Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

MRCRAB KELANTAN - TEMPAT MAKAN KETAM YANG BEST SAMPAI TAK PEDULI TANGAN COMOT !

Restoran MrCrab Kelantan, yang terletak di Wakaf Baharu adalah sebuah kedai makan berasaskan ketam sebagai menu utama dan menyediakan pelbagai masakan panas yang lain. Bagi aku, MrCrab Kelantan harus di senaraikan di dalam list tempat menarik untuk menjamu selera yang perlu di cuba oleh kita semua. Ketam yang digunakan bukan hanya besar malah segar. Hmmm.... bila sebut ketam terus aku rasa lapar semula. Yummy yummy.... Jom tengok serba sedikit menu yang di sediakan kat sana.



Aku and family tiba dalam jam 9pm. Sebaik saja tiba terus pekerja sambut dengan senyuman manis. Tanggapan pertama kami alhamdulillah, peramah! Kami sempat belek sekilas keadaan kedai syukur tampak bersih dan di sebabkan kami datang dengan jumlah anak-anak yang agak ramai dan aktif maka kami decide untuk duduk di meja luar bersebelahan dengan parking. 

Ohya, kalau ualls datang sini memang cukup mudah nak parking kerana kat sebelahnya sudahpun di sediakan tempat untuk letak kereta. Memang luas okay. Sangat-sangat selesa. 

Tiba acara untuk lihat menu, hmmm.. ni lagi satu masalah. Semuanya nampak sedap! Daripada cara shellout hinggalah masakan panas. Sebut je nak makan apa. Kepala kami dah mula pening, akhirnya ambil keputusan untuk minta pihak kedai rekomenkan. Hahaha.. apa susah? 


ber'SHELLOUT' lagi kami nampaknya.... sedapp tu..
Antara menu yang sampai semestinya adalah ketam. Yelah, dah namapun Mr Crab so sudah semestinya masakan berasaskan ketam yang paling popular. Selain itu turut ada makanan laut yang lain seperti udang, ikan dan tak lupa juga makanan bergoreng. Ualls sebut je apa yang terasa nak makan. Dalam banyak-banyak menu ni kami turut ambil keputusan untuk order MAGGI KETAM !!

OH SEDAPPPNYAAAA.......

Dihidangkan panas-panas dengan limpahan makanan laut seperti ketam, udang dan lala di dalam kuah yang istimewa membuatkan kami semua tak tahan. Rasa manis makanan laut yang segar bercampur dengan kuah pedas-pedas cili membuatkan kami semua susah nak berhenti makan.

 

Tambahan pula ketam yang di gunakan tu bukan hanya bersaiz besar malah segar dengan isi yang padat. Mudah cakap, memang puashati sangat-sangat makan kat Mr Crab ni. Serius memang best!!

 - tangan comot adalah perkara biasa time makan ketam... hahahaha.... -
Di bawah ni pula menu yang kami santap bersama nasi. Jika melihat pada harga dan jumlah yang terhidang aku rasa sangat-sangat berpuashati. Untuk maggi ketam di atas hanyalah RM35 saja sebekas dan terus terang aku makan bersama suami ala-ala romantic couple gitu. =D


udang yang besar.... 
ketam yang fresh....
Untuk minuman, aku sarankan ualls order Teh Tarik Madu.... perghhh!! Terangkat!! Aku ni memang cukup suka teh tarik dan bila lihat teh yang penuh buih dalam versi sejuk begini memang aku cukup puashati. Buihnya tu dah membuatkan aku teringat sampai ke pagi dan memanggil-manggil untuk aku pergi semula sebabnya memang betul-betul sedap. Dari segi rasa memang cukup perfect!! Sedang elok kena dengan tekak. Sebab itu aku masih dok terbayang sampai ke hari ini. Overall walau di hidang dengan pelbagai makanan pada malam itu tapi air inilah pelengkap segalanya bagi aku.


TEH TARIK MADU - VIRAL
Overall, aku kasi 4.5 bintang. Soal rasa alhamdulillah memang menepati citarasa aku, suami dan anak-anak. Malah ibu mertua aku juga cakap okay. Kira pandailah menantunya ni pilih restoran untuk menepati citarasa semua.

Soal harga juga aku puashati. Ini kerana pihak restoran tak lokek dengan jumlah bahan yang di gunakan. Kami makan dengan cukup selera dan kenyang malam tu tambahan pula layanan dari adik-adik manis yang tak lekang dengan senyuman pada kami semua. Siap sempat bermain melayan kerenah anak-anak kami yang pelbagai ragam. Terima kasih banyak ya sebab faham situasi kami yang punya anak ramai ni. Haha...


Kesimpulannya... eeewahhh tetiba ada kesimpulan ni. Kesimpulannya ualls wajib singgah ke MrCrab Kelantan. Aku dan famili dah pun cuba dan InshaaAllah kami akan singgah lagi di masa yang akan datang sebabnya aku masih lagi belum boleh lupa Teh Tarik Madu dan maggi ketam tu. Serius cakap, hingga ke hari ini aku masih lagi dok terbayang... acaner tu? Mujurlah Kasih dah selamat di lahirkan kalau tidak jenuh suami aku kena ulang-alik bawa aku ke situ demi memenuhi aku punya permintaan.

DOA DAN HARAPAN
Aku harap MrCrab akan kekalkan prestasi rasa dan servis yang bagus ini setiap masa. Layanan dengan senyuman yang manis sememangnya boleh menjadi tarikan pada kami untuk singgah semula dari masa ke semasa. Tambahan pula dari segi harga, kuantiti dan kualiti yang amat memuaskan. 

Kami sekeluarga mendoakan semoga MrCrab Kelantan semakin berkembang maju dan moga-moga akan berjaya hingga buka cawangan yang lain pula suatu hari nanti. Tak mustahil tu sebabnya memang okay sangat makan kat situ. Ini berdasarkan selera tekak aku lah... selera ualls aku tak sure sebab tu ualls perlu pergi ke sana dulu dan try sendiri.


Pada yang berminat untuk ke MrCrab Kelantan, sila waze location mereka dan jika ada apa-apa persoalan, tempahan lebih awal dan sebagainya... ualls boleh hubungi :

013 - 9880001
____________________________________________________

BACA JUGA : 


klik >> Mr Celup Tepung Station - Kedai Makan Wajib Singgah Di Pantai Penarik Terengganu

8 comments for "MRCRAB KELANTAN - TEMPAT MAKAN KETAM YANG BEST SAMPAI TAK PEDULI TANGAN COMOT !"

  1. Ya Allah sedapnya semua menu. Airah memang peminat seafood. Husband baru tanya semalam bila nak jalan2 cari makan dekat Kelantan.Ikutkan schedule dah penuh sampai hujung tahun tapi kena selit jugak la masa pergi sana hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap!! sis pun nak pergi balik nanti. Tak puas makan sekali je aritu. Sedap sangat makan situ =D Alhamdulillah

      Delete
  2. terliur tengok semua makanan..nyum, nyum...biar comot tangan, jgn comot mulut..hihi..segann...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... haha... tangan comot no hal. Mulut comot malu kt orang kaka

      Delete
  3. Best sgt sgt dan highly recomended untuk yg minat makan seafood.
    Yg tk minat pun bleh try sbb mcm mcm lauk lg ade untuk korang try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sgt mek. ore pun puashati sero make situ. sedap!

      Delete
  4. bilalah nk sampai kelantan.. tgk udang besar betul

    ReplyDelete
  5. mcm best. pasti best!
    aida pernah makan maggi ketam di KB.
    sebelah aje kedainya dgn hotel.
    best! sedap. ketam byk isi...
    and yg ni, confirm aida nak gi la nanti kalau2 ke KB lagi.
    ntah la bila dpt naik ke KB lagi...

    ReplyDelete