Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

JADILAH PENIAGA CELIK IT YANG BIJAK !!


Alhamdulillah... makin hari Allah SWT makin pertemukanku dengan peniaga online yang punya wawasan dan bijak. Jika sebelum ini bila daku sebut blog masih ada yang krik krik hingga pernah salah anggap. Takpe, hari ini daku nak story apakah manfaat beriklan dengan menggunakan blog. Bagus atau tidak iklan dengan menggunakan para penulis blog yang krik krik ini. =D

Aku tak salahkan sesiapa sebaliknya menyalahkan diri sendiri kerana aku sendiri sebagai penulis blog yang harus pikul tanggungjawab untuk perkenalkan blog ini sebagai salah satu medium pengiklanan yang bagus namun jika masih ada yang belum nampak keistimewaan itu maka semestinya kerana aku sendiri yang kurang cekap sampaikan info berkaitan hal ini. Namun seperti yang aku katakan di awal tadi, hati makin gembira kerana semakin di pertemukan dengan peniaga-peniaga 'alaf baru' yang sememangnya sudah kenal apa itu blog.
Terus terang aku agak terkilan sebelum ini.. apa tidaknya, semua orang tahu apa itu Google. Semua orang tahu guna handphone, nak ada internet untuk guna Google. Tapi bila aku sebut blog, ada yang buat muka tak kisah sedangkan hakikat sebenarnya Google dan blog itu amat berkait rapat.

Dipendekkan cerita, semua orang tahu handphone dapat bantu beri info. On handphone search je pakai Google, semua bahasa ada. Bahasa Melayu semestinya juga. Nak tahu tentang apa-apa info semuanya terus tekan search search search! Tapi pernahkah orang yang menggunakan 'Search' itu berfikir.....

1. Dari mana sebenarnya semua info itu datang?

2. Kenapa akan ada segala info dengan mudah hanya dengan 'Search'?

3. Bolehkah si Google itu menaip segala info yang kita baca itu dengan sendirinya?

4. Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab menulis dan memberi pelbagai info untuk terpampang di Search tersebut?

5. Bolehkah Google ni tulis macam-macam topik dengan sendirinya termasuk dalam bahasa melayu dengan gaya bahasa yang santai.. ?

Semua jawapan untuk persoalan di atas ada kena mengena dengan 'pemberi maklumat' yang sering di pinggirkan ini, siapa lagi kalau bukan kami ini, Si Penulis Blog !!

SEBAGAI CONTOH....

Mira baru kahwin dan tak tahu nak memasak, Mira tak rasa susah hati kerana adanya handphone yang boleh di gunakannya untuk memberinya tunjuk ajar bermula daripada bahan yang di perlukan sehinggalah kepada cara-cara untuk memasaknya.
NO 1 di carian google buat masa ini
Setelah berkahwin, alhamdulillah Mira mengandung, maka Mira gunakan handphone lagi untuk cari info berkaitan kehamilan dan lain-lain yang berkaitan dengan baby.
NO 1 di carian google buat masa ini

Apabila selamat melahirkan, Mira yang belum berpengalaman mencari pula info berkaitan perkara selepas bersalin. Sebagai contoh tentang nifas, wiladah dan lain-lain.
NO 1 di carian google buat masa ini
Apabila sudah ada baby ni, Mira berhasrat untuk cari apakah produk yang terbaik untuk bayinya.. almaklumlah, anak pertama.. bukannya mudah nak cari orang tanya itu ini. Kalau silap tanya nanti di katakan tak reti apa-apa langsung pula.. semestinya Mira tak nak memalukan diri sendiri. Takpe Mira, cari je kat handphone tu.. takde masalah...
NO 1 di carian google buat masa ini

Jika anak Mira perempuan, tidak ada pengalaman.. atau Mira tinggal di Kelantan dan tidak tahu di mana nak cari klinik untuk sunatkan bayinya.. sama macam tadi, search saja di Google.. akan keluarlah artikel yang berkaitan..
Alhamdulillah, artikel saya semakin hari semakin banyak tersenarai di no1 carian google... tapi apa yang menyedihkan sudah ada si copycats yang sanggup ciplak artikel untuk glamourkan blog sendiri dengan cara mudah !! Hmmm.... Allah ada takpe, saya ambil dari sudut +ve. kalau saya tulis tak bagus takde la orang sanggup curi hasil penulisan dari blog saya ni kan???

Semakin ramai yang tahu tentang blog bermakna akan lebih ramai la si copycats di luar sana yang cuba-cuba ingin memonopoli si Google tapi tak reti nak menulis sendiri. Mereka hanya mahukan trafik kerana ingin jadi glamour kerana nak jana pendapatan melalui kaedah ini tapi sayangnya punya niat yang kurang baik dan malas untuk menulis dan mencari info serta bahan yang sepatutnya. Jika mereka copypaste dan beri credit semula ke blog asal  saya tak ralat sebabnya tujuan si penulis blog untuk memberi maklumat tapi sadisnya mereka yang copypaste ini hanya tahu ciplak tapi tak reti nak berterima kasih.

Jika di ikutkan hati memang marah kerana si penulis blog sebenar susah payah menulis demi untuk membantu para pembaca melalui Google di luarsana tapi mereka senang-senang mengaku itu adalah tulis mereka hanya kerana nak dapatkan pujian juga. Tapi, diriku ini akan lebih rasa sedih dan berkecil hati apabila ada di antara orang ramai yang sengaja memperlekehkan si penulis blog ini sedangkan hari-hari guna khidmat Google untuk membuat carian demi mendapatkan info.

Terus terang, Google dan blog adalah seperti ibu dan anak. Kerana itu untuk membuat blog perlu berdaftar dan punya akaun Google. Tanpa Google, lenyaplah blog dan tanpa blog sepilah Google. Kamilah si penyeri Google dan kami jugalah si pemberi keceriaan kepada pengguna2 Google di luar sana. Maka apa salahnya hargai jasa kami walaupun sedikit.

Kerana itulah, sila ambil tahu apa itu blog dan apakah keuntungannya beriklan dengan menggunakan si penulis-penulis blog ini. Tak salah jika hanya beriklan melalui cara yang lain tetapi, kena peka dengan apa yang ada sekarang. Jika sudah tahu ramai yang mencari info menggunakan handphone dan Google maka kenapa mesti nak tolak dan pandang sinis pada penulis-penulis blog ini?

Artikel review produk dapat tarik ribu-ribu pembaca. Kalau iklan sendiri boleh ke dapat pembaca yg sebanyak ni hanya dengan sekali tulis? Sekali tulis bermakna sekali saja bayarannya. Untung ke rugi tu? Sebab itu, jangan pandang sesebuah blog hanya pada jumlah komen kerana ia tak dapat pamerkan jumlah pembaca yang sebenarnya. 

BUKTI PENULISAN BLOG DI BACA
maklumbalas melalui blog 
maklumbalas melalui Facebook
maklumbalas melalui whatsapp


PENIAGA CELIK IT SAJA YANG BUKA MATA


Walaubagaimanapun, semangat aku untuk terus perkenalkan keistimewaan beriklan melalui blog tidak akan lentur begitu saja. Aku akan terus sampaikan bukan dengan niat untuk kepentingan diri sendiri semata-mata tetapi untuk bantu orang lain di luar sana jugak.

Si penulis blog sejati bukannya manusia yang hanya tahu nak kejar $$$ semata-mata. Apa yang di tulis akan di baca oleh umum, akan di cari bila-bila masa perlu melalui Google dan artikel yang di tulis akan terus terpampang untuk di cari bersama Google sampai bertahun-tahun bahkan sampai bila-bila. Maka, apakah blog ini merugikan???

Jika merugikan kenapa mesti company besar seperti Domino's, Lazada, Zalora, Ayam Brand dan lain-lain menggunakan khidmat para penulis blog??? Cer fikir.....


Jangan ingat para penulis blog ini orang biasa-biasa yang boleh di perlekehkan dan jangan juga anggap kami ini mata duitan dan sebagainya. Ya, memang ada penulis blog yang tidak elok sebagaimana yang telah menciplak hasil penulisan saya untuk kepentingan diri mereka sendiri tapi janganlah hanya dek kerana nila setitik rosak habis yogurt strawberi sebekas.

Kami ini penulis blog yang sejati berniat ikhlas untuk membuka mata orang ramai di luarsana supaya kita sama-sama dapat memupuk satu sepakatan yang boleh memberi manfaat pada ke dua-dua belah pihak.

Pada yang ingin berkerjasama dengan saya boleh hubungi saya melalui email di : rosebirumuda@gmail.com

Salam sayang....
SITI AWADAH (www.sishawa.com)
admin #teambpt #bloggerpantaitimur

16 comments for "JADILAH PENIAGA CELIK IT YANG BIJAK !!"

  1. betul tu sis awa.... setuju sgt ambil peluang ini utk peniaga di luar sana mempromosikan produk mereka.. wow... bagus2 entry 1st page google search

    ReplyDelete
  2. terbaikk sis...ramai yg belum sedar..

    ReplyDelete
  3. Abe kie dah approach beberapa peniaga on9 utk ajak buat product review tp bila cakap je terus x balas msg. Kedekut nk kuar bajet la tu.

    ReplyDelete
  4. terbaik sis awa. kena belajar dengan sis lagi macam mana nak duk no 1 tu.
    Semoga terus success sis.

    ReplyDelete
  5. terbaik awa..betul..kdg bila kita ckp, kita penulis blog..ada yg krik krik krik..tapi hari2 online kat handphone..tahu buka social media je ke?

    ReplyDelete
  6. All the best awa, lama tak singgah sini, rindu nak baca celoteh awa ...

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Sis tak hebat Maii... Allah SWT yg paling hebat! Sis ni cuma berusaha untuk cakap apa yang betul je =D

      Delete
  8. Kuasa blogger mcm awa mmg sgt power...

    ReplyDelete
  9. Betul sis hawa.. Ada entri ekin no cRian atas macam tu.. Ada gak entri kena copy paste huhuhu.. Nak buat macam ner kan..

    ReplyDelete
  10. bagusnya jadi panduan kepada orang lain :D

    ReplyDelete
  11. terbaekkk la sis..

    Tanpa Google, lenyaplah blog dan tanpa blog sepilah Google. Kamilah si penyeri Google dan kami jugalah si pemberi keceriaan kepada pengguna2 Google di luar sana. Maka apa salahnya hargai jasa kami walaupun sedikit. <<<----------yang ni kite setuju 200%.

    ReplyDelete
  12. install je cloudflare, kompem naik terus rank daripada yang copy tu. Google pun dapat trace kalau artikel tu copy atau tak

    ReplyDelete
  13. betul tu.. tak rugi pun kalau guna khidmat blogger untuk promote bisness atau apa juga info. skrang semua benda dihujung jari memang laju je semua benda orang search..

    ReplyDelete