Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pengalaman Sunatkan Bayi Perempuan di Klinik Penawar Tanah Merah Kelantan

Pengalaman Sunatkan Bayi Perempuan di Klinik Penawar Tanah Merah Kelantan | Assalamualaikum. Kali ini aku nak ceritakan pengalaman pertama aku melakukan sunat atau khitan untuk baby Kasih. Yelah, dalam Islam anak perempuan pun kena sunat tau. Anak perempuan di sunatkan semasa masih bayi manakala untuk anak lelaki selalunya di buat apabila sudah berusia 8 ke 12 tahun. 

Sebenarnya anak lelaki pun boleh di sunat semasa masih bayi. Malah Nabi Muhammad SAW sendiri telah mengkhitankan cucu-cucu nya, al-Hasan dan al-Husain ketika ke dua-duanya berusia 7 hari.

Sahabat aku sendiri telah lakukan sunat ke atas bayi lelakinya ketika masih bayi dan katanya kulit bayi masih lembut maka proses untuk berkhitan dapat di lakukan dengan lebih cepat dan mudah. Malah tempat luka juga tidak nampak terlalu besar dan dapat baik dengan cepat. 

Bayi juga tidaklah merengek-rengek, hanya pada hari pertama saja katanya bayi nampak tak selesa tapi selepas itu sudah aktif semula seperti biasa.

Dan yang paling penting, bayi kan hanya minum susu maka takde la mak ayah susah hati untuk sediakan makanan berpantang dan lain-lain tu. 

Agaknya mungkin kerana itulah sekarang ini ramai yang semakin buka mata untuk sunatkan bayi lelaki semasa masih kecil sama seperti yang di buat oleh Nabi junjungan kita.


Okaylah, berbalik semula pada tajuk entry ini tadi. Seperti yang ualls sudah sedia maklum, inilah kali pertama aku dapat menjadi ibu pada seorang bayi perempuan dan semestinya aku sama sekali belum ada apa-apa pengalaman berkaitan dengan sunat anak perempuan ni. 

Di dalam fikiran aku ni ada pelbagai pertanyaan yang timbul.

Sunat bayi perempuan umur berapa? 

Macam mana sunat baby girl ni? Kena jahit ke mcm sunat laki?

Penjagaan sunat bayi perempuan bagaimana? 

Harga sunat bayi perempuan mahal atau murah? Bahagian sunat bayi perempuan ni kat mana sebenarnya? 

Sunat bayi perempuan di klinik kerajaan apakah ada atau tidak? 

Sunat bayi perempuan ni makan masa berapa lama? 

Apakah langkah-langkah sebelum dan sesudah bersunat? 

Semua ini bermain di fikiran aku dan untuk rasa lebih bersedia maka daku buat keputusan untuk Google semua info yang berkaitan sebagai persediaan awal.

Q&A YANG BERKAITAN DENGAN SUNAT BAYI PEREMPUAN

1. Sunat Bayi Perempuan Umur Berapa?

Berdasarkan info yang telah di baca, kebanyakan doktor berpendapat umur seawal mungkin adalah yang lebih sesuai sunat bayi perempuan. Selalunya, pasangan akan membawa bayi mereka untuk disunatkan selepas selesai tempoh berpantang. 

Ada juga klinik yang mempunyai polisi tertentu mengikut kepakaran mereka. Ada yang hanya mengambil bayi berusia 3 bulan ke bawah dan ada juga yang hanya menerima bayi berusia 6 bulan ke atas.

2. Bagaimana Pula Cara Penjagaannya?

Lebih kecil anak, cara penjagaannya adalah lebih mudah. Tambahan pula, mereka hanya minum susu ibu dan masih belum makan. Jadi, tak perlu nak fikirkan tentang makanan yang perlu ‘pantang’ dan sebagainya. 

Sebaliknya, apabila anak semakin besar, mereka sudah semakin aktif dan mungkin perlu lebih perhatian untuk menjaga lukanya.

3. Berapa Lama Proses Sunat Bayi Perempuan Ini Berjalan?

Berkhitan anak perempuan tak sama dengan cara sunat anak lelaki. Khitan anak perempuan ni prosesnya mudah saja dan sangat cepat. Hanya makan masa beberapa minit saja pun (kurang dari 5 limit selalunya). 

Proses sunat bayi perempuan ini melibatkan sedikit pemotongan pada bahagian selaput daging pada bahagian atas saluran kencing yang menutupi klitoris. Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin agar tidak akan mencacatkan mahupun mencederakan. 

Pendek kata hanya nak kasi luka sikit saja. Lebih kurang macam jari terluka sedikit terkena pisau. 


4. Adakah Prosedur Untuk Sunat Bayi Perempuan Ini Berbahaya?

Tak, ianya prosedur kecil saja dengan menggunakan peralatan perubatan moden. Untuk bayi yyang masih kecil tidak akan diberikan apa-apa suntikan bius kecuali untuk anak perempuan yang telah menginjak usia kanak-kanak. 

Ini kerana semakin besar anak perempuan tersebut bermakna semakin tebal kulitnya dan semakin sakitlah dia nanti. Sebab itu adalah lebih baik dikhitankan anak semasa mereka masih bayi. 


5. Berapa Lama Luka Sunat Bayi Perempuan Ini Akan Sembuh?

Percaya ataupun tidak, sunat untuk anak perempuan ini mengambil masa yang sangat cepat untuk baik. Malah ramai di antara bayi perempuan yang baru saja selesai bersunat ini terus dapat bergerak aktif tanpa ada menunjukkan sebarang rasa sakit. 

Selalunya luka tersebut tidak dalam dan hanya ada sedikit darah saja yang keluar. Cuma sila pentingkan faktor kebersihan agar tempat luka tersebut tidak dijangkiti kuman. 


6. Apakah Ada Servis Sunat Bayi Perempuan Di Klinik Hospital Kerajaan?

Buat masa ini, servis sunat bayi perempuan di hospital kerajaan tidak disediakan di semua hospital tidak seperti adanya servis sunat untuk anak lelaki. 

Hanya hospital tertentu saja ada dan cara yang paling mudah untuk disunatkan bayi perempuan adalah dengan mendapatkan perkhidmatan sunat bayi perempuan ini di klinik-klinik swasta. 


7. Apakah Persediaan Yang Perlu Dilakukan Sebelum Sunat Bayi Perempuan?

Antara persediaan yang perlu dilakukan adalah seperti :
  • mencari klinik yang sesuai dan ada kepakaran untuk proses sunat bayi perempuan
  • pastikan anak sihat sepenuhnya pada hari ingin disunatkan (jika demam tundakan dulu)
  • cuci bahagian kemaluan bayi dengan bersih dan gantikan dengan lampin baru 

Kronologi Sunatkan Bay Perempuan (Kasih Sufi)

Pada  20 Jan 2018 (Sabtu), nenek Kasih dah tanya bila agaknya nak pergi sunatkan si Kasih sebabnya aku dah habis pantang tapi Kasih masih lagi belum di sunatkan. 

Maka, suami aku dah mula rungsing dan bebel kat aku sebab tak alert. 

Bila aku cakap, aku baru pertama kali jadi ibu pada anak perempuan, jadinya bukan hanya dia seorang yang tak tahu begitu juga aku. 

Bila aku cakap macam tu, suami terdiam. Mungkin dia baru tersedar yang isterinya ni sama-sama tak tahu apa-apa tentang bayi perempuan.


Maka, kami terus ambil keputusan untuk pergi ke klinik-klinik bagi mendapatkan info yang berkaitan. Mujurlah aku pernah cari sedikit info bersama Mr.Google sebelum ini jadinya dapatlah kurangkan sikit debaran kat hati ni.

Berdasarkan segala info yang ada, demi Kasih tersayang, aku dan suami round kawasan tempat tinggal kami ni demi untuk mencari manakah klinik yang sesuai untuk lakukan sunat ke atas Kasih. 

Kebetulan aku dan suami cari hari Sabtu maka ada banyak jugalah klinik yang di buka. Akhir sekali aku dan suami ambil keputusan untuk gunakan perkhidmatan sunat bayi perempuan dari Klinik Penawar, Tanah Merah Kelantan.


- sumber dari Google -


Bukan aku pilih bulu tapinya aku dah tanya pada Klinik Dr.Zamilah tapi katanya hanya bayi berusia 3 bulan dan ke atas saja di terima sedangkan Kasih baru berusia 45 hari

Aku pergi juga pada Klinik Primier dan Klinik Dr.Nik tapi perkhidmatan ini sama sekali tidak di lakukan di situ, besar kemungkinan kerana tidak ada doktor perempuan.

Hanya doktor perempuan saja yang lakukan semua ni. Yelah, dah nama pun sunat untuk bayi perempuan kan? Maka akhirnya selepas puas mencari info dari satu klinik ke satu klinik akhirnya, Klinik Penawar jadi pilihan terbaik untuk kami buat masa ini.

Saat Sunatkan KASIH - 21 Jan 2018 - Ahad - usia 45 hari

Disebabkan kami sudah pergi ke Klinik Penawar sehari sebelum itu maka kami telah di beritahu bahawa doktor perempuan yang akan sunatkan Kasih akan bertugas bermula jam 3 petang. 

Tidak mahu Kasih terdedah pada suasana dalam klinik terlalu lama maka suami terlebih dahulu pergi ke klinik dan lakukan pendaftaran di kaunter pesakit. Pendaftaran melalui telefon sama sekali tidak akan di layan ye. 

Bagus tu sebabnya dapat berlaku adil pada pesakit yang datang terus tanpa apa-apa tempahan ke klinik nanti. Call dari rumah terus boleh potong barisan? Ehhh.. cukup-cukup tak bagus!

Selepas membuat pendaftaran, suamiku terus pergi jemput anak-anak dari sekolah dan setelah tiba di rumah barulah aku dan Kasih ikut suami untuk ke klinik berkenaan. 

Dengan cara begini tidaklah perlu menunggu terlalu lama di klinik, ye lah anakku Kasih kan masih kecil lagi. Jadi tak elok jika berada di dalam suasana klinik yang semestinya ada pelbagai masalah kesihatan di situ. Ada yang demam, ada yang selesema.

Kita tak boleh sewenang-wenangnya menyalahkan orang lain jika terbersin ke apa sebabnya memang itu tepat untuk dapatkan rawatan jadi kita sendirilah yang kena pandai buat keputusan walaupun agak memenatkan sebab terpaksa pergi dua kali ke tempat yang sama. Sebaik saja sampai pesakit semakin ramai yang datang tapi mujur jugalah suami sudah datang buat pendaftaran terlebih dahulu tadi.

Ini adalah kali pertama aku datang ke Klinik Penawar Tanah Merah sebenarnya. 

Terus terang kawasan aku tinggal ini banyak klinik dan Klinik Penawar bukanlah salah satu klinik yang aku kunjungi sebabnya aku selalu tengok klinik tu ramai sangat orang. Aku pula jenis tak suka tunggu lama-lama sebab anak aku kan lasak-lasak jadi sebab itulah aku selalu ke klinik yang lain.


Staff Yang Kurang Mesra Buat Daku Rasa Bimbang

Maaf cakap, buat aku yang pertama kali ke situ, terus terang aku katakan staffnya agak kurang mesra. Sama sekali tiada senyuman yang di lemparkan pada aku. 

Aku ada bertanya tentang nombor giliran Kasih dan alhamdulillah terus di jawab dengan cepat cuma... tidak ada rasa mesra di situ. Senyuman juga tidak ada walaupun aku ada ucapkan terima kasih kerana sudi membalas pertanyaan aku tadi.

Aku pun takde la nak ajak borak macam-macam, takde niat pun nak sembang sebenarnya cuma apalah salah kalau berikan sedikit senyuman dan balas ucapan terima kasih aku dengan perkataan "sama-sama" dengan wajah yang manis. 

Timbul pula rasa bimbang takut-takut kalau doktor juga kurang mesra sebagaimana sikap staffnya ini.

Syukur Dapat Doktor Yang Baik, Lemah Lembut Dan Peramah 

Aku masuk ke bilik dengan rasa biasa. Dalam hati berdoa tak henti moga doktor yang aku telah pilih untuk melakukan 'penghormatan' ke atas Kasih ini seorang yang baik dan mesra. Ternyata, Allah SWT telah makbulkan doa aku

Sebaik saja masuk dan berikan salam... terus salam aku di sambut dengan wajah yang baik, ceria dan mesra. 

Sejuk rasa hati aku apabila melihat wajah doktor yang bertugas. Apabila aku beritahu ingin sunatkan Kasih dia senyummmm je. 

Di ambilnya Kasih, di ajak Kasih sembang-sembang dan dia juga turut bacakan ayat-ayat suci Al-Quran ke telinga Kasih. Memang betul-betul ada adab kata orang untuk lakukan sesuatu yang berkaitan dengan agama kita.
- gambar sekadar hiasan -


Dia memperkenalkan dirinya sebagai Dr. Nik Ros. 

Doktor turut menceritakan serba sedikit tentang sunat bayi perempuan ini pada aku. 

Kata Dr. Nik Ros, hanya nak buat lukaan sedikit saja. Bukannya potong apa-apa. Kita berniat untuk buat perkara baik bukannya ke tahap untuk mencacatkan. Oooo barulah aku paham. Hanya nak buat lukaan sikit je rupa-rupanya.

Memang benarlah apa kata doktor, hanya dalam masa beberapa minit je semuanya dah berakhir. Kasih hanya menangis sekejap dalam masa beberapa saat dan lepas di dukung terus senyap tak nangis-nangis lagi dah. 

Darah yang keluar pun hanya beberapa titik saja. Cekap betul Doktor Nik Ros buat kerja. Situasi ni tak ubah macam pergi dapatkan suntikan imunasasi anak pula. Senang sangat-sangat!

Harga Bayaran Sunat Bayi Perempuan Yang Perlu Dibayar

Ini pun buat aku terkejut juga. Aku ingatkan mahal tapi rupa-rupanya hanyalah sebanyak RM35 saja dan pihak klinik bekalkan sekali dengan sebotol ubat untuk di sapu pada tempat luka Kasih tu. Ada juga klinik yang meletakkan harga sekitar RM50.

Selepas Selesai Sunat Seperti Tiada Apa Yang Berlaku

Selepas keluar dari bilik doktor, Kasih terus ceria seperti biasa. Kasih tak merengek dan tak menangis pun. Malah aku juga sudah berasa lega kerana telah selamat jalankan salah satu tugas aku sebagai si penjaga untuk Kasih.

Pada ibu dan ayah di luar sana, jangan risau okay. Semuanya akan baik-baik saja dan yang penting anak kita telah mengikut apa yang telah di tetapkan di dalam agama Islam yang kita cintai ni. 

Apa yang telah tersemat mengikut agama adalah berfaedah dan sememangnya bukan satu bebanan sama sekali. Cuma kita ni je suka fikir dan buat andaian yang bukan-bukan. 

Buktinya aku sendiri pada mulanya rasa seram sejuk semasa hendak sunatkan Kasih tapi bila dah lalui, hmmmm... simple sangat je prosedurnya. Buat malu je lah.

Kalau sunat anak perempuan masih ada segelintir yang was-was tentang prosedurnya. Aku nasihatkan cari klinik atau doktor dari review yang ok. 

Aku harap perkongsian aku ini dapat memberi sedikit sebanyak info pada ualls di luar sana dan sekiranya berada di Tanah Merah, Kelantan, aku cadangkan korang dapatkan perkhidmatan bersunat untuk bayi perempuan ini daripada Doktor Nik Ros.


Dr. Nik Ros memang terbaik bagi pendapat aku dan semestinya aku akan gunakan perkhidmatan dari Klinik Penawar lagi di masa-masa yang akan datang. Bukan kerana staffnya tapi dek kerana Dr. Nik Ros yang peramah.

Moga semua staff di hospital dan klinik-klinik dapat pamerkan wajah yang ceria dan mesra. Barlah pesakit yang sedang tak sihat tu boleh tenang dan lapang dada.


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog πŸ‘‰  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby πŸ‘‰  https://t.me/ibuhamilmalaysia


5 comments for "Pengalaman Sunatkan Bayi Perempuan di Klinik Penawar Tanah Merah Kelantan "

  1. wahhh terima kasih pengkongsian ni sis awa...

    ReplyDelete
  2. nice sharing.. ramai skrang buat time baby kecik2. alhamdulillah dah selesai =)

    ada GA sedang berlangsung di blog CT. jemput join kalau sudi
    http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2018/01/giveaway-souvenirs-pulau-jeju-by.html

    ReplyDelete
  3. tahniah kak hawa dapat anak perempuan. ^^

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah~ nice sharing kak.. mana tau suatu hari nti sy ada anak boleh taulah serba sedikir pasal ini :)

    ReplyDelete
  5. Syukurlah sis.. saya masa anak 1st sunatkan 6bulan kat KL..dan pelik juga sebab anak saya masa tu xde nangis langsung..lepas tu gelak2 je die.. masa anak nombor 2 nak pegi klinik situ dokter dah berpindah so xdelah khidmat sunat tu.. saya pergi nak sunatkan juga haritu...round2 alhasil pegi pusrawi KL.. cukuplah pengalaman kat situ,agaknye dokter tu kurang cekap.. die guna pisau siletπŸ˜·πŸ€’ adelah 2 ke 3 kali dia sayat bahagian tu menggigil juga tengok die buat keje tu,apalagi anak saya menangislah..masa sayatan pisau tu dah menangis... diulang lagi ya allaah... saya pun ntah kenapa masa tu diam jer xde marah2..sampai luar citer kat suami. Suami pun jenis diam,dalam hati mintak2 anak saya ok.. masa menangis dah keluar tu saya duduk sambil susukan anak,syukurlah dia terus diam dan tido. Anak pertama dan kedua sama2 usia 6bulan masa sunat. Sekarang ni anak saya yg ketiga baru 3bulan.. belum plan lagi. Harap2 jumpa dokter yang cekap.

    ReplyDelete