Pertama kali aku lihat wajah anak dara sunti kepada Abby Abadi dan Norman Hakim ni aku agak terpukau. MashaAllah cantiknya ciptaan Allah. Bertuah betul Marissa Dania kerana memiliki paras yang cantik. Semakin menawan apabila dia lengkap bertudung dan bersifat lemah lembut.

Malah Norman Hakim sendiri mengakui yang anaknya ketika ini sedang giat berusaha untuk menghafaz Al-Quran.



Ternyata, walau baru berusia 13tahun namun Marissa Dania sudah berjaya mencuit hati ramai jejaka di luar sana namun untuk bergelar seorang imam terhadap Marissa Dania ini bukanlah satu kerja yang mudah. Tambahan pula ibu dan ayahnya (Norman dan Abby) pernah mengalami krisis rumahtangga sebelum ini maka semestinya mereka mahukan yang terbaik untuk menjadi pasangan kepada Marissa.

Marissa yang pandai mengaji Al-Quran dan kini sedang berusaha untuk menghafaznya
Bagi pendapat aku juga, Marissa yang ayu bertudung ini pastinya akan menerima jodoh yang ada ilmu agama yang cukup sesuai dengan penampilan dirinya yang ayu berhijab.



KELUARGA BESAR YANG BAHAGIA
Aku respect cara mereka sekeluarga. Walau sudah terpisah sebagai ikatan suami isteri namun mereka tetap bersatu sebagai sebuah keluarga demi untuk kebahagiaan anak-anak. Soal jodoh itu semua kerja Tuhan dan yang pasti aku gembira melihat mereka bersatu seperti ini.


Dari jauh ku doakan semoga Marissa sekeluarga sentiasa bergembira, sihat dan berjaya di dalam hidupnya. Ameen.

p/s: Bertuah badan siapa yang dapat memiliki hati si Marissa ni... 



" Terima kasih banyak2 pada yang sudi tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan anda semua nanti"