Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ternyata Lesung Pipit Sejenis Kecatatan Yang Cantik

Ternyata Lesung Pipit Sejenis Kecatatan Yang Cantik | Rasanya semua orang tahu tentang lesung pipit. Lesung pipit ataupun lesung pipi adalah lekukan yang ada pada kulit yang membentuk pada bahagian pipi. Antara salah satu kelebihan utama dengan lesung pipit ini adalah nampak comel setiap kali senyum. 

Bila seseorang tersenyum, akan menampakkan lekukan pada pipi. Itulah tarikan pada pemilik si lesung pipit.

Kelebihan Lesung Pipit Di Pipi

Manis sahaja apabila melihat muka individu yang mempunyai lesung pipit. Bila nampak orang senyum lepas tu ada lekuk dekat pipi, automatik terus hati jadi cair.

Tanyalah sesiapa sahaja, pasti ramai akan mengakui bahawa mereka suka melihat orang yang memiliki lesung pipit apabila tersenyum ni. Cantik sangat! 

Malah wanita yang ada lesung pipit selalunya akan nampak lebih muda dari usia yang sebenar. Bila mereka senyum, terserlah aura istimewa kerana keunikan lesung ni betul-betul boleh buat wajah nampak makin comel dan cute! 

Bertuah pada mereka yang mempunyai Lesung Pipit ni. Aku sendiri tak ada lesung pipit, ala sedihnya. 

Tapi tahukah kalian bahawa lesung pipit ini sebenarnya adalah salah satu jenis kecacatan. Tapi cacat yang cantik lah, maka beruntunglah kalau anda punya lesung pipit di wajah. 

Cantiknya Wawa Zainal dengan lesung pipit di pipi. Hampir dengan bibir pula tu. 

lesung-pipit
CANTIKNYA WAWA ZAINAL YANG BERLESUNG PIPIT


Kasih Sufi Anakku Ada Lesung Pipit Di Pipi Kiri

Walau aku tak ada lesung pipit namun anakku Kasih ternyata ada memiliki satu lesung pipit di pipi kirinya. Bila Kasih sedang makan, sedang bercakap dan tersenyum maka terlihatlah lesung pipit tersebut. 

Rasanya si Kasih ni dapat lesung pipit dengan ikut gen sebelah emak mertua. Sebabnya mak mertuaku memang ada lesung pipit ni.

Sebenarnya daku sendiri baru tahu yang lesung pipit ini adalah salah satu jenis kecacatan. Ini semua terjadi di suatu hari semasa daku sedang menelek wajah Kasih dan tetiba saja Kasih tersenyum. 

Bila ternampak ada lekukan lesung pipit di pipi kirinya daku pun terus beritahu pada suami dengan perasaan penuh teruja.

Apabila aku sebut yang lesung pipit ni comel terus suami cakap, "Eh.. lesung pipit tu satu jenis kecacatan tisu tau tak?" kata suami secara direct pada aku.

Sebab Kenapa Lesung Pipit Dianggap Sebagai Satu Kecatatan

Bagi aku, lesung pipit adalah salah satu penyeri wajah yang boleh membuatkan si empunya wajah nampak sangat cantik dan menawan. Dipendekkan cerita, memang cantik lah! Lain daripada yang lain.

Lesung pipit ni comel sangat-sangat tapi boleh pula suami cakap yang lesung pipit ni sejenis kecacatan tisu. Hmmm macam tak logik je.. 

Aku pun apa lagi mohon bantuan daripada Encik Google lah.

Hasil daripada 'penyiasatan' aku bersama Mr.Google, ternyata benar apa yang di katakan oleh suami aku tu. 

Ada dua jenis lesung pipit iaitu :
  • Lesung pipit tunggal
  • Lesung pipit berganda

Lesung pipit tunggal adalah pada salah satu pipi saja samada hanya di sebelah kiri ataupun hanya di sebelah kanan manakala lesung pipit berganda adalah pada ke dua-dua belah pipi.

Bagaimana Lesung Pipit Boleh Terjadi 

Lesung pipit terjadi di sebabkan otot zygomaticus utama yang terdapat pada bentuk muka. Otot ini ada yang panjang dan normal manakala ada juga yang lebih pendek atau kecil. 

Jika wajah seseorang itu mempunyai otot zygomaticus yang lebih pendek @ kecil maka apabila dia tersenyum, berlakulah penarikan pada otot wajah dan terbentuklah lekukan tersebut. Inilah kecatatan yang di maksudkan itu.

Lesung Pipit Boleh Bersifat Sementara Dan Kekal 

Lesung pipit ini ada yang bersifat sementara dan ada yang bersifat kekal. Lesung pipit sementara adalah pada bayi yang baru lahir. 

Semakin bertambah usia bayi maka semakin hilang lekukan tadi kerana wajah bayi tersebut sedang berlaku perubahan dari hari ke hari. 

Otot yang pendek itu selalunya akan memanjang seiring dengan perkembangan mereka dan lama kelamaan lekukan tadi juga akan turut hilang.

lesung-pipit-tepi-bibir

Manakala lesung pipit kekal adalah di kalangan mereka yang mempunyai genetik lesung pipit di dalam keluarga. 

Sebagai contoh, ibu mertuaku memang ada lesung pipit kekal dan besar kemungkinan Kasih juga mungkin akan ada lesung pipit ini kerana di warisi daripada neneknya. Mungkin....

Walaubagaimanapun, lesung pipit akan lebih mudah di warisi daripada ibu bapa masing-masing. 

Jika salah seorang ibu bapa memiliki lesung pipit maka anak yang bakal lahir akan mempunyai peluang sebanyak 25% - 50% untuk mempunyai lesung pipit itu.

Jika ke dua-dua ibu bapa mempunyai lesung pipit maka si anak akan mempunyai peluang sebanyak 50 % - 100% untuk memiliki lesung pipit terbabit.

Ketahui Apa Itu Lesung Pipit Palsu

Kalau nak tahu di sebabkan lesung pipit ni boleh buat seseorang tu nampak comel dan lawa maka sekarang ni sudah ada yang berani membuat pembedahan semata-mata bagi mendapatkan lekukan seakan-akan lesung pipit pada bahagian muka. 

Ish ish ish.. sampai ke tahap tu demi untuk sebuah lesung pipit. Apa nak jadilah zaman sekarang ni. 

Mari lihat gambar untuk lesung pipit palsu. Aku sertakan juga gambar sebelum dan selepas punya lesung pipit di pipi. 

Jenis Lesung Pipi Palsu Dan Maknanya (Kehendak)

jenis-lesung-pipit



Lesung Pipi Buatan Menurut Islam

Hukum lesung pipit buatan melalui proses tindikan mahupun pembedahan adalah haram. Lesung pipit yang dibuat semata-mata bertujuan kecantikan dilarang sama sekali dalam Islam. 

Kenapa Panggil Nama Lesung Pipit?

Lesung pipi atau lesung pipit? Kalau di Indonesia ramai sebut sebagai lesung pipi. Di Malaysia kebanyakan panggil lesung pipit.

Asal usul nama panggilan lesung pipit ni, entahlah aku sendiri tak pasti. Sejak keluar daripada perut ibu 30 tahun yang lalu, aku sudah di perkenalkan perkara ini dengan nama lesung pipit. Siapa yang beri nama ni dan sejak bila nama ini di gunakan, aku sendiri tak tahu.

Hmmm... inilah yang di katakan pemberian istimewa daripada Allah SWT. Ianya tak beri apa-apa effect yang tidak menyenangkan malah nampak maniss dan cantik.

Apa pendapat korang? Suka atau tidak pada lesung pipit ni? Yang pasti, setiap apa yang di jadikan Allah SWT itu ada keistimewaannya yang tersendiri. 

Uniknya mereka yang mempunyai lesung pipit! Mana tidaknya, setiap senyuman mempunyai aura istimewa kerana lekukan ini berupaya menambah 'kemanisan' dalam wajah.



Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

11 comments for "Ternyata Lesung Pipit Sejenis Kecatatan Yang Cantik "

  1. Memang comel sangat kalau sesape ada lesung pipit ni . Jelez tau tengok orang senyum tetiba ada lesung pipit

    ReplyDelete
  2. lesung pipit kecacatan yang cantik

    ReplyDelete
  3. mama ada 2 ketul ni. cacat rupanya

    ReplyDelete
  4. eh..eh..kitalah tu..tapi dulu ada orang panggil kita cacat sebab ada lekuk..ape da....heheh

    ReplyDelete
  5. walaupun cacat tapi siapa ada lesung pipit nampak manis!!! hm jeles

    ReplyDelete
  6. Comel je pada pandangan mata ciktie siapa yang memiliki lesung pipit tu

    ReplyDelete
  7. dulu ada, makin membesar ni, makin tenggelam lak..hahahah

    ReplyDelete
  8. My girls dua-dua ada lesung pipit, umminya cuma ada lesung batu :D

    ReplyDelete