersenyum lebar. Soalan sebegini sememangnya sudah dapat Kamal jangkakan. 

"Tuan muda sukakan gadis yang bagaimana?" Tariq melepaskan keluhan yang berat apabila mendengar Kamal memanggilnya dengan panggilan tuan muda lagi.

"Maaf tuan.. eh Tariq.. maaf... aku terlupa. Okay, kau mahu cari perempuan yang macam mana?" Kamal membetulkan semula gaya percakapannya terhadap Tariq. Tariq kembali tersenyum. Inilah dia sahabatnya yang sebenar. Bercakap santai tanpa ada perbezaan darjat. 

"Aku tak pandang pada fizikal, asal sedap mata memandang pun dah cukup bagi aku. Cuma, aku mahukan seorang perempuan yang tidak memandang pada harta, yang pandai membawa diri dan sentiasa bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar bersama aku nanti.

"Aku peliklah dengan kau ni Tariq. Kenapa mesti nak cari sendiri? Kenapa tak terima saja pilihan puan besar?"

"Maksud kau? Kau nak aku terima si Sofea yang terlebih gedik macam ulat bulu tu? Ishhh.. tak kuasa aku! Geli kau tau tak? Geli..." balas Tariq dengan muka menyampah.

"Ye ke gedik? Aku tengok okay jer. Cuma pakaian dialah agak seksi sikit. Tapi, semua tu boleh di ubah dari masa ke semasa kan?" Balas Kamal lagi dengan wajah yang serius.

"Si Sofea tu kau cakap okay? Mata kau dah rabun ya Kamal? Ke kau ada hati pada Sofea tu? Kalau betul kau ada hati kat dia, kau cubalah tackle dia. Tapi kau jangan sesekali libatkan aku ya? Aku memang tak hingin dengan minah rambut celup tu." Kata-kata Tariq membuatkan Kamal terdiam. Nampaknya Tariq benar-benar tidak ada hati pada Sofea sama sekali. Patutlah Tariq dan neneknya tidak dapat capai kata sepakat.

"Tak ada ke mana-mana perempuan yang kau suka sekarang ni? " tanya Kamal semula untuk memecahkan suasana yang sunyi.

"Aku mana pernah dekat dengan mana-mana perempuan. Semua perempuan yang aku pernah jumpa tu hanya nak dekat dengan aku kerana harta je aku rasa. Sebab tu mereka berani nak cuba goda aku dengan muka tak tahu malu." jawapan Tariq membuatkan Kamal mengangguk tanda setuju.

Memang benar selain daripada Sofea ada ramai lagi perempuan lain yang cuba untuk merapatkan diri dengan Tariq. Mereka juga turut cuba mengoda Tariq dengan pelbagai cara selepas mereka tahu Tariq itu siapa. Malah rakan-rakan Dato' Ramli turut merekomenkan anak-anak gadis mereka pada Tariq tapi semuanya Tariq tolak mentah-mentah.

  989369nkhwxrd6yq.gif

Kamal bangun dan menapak masuk ke dalam rumah. Beberapa minit kemudian Kamal datang semula dengan membawa dua cawan kopi.

"Nah! Kopi untuk kau. Minum dulu untuk tenangkan sikit fikiran kau tu." Kamal menghulur secawan kopi yang berada di tangan kanannya pada Tariq.

"Kopi!?" tanya Tariq pada Kamal semula.

"Ye lah kopi. K.O.P.I, kopi..!! Tak kan kau dah tak kenal kopi kot?" tanya Kamal dengan nada bergurau.

"Kopi! Yes! Kopi!! Kenapalah aku boleh terlupa tentang ni. Thanks Kamal.. kau memang sahabat sejati." balas Tariq dengan penuh rasa gembira.

Tariq tidak mengambil cawan berisi kopi yang dihulur oleh Kamal itu sebaliknya dia terus bangun dan berlari masuk ke dalam rumah. Kamal hanya mampu memandang dengan perasaan pelik. 

'Apa kenalah mamat ni? Dah tersalah makan ubat ke apa?' kata Kamal di dalam hati.

Tiba-tiba kedengaran ngauman enjin kereta sport milik Tariq dari perkarangan rumah. Kamal segera berlari menuju ke halaman namun dia sudah terlambat. Tariq sudah pergi meninggalkannya seorang diri ke satu destinasi yang dia sendiri tidak pasti.

BACA SAMBUNGANNYA >> DI SINI <<

6 comments for "KOPI CINTA by SisHawa - Bab 6"

  1. wahhh...syok episod ni..mula senyum sorang-sorang dah!hahahahah

    ReplyDelete
  2. Terpaksa sekilas baca bab sebelum ni sebab lupaaaaa hehehe. Makin menarik dah ni🤗

    ReplyDelete
  3. kena baca dari awal ni awa....dah lupa jalan cerita hihi....

    ReplyDelete
  4. wahhhhhh, tak sabar bab 7 pleaseeeee.....

    ReplyDelete