Tips Elak Sembelit Lepas Bersalin & Jenis Makanan Boleh Dimakan Ketika Berpantang
Tips Elak Sembelit Lepas Bersalin & Jenis Makanan Boleh Dimakan Ketika Berpantang | Lepas bersalin ni, hal pertama yang paling aku risau adalah SEMBELIT! Perghhhh, kalau dapat sembelit dalam tempoh pantang bersalin ni memang nangis beb! Tambah-tambah kalau ada luka perineum macam aku ni. Serius tak leh nak dibayangkan. Huhu..
Aku dah pernah alami sembelit lepas bersalin ketika lahirkan anak dan disebabkan itu, bila bersalin lagi aku amat ambil berat cara dan jenis makanan yang dimakan ketika berpantang ni.
Tips Elak Sembelit Lepas Bersalin
1 - ELAKKAN MAKANAN YANG KERAS
Dalam tempoh berpantang ni aku hanya makan nasi yang lembut saja. Nasi keras sama sekali aku elakkan. Lauknya pula aku banyak makan yang berkuah seperti sup dan singgang.
![]() |
NASI AIR + IKAN BAKAR |
2 - MINUM AIR SUAM SECUKUPNYA
Sehari sekurang-kurangnya aku minum 3 gelas air suam. Air yang sejuk walau pada suhu bilik aku cuba elakkan sama sekali. Minuman berais tak payah cerita la, itu memang tak boleh minum dalam pantang ni.
3 - MAKAN BUAH OREN
Hari-hari makan beberapa hirisan oren sebagai pencuci mulut. Aku amalkan makan sebiji sehari. Tapi jangan pula beli oren yang masam tu. Cirit birit plak jadinya. Belilah oren jenis mandarin yang agak bermutu tu. Bukan hanya sizenya saja besar malah manisss pula rasanya. Sedap!
4 - BELI UBAT SEMBELIT DARI FARMASI
Yes!! Ini juga satu kewajipan yang aku dah prepair untuk kegunaan dalam pantang. Sebaik saja melahirkan, malamnya aku sudah mula ambil ubat sembelit ini. Yelah tak kan nak tunggu sembelit dulu baru nak cari ubat. Kan lebih baik mencegah daripada merawat?
Bukannya susah pun. Pergi je ke farmasi dan cakap nak beli ubat untuk elak sembelit. Buat masa ni, aku makan ubat sembelit seperti di dalam gambar kat bawah ni. Ualls bolehlah pergi cari kat mana-mana farmasi yang berdekatan ye.
![]() |
UBAT SEMBELIT YANG DI BELI SUAMI |
Boleh Makan Kuih Muih Untuk Orang Berpantang
Berpantang tak bermaksud kena makan ikan kering hari-hari. Berpantang ni tetap boleh makan menu sedap cuma kena pastikan makanan itu benar-benar sesuai untuk dimakan selepas bersalin.
Untuk tahu apakah jenis kuih muih untuk orang berpantang, boleh KLIK DI SINI.
Ada makan roti gardenia dalam pantang? Jawapannya, YA aku ada makan.
Dalam pantang boleh makan kek? Jawapannya TIDAK kerana dalam kek ada telur dan aku takut nak makan.
Hari ini adalah hari ke-4 aku berpantang. Alhamdulillah buat masa ini aku tak alami apa-apa masalah sembelit. Bagi yang belum bersalin ualls wajib kena beli ubat sembelit dan buah oren untuk di buat stok. Nanti jika sudah bersalin takde la kelam kabut.
Bagi yang sudah bersalin dan alami masalah sembelit, aku harap kalian akan dapat atasi masalah ini dengan segera. Aamiin.


Tq share awa..
ReplyDelete1st baby mmg mrs pip sembelit teruk.
2nd baby dah tau dah bab sembelit, so mmg jaga makanan, makan bubur for 30 days, no nasi...adoi.
Liez siap kena buasir masamengandungkan Niyaz. Tuhan saja yang tahu sakitnya..
ReplyDeletebiladekat nak bersalin je teringat kata nurse iftakelok juga masa bersalin nnt dia kaan keluar sebab kita teran kan... memang betul lepas bersalin jadi sakit berganda...dugaan betul
tq tip yang bagus ni
ReplyDeletetiap kali discharge ammi dibekalkan dengan Forlax. Bancuh dengan segelas air suam, minum. Insyaallah mudah untuk ke toilet
ReplyDelete