Menjamu Selera Dengan Apom Balik ROR Mutiara - Perlis
Jika berada di Perlis, tak sah kalau tak makan apom balik. Kalau ualls nak tahu, kat Perlis tu ada ramai penjual apom balik terutamanya di pasar tani dan pasar malam. Namun, sekiranya ualls sedang meronda sekitar bandar Kangar pada waktu petang, ualls boleh dapatkan apom balik ni dari gerai apom balik tepi jalan milik pakcik Remee.
Pakcik Remee hanya menjual apom balik bersaiz kecil sahaja. Rasanya yang rangup krup krap ketika di makan panas-panas membuatkan aku berasa cukup puashati. Tambahan pula bahan yang di masukkan juga amat berbaloi dengan harga yang di kenakan. Aku membeli sebanyak 14 biji dengan harga RM10 dan dapatlah aku makan seisi keluarga sambil menghirup udara segar negeri Perlis.
Lokasi gerai pakcik Remee betul-betul di tepi jalan utama Alor Setar - Kangar. Jika nak tahu dengan lebih tepat, lokasinya adalah di kawasan Seriab menghala ke Behor Temak, selepas lampu isyarat berhampiran dengan kedai Jeruk Pak Ali.
Di sepanjang jalan ini memang terdapat pelbagai gerai yang menjual bermacam jenis makanan ringan dan minuman. Ualls boleh pilih nak makan apa. Jika aku, semestinya apom balik. Sedapppp tuuu...
![]() |
Jalan utama Alor Setar - Kangar |
Adunan tepung, gula, kacang tanah hancur dan juga jagung. Nampak simple tapi menyelerakan. Apom balik, inilah dia pancake versi melayu yang patut di cuba oleh semua.
Pada yang berkesempatan untuk ke Perlis, jangan lupa untuk singgah sekejap ke gerai apom balik ROR Mutiara milik pakcik Remee. InshaaAllah sedap. Jika ke sana jangan lupa sebut sekali tentang blog aku ni ye... manalah tahu Pakcik Remee boleh teringat pada aku yang bermulut becok macam burung murai tercabut ekor ni. Dah lah banyak tanya, snap pula gambar tak henti-henti. Hahaha.... I'm so sorry pakcik =D
Dari jauh di doakan semoga bisnes pakcik makin maju... ameen...
Pernah juga singgah beli apom balik . Memang sedap .. bahan cukup lengkap
ReplyDeleteBaru semalam mkn apom berintikan kacang yg penuh...fuhh
ReplyDeleteperghhhh
ReplyDeletesedapnya apom balik
besa makan..husband lalu dia singgah beli..sedap jugak apom balik nii..nipis rapuh jaa..
ReplyDeletesedapnya..
ReplyDeletesedapnyer awa....alahai apom....hihi,melting dah ni..
ReplyDeleteLama dah rasanya x mkn apom balik
ReplyDeletesedap apom balik
ReplyDelete