LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

NUR ISLAM

[Cahaya Islam][bsummary]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][twocolumns]

SI KOKOK - AYAM JANTAN YANG TAHU MENJAGA RUMAH

Assalamualaikum ualls...
Suatu masa dulu aku ada perkenalkan ualls dengan sikap suami dan anak-anak aku yang cukup suka membela haiwan. Ada arnab, kura-kura, hamster dan ayam. Makin hari masa makin berjalan dan semua haiwan peliharaan tadi semestinya sudah semakin membesar dan salah satu daripadanya adalah Si Kokok. Dah namapun 'kokok' semestinya ayam jantan. Malah satu-satunya ayam jantan yang ada kat rumah ni.


Aku tulis artikel ini sebabnya ada satu perangai pelik yang ada pada Si Kokok. Kalau ualls nak tahu, Si Kokok ni boleh di harap untuk menjaga rumah. Haaa... lain daripada yang lain kan? Aku sendiri tak pasti kenapa Si Kokok boleh bersikap macam tu tapi itulah hakikatnya sekarang ni. Tiap hari tempat duduk Si Kokok adalah di hadapan pintu. Menjelang maghrib dengan sendirinya Si Kokok akan bergerak dan duduk di belakang rumah hingga ke subuh.

Seperkara lagi, siapa saja yang datang ke rumah mesti kena hadap dengan Si Kokok dulu. Jika datang dengan rasa berani dan tenang InshaaAllah tak akan ada apa-apa tapi jika datang dengan rasa takut-takut dan sengaja ganggu ketenteraman maka semestinya akan di kejar oleh Si Kokok yang bertugas sebagai pengawal rumah aku ni.

Penghuni di dalam rumah ni alhamdulillah semuanya 'di layan dengan baik' oleh Si Kokok termasuklah Awwal yang baru berusia 2 tahun. Semuanya boleh berada di halaman rumah dengan aman dan bermain dengan Kokok tapi tidak bagi aku. Dulu sebelum mengandungkan Kasih aku juga bebas berada di halaman rumah tapi sejak aku mengandungkan Kasih, aku dah tak di benarkan oleh Si Kokok untuk keluar. Hinggalah sekarang, aku sudah selamat melahirkan, Si Kokok masih lagi mahu mengawal aku daripada keluar dari rumah.... uwaaaa.... Kokokkkkkk oooo Kokokkk....

Kalau korang tak caya, cuba lihat video di bawah ni. Aku nak keluar sama sekali tak boleh okay!! Ini kalau suami yang punya isteri selalu keluar shopping atau ada anak dara yang lawa-lawa, memang bagus jika punya ayam macam Kokok... gerenti tak berani nak keluar sana sini macam aku sekarang ni. Huhu....

Disebabkan aku terlalu di jaga rapi oleh Kokok, maka aku tak keluar ke halaman sendiri. Nak sapu halaman pun aku dah tak buat. Malah kain baju semua suami dan anak-anak tolong sidaikan.

Abang-abang posmen di kawasan aku semuanya sudah sedia maklum dengan kehadiran Si Kokok. Kadang-kadang apabila Si Kokok tak ada berdekatan pagar, mereka pula akan bertanya... "mana ayam jantan tu? Tak da hari ni?" Ehhh rindu ke? =D

KENAPA KOKOK BEGINI?
Aku sendiri tidak pasti apa sebab sebenarnya... yang pasti ada kisah yang menarik tentang Si Kokok ni. Sebenarnya Kokok ni bukanlah di beli atau di bela sejak azali tapi... Si Kokok ni masa 'bayi' nya telah di jumpai oleh suami aku semasa dalam perjalanan untuk menghantar anak-anak ke kelas mengaji AlQuran.

Masa itu waktu hampir mahgrib. Semasa perjalanan pergi (naik motor) suami aku, MrQamar dengar suara anak ayam berbunyi dengan kuat dari tepi jalan. Tapi masa tu MrQamar tak berhenti dan terus hantar anak-anak dulu. Kemudian semasa dalam perjalanan pulang, sekali lagi MrQamar terdengar bunyi anak ayam di tempat yang sama dan kali ini MrQamar berhentikan motor dan cari dari mana bunyi anak ayam tu datang. Rupa-rupanya 'Si Kokok' sedang basah kuyup di dalam longkang.

Sejak itulah Si Kokok di bela dan di sebabkan tidak mahu Kokok berseorangan maka suami aku nekad beli dua ekor anak ayam betina buat menemani si Kokok... hehe...

Aku ada kongsikan rupa Kokok semasa kecil bersama 'dua' temannya DI SINI

Adakah ini semua ada kaitan? Mungkinkah Si Kokok bersikap begini untuk membalas jasa? Wallahualam... yang pasti kehadiran Kokok sedikit sebanyak memberi rasa selamat ketika anak-anak aku sedang bermain di luar rumah.


8 comments:

  1. bagus kokok ni jaga baik punya mem besar rumah!hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak keluar mmg tak leh dah gee oi huhu

      Delete
  2. Ni ngalahkan bela angsa hehehee

    ReplyDelete
  3. bgsnya ada si kokok ni... sampai ms dia berkokok kita tahu dah time nak buat apa

    ReplyDelete
  4. bestnyer awa...mesti manja dengan awa ni hihi...sape nama si kokok ni awa...haha ade ke nama??

    ReplyDelete
  5. haha.. kalau wawa dah takut dah dengan si kokok ni..

    ReplyDelete
  6. Nak jugak ada kokok boleh buat kawan hahahaha

    ReplyDelete

BE GORGEOUS

[BEAUTY][twocolumns]

SIMPLE COOKING

[Home Recipe][twocolumns]

INSTA STORY