Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

MARVELS CAFE - ANTARA TEMPAT MAKAN YANG TERBAIK DI PERLIS

Jika ualls tiba ke Perlis dan berniat untuk ke Padang Besar dari arah Kangar, apakata ualls singgah sebentar di MARVELS CAFE yang terletak di dalam Jalan Kaki Bukit menuju ke Beseri. Untuk ke Marvels Cafe ini ualls boleh mengikut landmark Balai Polis Beseri dan Marvels Cafe ini terletak lebih kurang 2km sebelum balai polis tersebut. Marvels Cafe ini merupakan sebuah restoran berkonsepkan ala keluarga yang di miliki sepenuhnya oleh Puan Wani dan famili. Aku sendiri telah pernah mengunjunginya bersama suami dan dua orang anakku.


Kenapa di beri nama MARVELS?

Nama Marvels ini disebabkan oleh anak Puan Wani sendiri yang amat sukakan karakter di dalam rancangan kartun Marvel. Namun dek kerana kita ini orang Islam maka Puan Wani tidak berniat untuk meletakkan karakter dalam bentuk patung yang boleh menimbulkan rasa kurang enak terutama pada pelanggan warga emas dan sebagainya. Tetapi disebabkan turut ingin mengambil hati pelanggan cilik supaya ibu ayah dapat makan dengan lebih tenang, Puan Wani tetap mengambil idea daripada anaknya itu dengan meletakan sedikit cetusan gambar yang menampakkan gaya-gaya karakter Marvel yang agak terkenal tu.

suasana di dalam ruangan kafe yang comel dan selesa
Apa yang menariknya di Marvels Cafe ni?

Seperti yang sudah tertera di tajuk entry ini, apa lagi jika bukan burger size kingnya yang amat awesome dan kebaboom. Cuba ualls bayangkan sebuah burger yang di hias indah dengan pelbagai karakter berserta dengan jumlah daging yang di grill berserta dengan sayur yang rangup dan fresh serta sos dan mayonis yang melimpah ruah. Semuanya dari bun sehinggalah perapan daging dan sos di buat sendiri dengan gaya homemade oleh owner. Ya Allah.... sedappppp giler ualls...!!! Serius sedapppp.. betul tak tipu... =D

Big burger size King yang boleh di hias mengikut event

Jika tak percaya cuba ualls lihat sendiri rupa 'burger size king' yang telah di sediakan di Marvels Cafe ni. Burger ini bukan hanya boleh di jadikan sebagai makanan special bersama keluarga malahan boleh juga dijadikan sebagai hadiah untuk menyambut ulangtahun kelahiran, pertunangan, perkahwinan dan sebagainya. Haaa selalunya hari-hari special ni di sambut dengan kek kan? Tapi kini boleh juga di sambut dengan burger.. omg... menangis hakak bila teringat balik menu kat Marvels Cafe ni sebabnya memang sangat-sangat awesome ualls....

Size big burger ni terbahagi kepada empat iaitu  8 inci, 10 inci, 12 inci dan juga 14 inci. Harganya pula bermula dari RM40 dan ke atas.

Ini antara pesanan yang pernah di buat oleh pelanggan di Marvels Cafe untuk majlis pertunangan dan perkahwinan. Memang tampak berbeza kan? Makin special pula sebabnya agak jarang di buat orang but its so cute...  pada yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi nombor telefon yang tertera di bawah.


Kalau ualls nak order burger berhias cantik tanpa ada apa-apa special event pun takpe. Nak order personal untuk diri sendiri pun boleh. Jika takut tak boleh habiskan size besar ualls boleh pesan burger yang bersaiz lebih kecil dengan ukuran 5.5 inci. Design ada pelbagai dan semuanya nampak cute dan cantik. Soal rasa dont worry memang sedap!!Sekiranya ualls tak nak makan kat situ, ualls boleh order untuk take away. Ohya, untuk pengetahuan semua juga pihak Marvels Cafe ini sebenarnya antara pembuat roti bun dan kek yang terbaik di Perlis.


Sebab itu pihak Marvels Cafe ni nampak pakar untuk membuat roti dengan gaya persembahan yang menarik dan luarbiasa. Ada banyak pihak yang telah membuat pesanan dalam kuantiti yang banyak samada dari pihak persendirian untuk majlis mahupun kedai-kedai terdekat termasuk minimarket dan pengusaha restoran tempatan. Pihak Marvels Cafe juga boleh membuat pizza. Mudah cakap, ualls minta je nak makan apa... InshaAllah Puan Wani dari pihak Marvels Cafe akan cuba usahakan.

Seperkara lagi, pihak Marvels Cafe juga ada membuat servis penghantaran di sekitar kawasan Beseri , Balai Baru, Santan, Abi dan Kangar. Servis delivery hanya ada pada pukul 11 pagi hingga jam 3 petang sahaja. Selepas habis waktu delivery hours ualls boleh terus ke Marvels Cafe.

Burger size 5.5 inci - boleh makan dua orang
Ualls boleh minta burger tanpa telur atau dengan telur. Dagingnya pula boleh secara goreng atau grill
Selain dari burgernya yang sangat sedap, terdapat juga pelbagai menu lain yang menarik dan memang patut di cuba. Macam biasa, daku ni kalau tiba kat sesebuah restoran memang blur jadi cara terbaik adalah dengan meminta pihak restoran mengesyorkan apa yang best dan sedap. Selepas membuat pesanan, aku sempat melirik sekejap melihat keadaan suasana di dalam premis.

Selain daripada tempat parking yang luas di depan kedai, keadaan di dalam premis juga alhamdulillah semuanya tampak bersih dan bagus.


Kerusi bayi turut di sediakan dan apa yang lebih membuatkan aku happy adalah apabila terdapat sebuah bilik khas yang di jadikan sebagai surau untuk para pelanggan solat. Jadi secara tidak langsung ualls boleh datang lewat petang dan menjamu selera dengan tenang tanpa perlu takut terlepas waktu solat Maghrib.


Bagi yang bawa anak-anak kecil ualls tak perlu susah hati kerana pihak Marvels Cafe telah siapsedia dengan pinggan tambahan dari plastik dengan pelbagai warna. Mungkin nampak remeh tapi ini antara usaha yang aku cukup suka kerana bukan mudah untuk melayan kerenah anak-anak yang pelbagai ragam ni. Bila ada pinggan begini mak ayah boleh layan selera makan anak-anak dengan mudah. Kita juga boleh order pelbagai jenis makanan dan kongsi makan untuk merasa semuanya bersama-sama. Terima kasih banyak di atas keprihatinan pihak kafe.



Pelbagai menu yang ku pesan dengan famili tapi masa yang di gunakan untuk menyediakannya ternyata tidaklah terlalu lama. Terkejut juga aku di buatnya apabila asyik snap gambar kedai tapi tup tup makanan sudah mula terhidang satu demi satu. Cepat giler servicenya.. I likeeee....

Antara yang kami pesan adalah :
1. MARVELS CHEEZY CHICKEN GRILL - Serve with secret sauce , eggs, cheese, fries and salads
2. LAMB GRILL -Serve with secret sauce, Fancy meatball,Spaghetti carbonara,fries and salad
3. CHICKEN GRILL BURGER - -Serve with secret sauce, egg and fries
Antara menu yang kami pesan pada hari tersebut

Seperkara lagi, untuk pengetahuan semua aku memang tidak berapa gemarkan daging kambing dek kerana baunya yang agak kurang menyenangkan. Selalunya jika ke kenduri kendara dan kebetulan menunya daging kambing, alamatnya aku hanya makan nasi dengan lauk pauk lain ajerlah. Tapi di sebabkan suami dan anak-anak sukakan kambing maka aku turut memesan lamb grill seperti di dalam gambar di bawah ni.



Melihat suami dan anak-anak makan dengan begitu berselera membuatkan aku teringin nak cuba.

 Malang seribu kali malang.... sebaik saja aku rasa daging kambing yang di grill itu aku terus jatuh suka. Akibatnya daging itu aku yang makan paling banyak berbanding suami dan anak-anakku. Wakaka.... demi Allah aku katakan, itulah kali pertama aku boleh makan daging kambing dengan begitu berselera sekali. Baunya sama sekali tidak hamis malah rasanya juga sangat sedap dengan limpahan sos lada hitam yang pekat dan cukup rasa.



Susah untuk aku gambarkan tetapi apa yang boleh aku katakan itulah sekali dalam berjuta aku merasa daging kambing yang sangat enak. Aku jangkakan ianya liat tapi ternyata tidak. Makin aku jatuh cinta apabila turut terdapat meatball daging yang kenyal, lembut, padat rasanya. Memang sangat best bila tengah kunyah. Meatball ini juga sama sekali tidak berbau hamis. Ya Tuhan, makan-makan terus rasa dagingnya yang lembut dan kenyal. Memang bagus bahan-bahan yang digunakan oleh pihak Marvels Cafe ni.

Fancy Meatball yang super sedappppp

Minuman juga tidak mengecewakan. Aku order Mocha Mokie, jus tembikai dan juga Air Detox. Air Detox ni memang mabeles giler dan pertama kali aku rasa yang sedap dengan rasa masam masam manis campuran laici serai lemon. Sudahlah sedap bau wangi pulak tu dan aku sarankan ualls wajib order air detox ni dan minum selepas selesai makan. Ini supaya perut ualls boleh rasa lebih aman dan nafas juga ikut lebih selesa lepas menghadap pelbagai menu makanan yang sedap tadi.


Seperkara lagi yang aku lihat, rata-rata makanan yang disediakan ini menggunakan pinggan yang agak besar dan terus-terang aku katakan pinggan yang agak besar ini di isi sepenuhnya dengan pelbagai bahan makanan. Walau makanan lebih kepada western tapi nasi goreng dan lain-lain pun ada juga, dont worry okay.. Di sini dapat dilihat keluruhan hati owner yang benar-benar sayangkan para pelanggannya.

Puan Wani bukan hanya bermurah hati dengan menggunakan bahan yang banyak tetapi juga turut melayan para pelanggan dengan senyuman yang manis. Sambil makan sambil di layan oleh owner yang peramah. Tak hairanlah kenapa kafe ini sentiasa di kunjungi dan memang patut dinobatkan sebagai salah satu kafe yang patut di kunjungi ketika berada di Perlis. 


Maaf cakap ya, aku ini walau bergelar si penulis blog namun aku tidak akan mudah-mudah memuji sesebuah restoran dengan begitu bersahaja. Jika ualls baca balik review ku yang lepas-lepas ada juga yang aku beri pendapat apa yang perlu ditingkatkan dan sebagainya namun untuk Marvels Cafe rasanya tidak ada perkara yang perlu diperbetulkan lagi. Cuma, aku harap sangat-sangat semoga layanan dan makanan yang aku dapat ketika itu sentiasa dikekalkan sampai bila-bila.

InshaAllah... jika pulang ke Perlis lagi aku akan cuba ke sana semula untuk menjamu selera kerana buat masa ini Marvels Cafe telah berjaya menduduki carta hatiku sebagai salah sebuah restoran yang aku sukai. Tahniah Marvels Cafe. Tahniah Puan Wani!


Semoga Marvels Cafe semakin maju dari hari ke hari, ameen....

No 53-A3, KM 8.5, 
Jalan Kaki Bukit, 02400, Beseri, Perlis
011-14700733 / 012-5756249

waktu operasi : 4.30pm - 10.30pm (SABTU - KHAMIS) 
Jumaat - Cuti!




7 comments for "MARVELS CAFE - ANTARA TEMPAT MAKAN YANG TERBAIK DI PERLIS"

  1. Replies
    1. Itulah... unik kot... dah la lawa sedap plak tu

      Delete
  2. wah next utara trip PART 2 nak pergi makan sini!!!hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena makan kat sini Gee sebabnya sgt2 berbaloi. Tak try memang rugi!!! Sampai skrg dok terbayang lg ni sbb sedap sgt2

      Delete
  3. Marvels Cafe ni sebelah kedai kawan Zumal Al Riyaz Utama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo yaka.... bila ke kedai kawan Zumal tu boleh la singgah sekali ke MC. Hehe =D

      Delete
  4. Wow!!! Pertama kali tgk burger yg sebegitu rupa..kreatif betul chef yg membuatnya tu...

    ReplyDelete