Assalamualaikum ualls...
Rasanya semua orang tahu yang aku ada menawarkan servis review produk di blog aku ni daripada tahun lepas (2017) hinggalah sekarang (2018). Ada produk beauty, fashion, makanan dan yang paling banyak sekali adalah produk untuk ibu dan anak-anak. Almaklumlah aku ni kan berstatus seorang ibu, maka adalah juga company dan brand yang sudi berkolaborasi untuk mendapatkan servis ni dari aku. Melalui artikel ini juga aku akan kongsikan 10 cara sebagai panduan untuk menulis review yang betul berdasarkan apa yang aku tahu. =D


Terus terang aku katakan, aku ni bukanlah seorang blogger yang hebat. Aku juga bukannya nak kejar glamour. Apa yang aku buat sekarang adalah dengan niat untuk mencari rezeki yang halal untuk anak-anak dan dalam masa yang sama bagi meringankan beban suami.. yelah, aku ni kan ada anak seramai 6 orang... yang sedang bersekolah pula ada 4.. so ualls mesti dapat bayangkan berapa banyak budget tiap bulan yang perlu aku dan suami sediakan.

Cuma satu je aku nak tekankan kat sini. Walau punya anak berderet namun aku dan suami tak pernah sesekali anggap anak ramai ni melecehkan. No! Tiap anak yang datang di hadirkan dengan rezeki mereka masing-masing dan kita sebagai ibubapa ni boleh di katakan seolah menumpang rezeki si anak kerana itulah kita kena jaga mereka elok-elok. Sayanglah seikhlas hati dan jika nakal pula pukullah untuk memperingat. Aku dan suami yang punya 5 anak lelaki ni kalau di ikutkan mau stress tengok kerenah diaorang yang lasak tiap hari tapi jika mak ayah stress tentu tentu anak akan lagi stress kan? Hmmm...
- MENULIS SAMBIL MEMANTAU KERJA SEKOLAH ANAK -
Eh dah melalut ke hal anak-anak la pulak. Dah dah.. jom kita berbalik semula pada topik yang sebenar. Actually, ada di antara rakan aku bertanyakan 'bagaimanakah cara untuk membuat review bagi sesuatu produk'. Maka demi untuk tidak mengecewakan, aku akan berikan beberapa tips yang aku gunapakai semasa menulis sesebuah review ke atas produk.


10 PANDUAN UNTUK MENULIS REVIEW BY SISHAWA
1. BACA LABEL DAN TELITI APAKAH BAHAN KANDUNGANNYA

2. AMBIL TAHU APAKAH MANFAATNYA

3. KETAHUI SIAPAKAH GOLONGAN YANG SESUAI UNTUK MENGGUNAKANNYA

4. CUBA PRODUK TERSEBUT KE ATAS DIRI SENDIRI TERLEBIH DAHULU

5. SENARAIKAN APAKAH YANG DI RASA TENTANG PRODUK TERBABIT

6. GUNA SELAMA BEBERAPA HARI UNTUK PASTIKAN TIADA KESAN SAMPINGAN

7. JIKA SEMUANYA OKAY, DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT TENTANG PENGELUARNYA

8. TULIS SEMULA SEGALANYA SECARA TULUS DI DALAM DRAF BLOG

9. JANGAN MENOKOK TAMBAH APA YANG TIDAK ADA

10. SUBMIT DRAF PADA PIHAK YANG BERKENAAN UNTUK MEMASTIKAN SEMUA INFO YANG DI TULIS ADALAH TEPAT.

Setelah semuanya selesai barulah publish untuk bacaan umum... =D

- Bila dah lenguh kat kerusi, kita taip sambil berbaring plak -
Aku harap ualls semua akan lebih bersemangat di dalam dunia blogging. Soal review ini semuanya bergantung pada rezeki. Jika ada alhamdulillah. Aku sendiri pun hanya mampu berdoa setiap masa semoga blog aku ini dapat menarik perhatian pihak-pihak yang berkenaan. Jika tiada rezeki apakan daya. Aku sendiri dulu masa mula-mula berblogging terpaksa berusaha sedaya upaya demi menarik perhatian pihak-pihak yang berkenaan.

Selepas aku perbaiki mutu penulisan barulah ada kemajuan. Yelah, tujuan menulis review ini adalah untuk bercerita tentang produk terbabit supaya orang lain dapat faham. Maka seharusnya kita menulis dengan padat supaya orang lain dapat faham dengan jelas tentang produk berkenaan. Menulis review tak boleh terlalu menggunakan ayat pasar macam tengah jual ikan. Tulis dengan gaya spontan tak apa tapi ayat tu kena lah di susun dengan baik. Dalam erti kata lain tak boleh tulis ala kadar macam nak lepas batuk di tangga. Seperkara lagi tak boleh juga sekadar memberikan maklumbalas selepas menggunakan produk terbabit semata-mata. Tugas kita memberikan info bukannya sekadar untuk menjadi pengguna. Seperkara lagi tolong jangan menulis dengan niat untuk buat orang lain jeles.. huhu..

Seseorang blogger yang membuat review boleh di katakan tak ubah seperti seorang pengkaji produk yang perlu korbankan masa dan tubuh badan sendiri demi untuk memberi gambaran yang lebih jelas sebagai panduan kepada orang lain di luar sana. Untuk menyiapkan sesuatu artikel bukannya boleh amik masa sejam dua saja. Sebaliknya perlu ambil masa berhari-hari untuk siapkan sesuatu task terbabit bermula daripada mencuba produk, menilai, menulis detail dan lain-lain lagi.

- SEBAHAGIAN DARIPADA PRODUK YANG DI REVIEW -

AMARAN KERAS !!!

Sebelum menerima apa-apa tawaran sila pastikan dulu apakah produk yang di tawarkan tu.. Jika ianya tidak sah untuk kita yang beragama Islam maka sewajibnya ualls terus tolak walaupun di janjikan dengan bayaran yang amat tinggi.

Apa kata ualls... setuju ke tidak?? Yang pasti, makin hari semakin ramai bakal pembeli yang membaca review dari blog dan moga-moga ualls dapat la terima cara aku membuat review selama ini... ameen

p/s : sekadar bekongsi apa yang tahu #sishawadotcom



Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.