Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Rendang Ayam Basah Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Rendang Ayam Basah Yang Moist Dan Sedap | Antara makanan popular di Malaysia adalah resepi rendang ayam. Eh, dah lama tak makan rendang, so fikir punya  fikir nak wat rendang la buat menu makan tengahari dengan family. 

Resepi Rendang Ayam memang sangat sedap dengan kuahnya yang sangat wangi kerana menggunakan bahan-bahan rempah ratus yang segar. Bila masak kat rumah pergh satu dapur bau aromanya yang sangat menggugat jiwa. 

Resepi yang aku gunapakai semestinya mudah dan simple. Best juga sesekali layan rendang ni kan? Cuma, aku ni tak suka makan rendang yang kering tu. Aku suka rendang yang basah berkuah sebabnya bila makan dengan nasi atau nasi impit rasa kuahnya tu menyerap ke nasi. Best !!

Walaupun ada kategori untuk resepi rendang ayam kedah, resepi rendang ayam perak, resepi rendang ayam kelantan, resepi rendang ayam tok, resepi rendang ayam negeri sembilan, resepi rendang ayam terengganu dan bermacam lagilah! 

Akan tetapi aku tak pandai nak follow mana-mana kategori. Yang daku tahu, daku suka buat resepi rendang ayam basah ini kerana ianya tidak terlalu susah namun rasanya tetap sedap dan mengiurkan. Alhamdulillah. 




Ohya, resepi mudah ini juga yang daku sediakan sebagai Rendang Ayam untuk dimakan dipagi raya bersama ketupat, nasi impit atau pulut kuning. Rendang ayam ni boleh dikatakan salah satu hiddangan yang boleh dinikmati pada bila-bila masa sama ada hari biasa, kenduri kendara mahupun perayaan hari raya. 

Tak nak cakap banyak, meh sini nak kasi resepi dan cara untuk memasaknya. Nanti bolehlah dicuba masak untuk dihidangkan pada family, suami dan anak-anak. Jangan risau, resipi rendang ayam ini memang sangat-sangat mudah hinggakan masak untuk 1st time pun jadi, InshaAllah. 


BAHAN-BAHAN untuk membuat Resepi Rendang Ayam Mudah dan Sedap 



1/4 ekor ayam (potong kecik)
10 tangkai cili kering *** (rebus dulu)
4 biji cili padi ***
2 inci kunyit hidup ***
2 inci halia ***
2 batang serai ***
6 ulas bawang merah / 2 ulas bawang besar ***
1/2 helai daun kunyit
2 sudu makan kerisik
1 kotak santan
Garam secukup rasa

Kalau perasan kat senarai bahan ni tak ada lengkuas kan? Ini kerana resepi rendang ayam ni memang tanpa lengkuas pun. Kalau perhatikan betul-betul bahan yang digunakan biasa saja. Untuk naikkan bau daku gantikan lengkuas dengan sedikit daun kunyit. 



CARA-CARA MEMASAK:
1. Blander bahan yang bertanda ***
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah di blander tadi sehingga pecah minyak

3. Masukkan ayam, gaul sebati

4. Setelah air ayam kering, masukkan 1/2 kotak santan berserta dengan sedikit air. Kecilkan api dan kacau sehingga hampir kering.

5. Setelah itu, masukkan lebihan santan, sedikit air, kerisik, garam dan juga daun kunyit. Jika mahu kuah yang lebih, masukkan air lebih banyak.
6. Kacau lagi sehingga ayam tadi benar-benar masak dan kuahnya menjadi pekat.
7. Tutup api dan bolehlah di hidangkan
Nampak macam leceh je nak masak rendang, kan? Tapi sebenarnya ia bukanlah susah sangat. Cuba resepi simple ini. Insha Allah, menjadi! Selamat mencuba..... 

3 comments for "Resepi Rendang Ayam Basah Yang Mudah Dan Sedap"