Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

RESEPI TELUR GULUNG ALA KOREA

Telur dadar dengan orang Malaysia memang sudah sangat sinonim tetapi untuk lain negara ada beberapa versi untuk membuat telur dadar ini mengikut style dan citarasa masing-masing. 

Bagi negara barat mereka lebih sukakan cara hancur yang lebih di kenali sebagai omelette manakala untuk negara Korea pula penduduknya lebih suka memasak telur ini dengan cara gulung (roll). 

Telur gulung Korea ini di beri nama geyran mari (bunyi sebutan : geh-rahn-mah-leeh) dan cara untuk menyediakan telung gulung ala Korea ini ternyata sangat simple, mudah dan cepat.

Bahan yang di perlukan juga boleh di suaipadan mengikut kehendak dan citarasa masing-masing. Ualls boleh letak carrot, timun, bawang, daun bawang, keju, rumpai laut dan sebagainya. Tak kisah ualls nak letak bahan apa kerana yang penting sudah semestinya telur itu sendiri.

Di bawah ini adalah beberapa contoh telur gulung ala Korea...

Telur gulung ala Korea yang berisi carrot dan daun bawang

Telur gulung ala Korea yang berisi carrot dan sosej

Telur gulung ala Korea yang berisi rumpai laut

Tak kira apa saja bahan yang ingin di letakkan, inshaAllah rasanya sedap. Makin best bila makan dengan sos tapi untuk diriku ini, daku lebih suka yang simple je.

BAHAN-BAHAN
4 biji telur
1 biji bawang besar (potong dadu kecil)
sedikit daun bawang (potong halus)
2 biji cili padi (buang biji, potong halus)
sedikit garam
sedikit lada sulah

CARA-CARANYA:

1. Satukan semua bahan ke dalam bekas dan kacau sehingga sebati.


2. Sepatutnya kena guna kuali tanpa lekat (nonstick pan), tapi hari ni dek kerana terlajak lapar so hentam pakai kuali biasa je. 

Bila masak guna kuali biasa, kenalah letak sedikit minyak dan ratakan ke seluruh permukaan kuali.


3. Masukkan telur ke dalam kuali, biarkan sekejap selama beberapa minit dan terus lenggang kuali supaya telur tadi merebak ke seluruh permukaan kuali. 

Macam buat telur dadar nipis tu ler. Pastikan guna api yang sederhana saja okay


4. Then bolehlah di gulung perlahan-lahan. Kalau kuali nonstick lagi mudahlah kerja menggulung ni. Untuk nak lebih cantik, guna kuali nonstick dan buat gulungan berulang kali. Maksudnya buat satu gulungan kemudian curahkan telur ke dalam kuali sekali lagi dan masukkan gulungan pertama tadi di tengah. Jadinya gulungan akan menjadi lebih tebal dan makin cantik. Untuk yang guna kuali biasa ni pun boleh juga cumanya agak payah sikitlah


Inilah cara yang sepatutnya untuk masak eggroll yang cantik dan menyelerakan... 
 credits : https://mykoreankitchen.com/

5. Bila dah siap bolehlah di potong. Nak tahu daku suka makan telur gulung ni ngan apa? Haaaa.... dengan mee segera 



Kesimpulannya, telur gulung ala Korea ni memang best! Makin best sebab boleh buat menggunakan apa saja bahan yang kita suka dan boleh di makan dengan apa saja makanan yang kita hendak. 

Jadi, jika tengah blur tak tahu nak makan apa bolehlah try caraku ni. Masak telur gulung pastu makan dengan mee segera... yummylicious!!

Tapi, untuk kejadian yang lebih cantik dan menyelerakan seeloknya ualls gunakanlah kuali nonstick. Daku ni kes terlajak lapar itu yang buat cara campak campak jer ni.

Selamat mencuba..

Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia






2 comments for "RESEPI TELUR GULUNG ALA KOREA"