Rasanya semua orang tahu tentang lesung pipit. Lesung pipit ataupun lesung pipi adalah lekukan yang ada pada kulit yang membentuk pada bahagian pipi. Antara salah satu kelebihan utama dengan lesung pipit ini adalah nampak comel setiap kali senyum. Manis sahaja apabila melihat muka individu yang mempunyai lesung pipit

Tanyalah sesiapa sahaja, pasti ramai akan mengakui bahawa mereka suka melihat orang yang memiliki lesung pipit apabila tersenyum ni. Cantik sangat! Malah wanita yang ada lesung pipit selalunya akan nampak lebih muda dari usia yang sebenar. Bila mereka senyum, terserlah aura istimewa kerana keunikan lesung ni betul-betul boleh buat wajah nampak makin comel dan cute! 

Bertuah pada mereka yang mempunyai Lesung Pipit ni. Daku sendiri tak ada lesung pipit, ala sedihnya. Tapi tahukah kalian bahawa lesung pipit ini sebenarnya adalah salah satu jenis kecacatan. Tapi cacat yang cantik lah, maka beruntunglah kalau anda punya lesung pipit di wajah. 


Kasih Sufi Anakku Ada Lesung Pipit Di Pipi Kiri

Walau daku tak ada lesung pipit namun anakku Kasih ternyata ada memiliki satu lesung pipit di pipi kirinya. Bila Kasih sedang makan, sedang bercakap dan tersenyum maka terlihatlah lesung pipit tersebut. Rasanya si Kasih ni dapat lesung pipit dengan ikut gen sebelah emak mertua. Sebabnya mak mertuaku memang ada lesung pipit ni.

Sebenarnya daku sendiri baru tahu yang lesung pipit ini adalah salah satu jenis kecacatan. Ini semua terjadi di suatu hari semasa daku sedang menelek wajah Kasih dan tetiba saja Kasih tersenyum. Bila ternampak ada lekukan lesung pipit di pipi kirinya daku pun terus beritahu pada suami dengan perasaan penuh teruja.Apabila aku sebut yang lesung pipit ni comel terus suami cakap, "Eh.. lesung pipit tu satu jenis kecacatan tisu tau tak?" kata suami secara direct pada aku.

LESUNG PIPIT ADALAH SATU KECACATAN?

Hmmm memang agak terkejut jugalah masa tu. Bagi aku, lesung pipit adalah salah satu penyeri wajah yang boleh membuatkan si empunya wajah nampak sangat cantik dan menawan. Dipendekkan cerita, memang cantik lah! Lain daripada yang lain.

Bagi aku lesung pipit ni comel sangat-sangat tapi boleh pula suami cakap yang lesung pipit ni sejenis kecacatan tisu. Hmmm macam tak logik je.. Aku pun apa lagi bingkas bangun mohon bantuan daripada Encik Google lah.

CANTIKNYA WAWA ZAINAL YANG BERLESUNG PIPIT... 
Hasil daripada 'penyiasatan' aku bersama Mr.Google... ternyata benar apa yang di katakan oleh suami aku tu. Ada dua jenis lesung pipit iaitu :
  • Lesung pipit tunggal
  • Lesung pipit berganda

Lesung pipit tunggal adalah pada salah satu pipi saja samada hanya di sebelah kiri ataupun hanya di sebelah kanan manakala lesung pipit berganda adalah pada ke dua-dua belah pipi.


KENAPA LESUNG PIPIT TERJADI?
Lesung pipit terjadi di sebabkan otot zygomaticus utama yang terdapat pada bentuk muka. Otot ini ada yang panjang dan normal manakala ada juga yang lebih pendek atau kecil. Jika wajah seseorang itu mempunyai otot zygomaticus yang lebih pendek @ kecil maka apabila dia tersenyum, berlakulah penarikan pada otot wajah dan terbentuklah lekukan tersebut. Inilah kecatatan yang di maksudkan itu.


LESUNG PIPIT BERSIFAT SEMENTARA & KEKAL
Lesung pipit ini ada yang bersifat sementara dan ada yang bersifat kekal. Lesung pipit sementara adalah pada bayi yang baru lahir. Semakin bertambah usia bayi maka semakin hilang lekukan tadi kerana wajah bayi tersebut sedang berlaku perubahan dari hari ke hari. Otot yang pendek itu selalunya akan memanjang seiring dengan perkembangan mereka dan lama kelamaan lekukan tadi juga akan turut hilang.


Manakala lesung pipit kekal adalah di kalangan mereka yang mempunyai genetik lesung pipit di dalam keluarga. Sebagai contoh, ibu mertuaku memang ada lesung pipit kekal dan besar kemungkinan Kasih juga mungkin akan ada lesung pipit ini kerana di warisi daripada neneknya. Mungkin....

Walaubagaimanapun, lesung pipit akan lebih mudah di warisi daripada ibu bapa masing-masing. Jika salah seorang ibu bapa memiliki lesung pipit maka anak yang bakal lahir akan mempunyai peluang sebanyak 25% - 50% untuk mempunyai lesung pipit itu dan jika ke dua-dua ibu bapa mempunyai lesung pipit maka si anak akan mempunyai peluang sebanyak 50 % - 100% untuk memiliki lesung pipit terbabit.


LESUNG PIPIT PALSU
Yes!! Kalau nak tahu di sebabkan lesung pipit ni boleh buat seseorang tu nampak comel dan lawa maka sekarang ni sudah ada yang berani membuat pembedahan semata-mata bagi mendapatkan lekukan seakan-akan lesung pipit pada bahagian muka. Ish ish ish.. sampai ke tahap tu demi untuk sebuah lesung pipit. Apa nak jadilah zaman sekarang ni.




KENAPA DI BERI NAMA LESUNG PIPIT?
Entah... aku sendiri tak sure. Sejak keluar daripada perut ibu 30 tahun yang lalu, aku sudah di perkenalkan perkara ini dengan nama lesung pipit. Siapa yang beri nama ni dan sejak bila nama ini di gunakan, entahlah... aku sendiri tak tahu.


Hmmm... inilah yang di katakan pemberian istimewa daripada Allah SWT. Ianya tak beri apa-apa effect yang tidak menyenangkan malah nampak maniss dan cantik... Apa pendapat ualls? Suka atau tidak pada lesung pipit ni? Yang pasti, setiap apa yang di jadikan Allah SWT itu ada keistimewaannya yang tersendiri. =D






Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.