Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Mr Celup Tepung Station - Kedai Makan Wajib Singgah Di Pantai Penarik Terengganu

Mr Celup Tepung Station - Kedai Makan Wajib Singgah Di Pantai Penarik Terengganu  Assalamualaikum, kali ini daku nak kongsikan tentang tempat makan best di Pantai Penarik Terengganu. Yelah kebetulan baru-baru ini daku menginap di Alur Galley Suites dan sebagai penginap dapat makan dengan tawaran diskaun sebanyak 10% di Mr Celup Tepung Station maka peluang ini daku gunakan sepenuhnya. 



Berada di Pantai Penarik membuatkan daku berasa sangat teruja untuk menikmati menu celup tepung Terengganu. Celup tepung Penarik adalah salah satu lokasi yang bagi aku sangat best dan menyeronokkan. Bila bayangkan semula udang celup tepung Pantai Penarik sambil menulis entry ini, terus rasa lapar semula. Sedap sangatttttt......!!! Paling tak boleh lupa sahabat yang baru dikenali semasa berada di sana. 



Antara Lokasi Pilihan Para Pengunjung Pantai Penarik

Sebenarnya Mr Celup Tepung Station ini antara kedai makan yang boleh dikatakan agak famous (viral). Ia adalah port favourite untuk penduduk dan pengunjung bagi Pantai Penarik. Menikmati ombak pantai dengan celup tepung  sememangnya sangat awesome! Kedudukan Mr Celup Tepung Station yang terletak di pinggiran pantai turut menjadi satu daya tarikan yang menarik untuk makan di sini. 


Sebelum ini daku telahpun berkunjung ke Mr Celup Tepung Station bersama famili dan kali ini kunjunganku  adalah bersama rakan. Terasa best juga sesekali bersama sahabat dengan keletah anak-anak kami yang masing-masing tak reti nak duduk diam. Apa tidaknya, di ke Mr Celup Tepung Station ini nama saja kedai makan untuk nikmati menu celup tepung tetapi hakikat sebenarnya ia lebih daripada itu. 


Mr Celup Tepung Station - Tempat Makan Viral Yang Awesome 

Antara hidangan yang terdapat di Mr Celup Tepung Penarik adalah Udang Viral RM10. Udang celup tepung viral atau celup tepung Penarik viral yang disajikan oleh Mr Celup Tepung Station memang best. Bayangkan hanya dengan bayaran RM10 dah dapat nikmati udang sepinggan yang agak banyak. Tetapi harga ini semestinya bergantung pada saiz udang tersebut juga. Selain udang ada juga sotong, ikan, satar, fishball dan lain-lain lagi. 




Boleh Bersantai Sambil Bergambar Dengan Penuh Gembira

Tempat makan di tepi Pantai Penarik yang sangat cantik dengan pemandangan laut membiru, pasir memutih, angin laut yang segar di tambah dengan menu makanan yang sedap ternyata sangat heaven! 

Paling penting bila sampai korang boleh pilih nak duduk di mana samada di meja luar berhampiran pantai, ruangan makan dalam kedai yang lebih sunyi mahupun di atas wakaf kecil yang comel-comel. Setelah membuat pesanan bolehlah duduk berehat sambil menikmati keindahan sekeliling. 


Tidak hanya boleh bersantai mengambil angin petang di meja makan, kalian juga boleh duduk di atas buaian (hammock) yang telah disediakan dengan sengaja oleh pemilik restoran Mr Celup Tepung Station ini sendiri. Layang-layang juga turut ada di jual bagi anda yang mahu terus bersantai bersama famili dan teman-teman. 


Anak-anakku sendiri punyalah happy sampai katanya tak mahu balik! Asyik betul diaorang bermain sambil bersantai sambil menghirup udara pantai. Mujurlah tika ini makanan yang di pesan satu demi satu terhidang di atas meja. Jika tidak rasanya ada yang akan kenyang hanya dengan bermain sepanjang hari. Hehe.... 


Menu Celup Tepung Di Sini Memang Umphh!! 

Antara menu pertama yang tiba di meja makan kami adalah celup tepung. Ada udang bersaiz kecil dan udang bersaiz besar. Ada juga sotong yang bersaiz besar. Sotong bersaiz besar telah siap dipotong untuk mudah makan. Cheese turut diletakkan sampai tahap meleleh!! Dari segi rasa alhamdulillah semuanya sedap dan yang paling penting FRESH.



Selain daripada menu celup tepung ada juga satar yang diperbuat daripada isi ikan. Satar ini boleh dianggap sebagai salah satu menu istimewa Terengganu. Sebelum ini daku kurang makan satar ni tapi entah mengapa di Mr Celup Tepung Station Pantai Penarik Terengganu ini dapat pula daku nikmati rasanya tu.



Menu Lain Tidak Kurang Hebatnya Dengan Rasa Yang Sedap Giler !

Terus terang sebelum ini daku hanya ke sini untuk menikmati menu celup tepung saja. Walaupun ada bermacam jenis makanan lain yang terpamer di dalam menu namun masih celup tepung menjadi pilihan. Mungkin kerana sebelum ini daku singgah selepas waktu makan tengahari. Jadi bila tiba perut dah kenyang sangat untuk di isi dengan makanan yang lain. Berbeza dengan kali ini yang sememangnya daku datang untuk menikmati menu makanan tengahari. 

Antara menu lain yang telah memenuhi meja makan untuk kami santap adalah :

NASI AYAM


MAGGI BERKUAH 


MAGGI GORENG 

MEE SUP

Dalam banyak-banyak menu yang ku makan ketika itu, MEE SUP paling melekat kat hatiku. Rasa supnya padat dan dengan isi daging yang banyak. Tidak hanya itu, daku juga boleh makan bersama baby Kasih yang turut ikut berselera dengan menu ini. Hingga ke suapan yang terakhir pun masih ada banyak daging lagi.... memang asyikkkk!!!


Pelbagai Pilihan Minuman Yang Sedap dan Best

Makan tanpa minum mana lengkap kan? So untuk minuman jangan risau. Memang ada banyak sangat pilihan dan pesanlah mana saja menu yang disukai. Ada ABC, cendol, jus buah dan sebagainya. 

Untuk ABC kat sini lain macam sikit sebabnya ada kon aiskrim terbalik kat atasnya. Suamiku boleh plak letak straw kat tengah, terus nampak macam KLCC.. Tak pasal anakku jadi makin terliur dan tak sabar untuk ngap!! Hehe... 

"Bilalah mama nak sudah membebel ni??? Orang dah lapar.... Huhu"

Sebagaimana yang dicakap tadi, air lain juga ada seperti Teh Beng Cincau, mangga , bandung cincau, cendol dan lain-lain lagi.


Ohya, air kelapa muda pun ada juga. Daku peratikan sekeliling, kebanyakan pelanggan kat sini order air kelapa muda. Mungkin untuk disesuaikan dengan suasana persekitaran yang paling sesuai dengan menu air kelapa muda yang masih fresh ini. Isi dalamnya juga sangat lembut, best sangat.


Layanan Mesra Dan Juga Cepat 

Seperkara lagi, walaupun pada ketika itu pelanggan agak ramai namun makanan yang dipesan alhamdulillah tiba satu demi satu dengan agak cepat. Atau mungkin daku sendiri yang tak rasa seperti sedang menunggu kerana asyik dengan keadaan cantik sekeliling. Tak kisahlah, yang pasti memang tak terasa pun waktu menunggu makanan tu. Para pelayan juga sangat mesra dengan senyuman. 

Semua makanan yang terhidang juga sangat bersih dan tidak ada apa-apa masalah selepas menikmati segalanya. Kiranya everthing is perfect untuk kami semua pada masa tersebut. Syukur alhamdulillah. 


Masing-masing dapat menikmati makanan yang ada dengan penuh berselera. Bila di tanya seorang demi seorang menu mana yang paling best? Ada yang jawab nasi ayam, maggi goreng, udang celup tepung, satar ikan dan macam-macam lagilah. Kiranya masng-masing berpuashati dengan menu yang kena dengan tekak citarasa empunya diri. 


Lepas Makan Boleh Bermain Pasir Pantai

Sementara menanti rakan yang lain habis makan, daku dan famili sempatlah ke pantai sebentar. Rasa macam nak terjun je tau! Cantik sangat. Pasir pantai halus dan ternyata sangat cantik tanpa ada sebarang sampah pun. Patutlah Pantai Penarik di Terengganu ni amat ramai pengunjung. Anak-anakku ikut teruja dengan Pantai Penarik ni. Siap minta di bawa lagi ke sana kerana terlajak seronok. 



Turut Mempunyai Musolla Sendiri Untuk Pelanggan Muslim

Kedai makan mempunyai tandas itu biasa tetapi kedai makan dengan sebuah musolla yang bersih itu patut di beri pujian. Dan inilah yang dilakuakan oleh pihak Mr Celup Tepung Station. Dengan adanya musolla (surau) ini, tidak perlulah bergegas mengejar masa apabila tiba waktu solat. 



Para pelanggan boleh tetap menikmati menu makanan sambil menanti waktu matahari terbenam dengan senang dan selesa. Pelanggan yang dalam perjalanan jauh mungkin dari Terengganu ke Kelantan contohnya masih singgah makan dan solat di Mr Celup Tepung Station ini dengan mudah. 

Dapat Diskaun 10% Selaku Pelanggan Alur Galley Resort 

Sebagaimana yang daku telah sebut di awal entry ini tadi, selaku penginap di Alur Galley Resort kami boleh dapatkan diskaun sebanyak 10% untuk harga segala makanan dan minuman yang di pesan. Caranya mudah saja, hanya perlu berikan pass diskaun yang ada pada kunci pintu homestay pada si penjaga kaunter yang comel kat sana dan beliau akan terus membuat potongan harga serta merta. 


Nak Makan Celup Tepung di Pantai Penarik? Nak Yang Sedap Dan Murah? Terus Ke Mr Celup Tepung Station Yang Best!

Bagi pendapat daku sendiri, secara peribadi daku rasakan yang Mr Celup Tepung Station ini adalah lokasi wajib singgah oleh sesiapa saja yang berada di Pantai Penarik. Tidak kiralah sama ada penduduk setempat mahupun pengunjung luar. Yang penting, jika mahu membasah tekak dan mengisi perut, inilah lokasi menu celup tepung yang paling wajib di singgah semasa berada di sana. 


Untuk Mr Celup Tepung Station, semoga bisnes kalian terus maju dan semoga prestasi kalian akan terus ditahap yang okay begini sampai bila-bila demi para pelanggan. Ameen. 

MR CELUP TEPUNG STATION | KEDAI MAKAN BEST DI PANTAI PENARIK
Alamat : Lot 4067, Kg Bukit Chalok, Jalan Penarik 22100 Permaisuri

Waktu Operasi : Dibuka Setiap Hari ( 9am - 8pm)






6 comments for "Mr Celup Tepung Station - Kedai Makan Wajib Singgah Di Pantai Penarik Terengganu"

  1. wahhhhh sedap2 makanan diaaaa.. terus rasa lapar.. hahahhaa

    ReplyDelete
  2. uish, bestnya view diaaaaaa! udang tu nampak fresh!

    ReplyDelete
  3. peeee makan sedap......yamyam

    ReplyDelete
  4. sedak wooo...macang2 ada...biasa kita singgah hok dekat2 dia jee,,, lepas ni kena cuba hok ni laa pulak..

    ReplyDelete
  5. Next time lalu sini nak singgah makan kat MCTS lagi...tak puas hati aritu kejap sangat..haha

    ReplyDelete
  6. gambar yang cantik. suasana yang menarik. best ni dapat pergi sini

    ReplyDelete