Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SERVIS REVIEW PRODUK DI BLOG DAN CARA MENULISNYA

SERVIS REVIEW PRODUK DI BLOG DAN CARA MENULISNYA | Assalamualaikum.. Rasanya semua orang tahu yang aku ada menawarkan servis review produk di blog aku ni daripada tahun lepas (2017) hinggalah sekarang (2018). Ada produk beauty, fashion, makanan dan yang paling banyak sekali adalah produk untuk ibu dan anak-anak. Almaklumlah aku ni kan berstatus seorang ibu, maka adalah juga company dan brand yang sudi berkolaborasi untuk mendapatkan servis ni dari aku. Melalui artikel ini juga aku akan kongsikan 10 cara sebagai panduan untuk menulis review yang betul berdasarkan apa yang aku tahu.


Terus terang aku katakan, aku ni bukanlah seorang blogger yang hebat. Aku juga bukannya nak kejar glamour. Apa yang aku buat sekarang adalah dengan niat untuk mencari rezeki yang halal untuk anak-anak dan dalam masa yang sama bagi meringankan beban suami.. yelah, aku ni kan ada anak seramai 6 orang... yang sedang bersekolah pula ada 4.. so ualls mesti dapat bayangkan berapa banyak budget tiap bulan yang perlu aku dan suami sediakan.

Cuma satu je aku nak tekankan kat sini. Walau punya anak berderet namun aku dan suami tak pernah sesekali anggap anak ramai ni melecehkan. No! Tiap anak yang datang di hadirkan dengan rezeki mereka masing-masing dan kita sebagai ibubapa ni boleh di katakan seolah menumpang rezeki si anak kerana itulah kita kena jaga mereka elok-elok. Sayanglah seikhlas hati dan jika nakal pula pukullah untuk memperingat. Aku dan suami yang punya 5 anak lelaki ni kalau di ikutkan mau stress tengok kerenah diaorang yang lasak tiap hari tapi jika mak ayah stress tentu tentu anak akan lagi stress kan? Hmmm...
- MENULIS SAMBIL MEMANTAU KERJA SEKOLAH ANAK -
Eh dah melalut ke hal anak-anak la pulak. Dah dah.. jom kita berbalik semula pada topik yang sebenar. Actually, ada di antara rakan aku bertanyakan 'bagaimanakah cara untuk membuat review bagi sesuatu produk'. Maka demi untuk tidak mengecewakan, aku akan berikan beberapa tips yang aku gunapakai semasa menulis sesebuah review ke atas produk.


10 PANDUAN UNTUK MENULIS REVIEW BY SISHAWA
1. BACA LABEL DAN TELITI APAKAH BAHAN KANDUNGANNYA

2. AMBIL TAHU APAKAH MANFAATNYA

3. KETAHUI SIAPAKAH GOLONGAN YANG SESUAI UNTUK MENGGUNAKANNYA

4. CUBA PRODUK TERSEBUT KE ATAS DIRI SENDIRI TERLEBIH DAHULU

5. SENARAIKAN APAKAH YANG DI RASA TENTANG PRODUK TERBABIT

6. GUNA SELAMA BEBERAPA HARI UNTUK PASTIKAN TIADA KESAN SAMPINGAN

7. JIKA SEMUANYA OKAY, DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT TENTANG PENGELUARNYA

8. TULIS SEMULA SEGALANYA SECARA TULUS DI DALAM DRAF BLOG

9. JANGAN MENOKOK TAMBAH APA YANG TIDAK ADA

10. SUBMIT DRAF PADA PIHAK YANG BERKENAAN UNTUK MEMASTIKAN SEMUA INFO YANG DI TULIS ADALAH TEPAT.

Setelah semuanya selesai barulah publish untuk bacaan umum... =D

- Bila dah lenguh kat kerusi, kita taip sambil berbaring plak -

Daku harap ualls semua akan lebih bersemangat di dalam dunia blogging. Soal review ini semuanya bergantung pada rezeki. Jika ada alhamdulillah. Aku sendiri pun hanya mampu berdoa setiap masa semoga blog aku ini dapat menarik perhatian pihak-pihak yang berkenaan. Jika tiada rezeki apakan daya. Aku sendiri dulu masa mula-mula berblogging terpaksa berusaha sedaya upaya demi menarik perhatian pihak-pihak yang berkenaan.

Selepas aku perbaiki mutu penulisan barulah ada kemajuan. Yelah, tujuan menulis review ini adalah untuk bercerita tentang produk terbabit supaya orang lain dapat faham. Maka seharusnya kita menulis dengan padat supaya orang lain dapat faham dengan jelas tentang produk berkenaan. Menulis review tak boleh terlalu menggunakan ayat pasar macam tengah jual ikan. Tulis dengan gaya spontan tak apa tapi ayat tu kena lah di susun dengan baik.

Dalam erti kata lain tak boleh tulis ala kadar macam nak lepas batuk di tangga. Seperkara lagi tak boleh juga sekadar memberikan maklumbalas selepas menggunakan produk terbabit semata-mata. Tugas kita memberikan info bukannya sekadar untuk menjadi pengguna. Seperkara lagi tolong jangan menulis dengan niat untuk buat orang lain jeles.. huhu..

Seseorang blogger yang membuat review boleh di katakan tak ubah seperti seorang pengkaji produk yang perlu korbankan masa dan tubuh badan sendiri demi untuk memberi gambaran yang lebih jelas sebagai panduan kepada orang lain di luar sana. Untuk menyiapkan sesuatu artikel bukannya boleh amik masa sejam dua saja. Sebaliknya perlu ambil masa berhari-hari untuk siapkan sesuatu task terbabit bermula daripada mencuba produk, menilai, menulis detail dan lain-lain lagi.

TIDAK TERIKAT HANYA UNTUK PRODUK

Servis review ni tidak terikat hanya untuk produk yang boleh digunakan saja. Ianya boleh turut melihatkan SERVIS seperti Homestay, tempat percutian, kereta sewa, servis penghantaran makanan dan apa jua lah!! Yang penting ianya boleh di review dalam bentuk memberi info kepada para pembaca mengenai sesuatu PRODUK / SERVIS tersebut.

SEBAGAI CONTOH :


AMARAN KERAS !!!
Sebelum menerima apa-apa tawaran sila pastikan dulu apakah produk yang di tawarkan tu.. Jika ianya tidak sah untuk kita yang beragama Islam maka sewajibnya ualls terus tolak walaupun di janjikan dengan bayaran yang amat tinggi.

Apa kata ualls... setuju ke tidak?? Yang pasti, makin hari semakin ramai bakal pembeli yang membaca review dari blog dan moga-moga ualls dapat la terima cara aku membuat review selama ini... ameen

p/s : sekadar bekongsi apa yang tahu #sishawadotcom


24 comments for "SERVIS REVIEW PRODUK DI BLOG DAN CARA MENULISNYA"

  1. good sharing awa!betul tu, kena tengok produk juga kan..takot kang kena kejar dengan kkm..haha!
    all the best awa!!

    ReplyDelete
  2. Tq share awa ... semoga murah rezeki awa.
    Dan setuju sgt mengenai kandungan produk tu, sebgai muslim, wajib produk yg halal atau tiada kandungan yg was was...

    ReplyDelete
  3. Satu ulasan n tips padu drp sis hawa. Kelas gitu!

    ReplyDelete
  4. boleh pakai tips ni nanti kalau nak review produk..tq sis hawa share tips ni.

    ReplyDelete
  5. Thanks share sis. So far belum pernah buat produk review lagi. Betul, blogging boleh jadi sumber pendapatan halal asalkan diuruskan dengan baik. Semoga maju jaya

    ReplyDelete
  6. tips yang bagus ni awa....tak boleh merapu kan...mesti ada point dalam review kita...barulah klient puas hati..

    ReplyDelete
  7. a very good info. thnk you so much sis.

    ReplyDelete
  8. Tips yang bagus tu sis.. apa-apa kena tengok juga sesuatu barang tu. Jangan main hentam je hehe

    ReplyDelete
  9. thanks perkosngsiannya sis awa. lepasni boleh praktik insyaAllah. semoga murah rezeki kak awa

    ReplyDelete
  10. betul..kdg bukan nak berkira tapi nak mengerah idea tu, ambil masa..tu sbb blogger kenakan bayaran sbb setimpal dengan idea yg perlu diperah dlm kepala ni..bukan setakat duduk, bukak laptop/pc, taip..nooo..kdg taip padam, taip padam nak cari ayat pembukaan..once dh dpt ayat pembukaan, selalunya laju je..tpi ada jugak yang tersekat kat tengah..kena take 5 dulu, esoknya sambung..kan awa..hehe

    ReplyDelete
  11. Lama tak dapat produk untuk direview. hahaha. Tenggelam sudah.

    ReplyDelete
  12. TQ untuk tips ni..semoga bermanfaat untuk semua.. :)

    ReplyDelete
  13. Noted. Boleh dipraktikkan walaupun belum ada rezeki untuk job review hehe

    ReplyDelete
  14. Saya setuju sangat-sangat, tips yang menarik dan sangat berguna ni, terima kasih kak siti awadah ...

    ReplyDelete
  15. Tq sis hawa. Setuju sangat.
    Lepas ni kena belajar lagi mutu penulisan bagus dengan sis hawa.😊

    ReplyDelete
  16. Tips yang bagus sis Hawa, thanks share tips ni :)

    ReplyDelete
  17. setuju dengan sis hawa. Kena confirm kan dulu barang tu sesuai ke tidak dengan kita sebagai muslim. Nice sharing sis

    ReplyDelete
  18. Tips yang bagus untuk CCL .tq sis hawa ..

    ReplyDelete
  19. Rabia baru faham ... tq kak for sharing

    ReplyDelete
  20. Thank you for sharing, kak Hawa .Tip tip yang bagus

    ReplyDelete
  21. Macam tu caranya..baru fahamm..😊

    ReplyDelete
  22. Good sharing, baru tersedar saya banyak pakai ayat pasar.. 😊

    ReplyDelete