Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SINOPSIS DRAMA TURKI ( NEW BRIDE ) DAN BIODATA PELAKON

Sekarang tiba-tiba saja Malaysia heboh dengan drama panas yang menarik bertajuk NEW BRIDE dari negara Turki atau dalam bahasa asalnya, YENI GELIN. Drama ini adalah daripada Turki dan pernah gah di negara tersebut sejak mula di tayangkan pada Mac 2017 yang lalu. Kini Yeni Gelin datang ke Malaysia menerusi tayangan di NTV7. 

Drama ini mendapat ranking yang sangat tinggi dan semakin hari semakin di sebut-sebut bukan hanya di Malaysia malah di negara yang lain juga. Pendekata drama daripada Turki mula mendapat di hati peminat drama seluruh dunia. Drama ini telah habis di tayangkan di negara asal untuk musim pertama sebanyak 15 episode dan di sebabkan permintaan yang tinggi drama ini telah di sambung dengan musim yang ke dua pula sebanyak 25 episode.



Drama ini di terajui oleh Jessica May Drociunas yang memegang watak sebagai Bella dan juga Tolga Mendi (Hazar).

BIODATA SEBENAR JESSICA MAY
Jessica lahir pada 05 Disember 1993 di Parana, Brazil. Setelah itu beliau di besarkan di dalam suasana ladang kerana ayahnya merupakan seorang petani manakala ibunya adalah seorang guru. Jessica memulakan kerjayanya sebagai seorang model dan kini dia merupakan salah seorang model yang terkenal di Turkey. Beliau sering berlakon iklan TV dan Yeni Gelin ini merupakan usaha pertamanya sebagai seorang pelakon.

BIODATA SEBENAR TOLGA 
Tolga lahir pada 23 Mac 1993. Beliau merupakan anak jati Turkey sepenuhnya dan merupakan seorang bekas pelajar di dalam bidang Civil Engineering di Cukurova University. Beliau juga turut mengikuti kelas teater. Beliau memulakan kerjaya berlakon pada tahun 2015.


SINOPSIS
Yeni Gelin ini merupakan sebuah drama keluarga di dalam genre romantik komedi. Ianya mengisahkan tentang sepasang kekasih yang saling sayang menyayangi bernama Bella dan Hazar. Bella merupakan gadis kacukan Turk (sebelah ayah) dan Spain (Sebelah ibu). Bella di lahirkan di Madrid dan kemudian berpindah ke Turki mengikut ayahnya. Bella di besarkan dengan cara moden manakala Hazar pula seorang pemuda yang berasal dari sebuah kawasan pergunungan. Kiranya Bella berasal dari keluarga yang moden manakala Hazar dari sebuah keluarga tradisional yang masih di penuhi dengan adat.

Bella dan Hazar sama-sama belajar di tempat yang sama dan akhirnya mereka nekad untuk berkahwin walau tanpa berbincang dahulu dengan ahli keluarga. Keputusan yang drastik itu termasuklah dengan keputusan Hazar untuk membaza Bella pulang ke kampungnya. Walau di tegah oleh ibu dan ayah namun demi cinta Bella nekad untuk berkorban menjadi seorang menantu pilihan yang terbaik dan akan cuba untuk mengambil hati seluruh ahli keluarga Hazar.

Walau di sambut sebagai seorang menantu namun sebaik saja upacara tamat, Bella di layan tak ubah seperti orang gaji. 


Makin kecoh apabila Bella mempunyai tiga orang ibu mertua (ayah Hazar punya tiga isteri - poligami). Pening kepala Bella untuk menurut segala kemahuan ibu-ibu mertuanya dan makin pening lagi apabila terpaksa mengambil hati ahli-ahli keluarga suaminya yang lain.

Walau terpelajar dan di besarkan dengan cara yg moden namun Bella dapat membawa diri dan berjaya menjadi menantu kesayangan untuk bapa mertuanya. Bella juga di kasihi oleh satu-satunya adik perempuan Haraz hinggakan Bella boleh menjadi doktor cinta untuk adik iparnya itu yang amat menyintai seorang pemuda. Semakin hari Bella semakin pandai membuat pelbagai perkara untuk mengambil hati semua ahli keluarga itu seorang demi seorang dan demi cintanya pada Haraz,... Bella sanggup meredah apa saja demi mempertahankan rumahtangganya.




2 comments for " SINOPSIS DRAMA TURKI ( NEW BRIDE ) DAN BIODATA PELAKON"

  1. cite ni lucu !
    pelakon cantik cantik.
    pemandangan dalam crite pun allahu, memang in love dgn turkey.
    cuma masa nak layan tu je terhad.
    memang kena cari online punya.

    ReplyDelete
  2. Ktmna boleh tgok season 2 yee 😥😭

    ReplyDelete