MY LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][bsummary]

MARRIAGE & RELATIONSHIP

[PERKAHWINAN][bsummary]

RESEPI RENDANG AYAM BASAH


Dah lama tak makan rendang, so fikir punya  fikir nak wat rendang la buat menu makan tengahari dengan family. Resepi yang aku gunapakai semestinya mudah dan simple. Best juga sesekali layan rendang ni kan? Cuma, aku ni tak suka makan rendang yang kering tu. Aku suka rendang yang basah berkuah sebabnya bila makan dengan nasi atau nasi impit rasa kuahnya tu menyerap ke nasi. Best !!

Tak nak cakap banyak, meh sini nak kasi resepi dan cara untuk memasaknya. Nanti ualls boleh la cuba untuk di hidangkan pada family, suami dan anak-anak.

BAHAN-BAHAN:


1/4 ekor ayam (potong kecik)
10 tangkai cili kering *** (rebus dulu)
4 biji cili padi ***
2 inci kunyit hidup ***
2 inci halia ***
2 batang serai ***
6 ulas bawang merah / 2 ulas bawang besar ***
1/2 helai daun kunyit
2 sudu makan kerisik
1 kotak santan
Garam secukup rasa
CARA-CARA MEMASAK:
1. Blander bahan yang bertanda ***
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah di blander tadi sehingga pecah minyak

3. Masukkan ayam, gaul sebati

4. Setelah air ayam kering, masukkan 1/2 kotak santan berserta dengan sedikit air. Kecilkan api dan kacau sehingga hampir kering.

5. Setelah itu, masukkan lebihan santan, sedikit air, kerisik, garam dan juga daun kunyit. Jika mahu kuah yang lebih, masukkan air lebih banyak.
6. Kacau lagi sehingga ayam tadi benar-benar masak dan kuahnya menjadi pekat.
7. Tutup api dan bolehlah di hidangkan =D


3 comments:

BE A BETTER MUSLIM

[Cahaya Islam][twocolumns]

GORGEOUS - REVIEW & TIPS

[BEAUTY][twocolumns]

INSTA STORY