Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BERSIH SEPANJANG HARI DENGAN CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES

Sebagai seorang ibu aku memang sentiasa memastikan supaya tisu basah sentiasa ada di dalam beg barangan Kasih. Ke mana saja daku pergi, tisu basah ini akan sentiasa di gunakan untuk memastikan yang Kasih sentiasa bersih dan selesa sepanjang hari terutama jika sedang travel. 
 
Bagi aku, penggunaan tisu basah pada anak-anak sejak mereka masih bayi merupakan permulaan yang baik ke arah kehidupan yang sihat dan bersih. Walau tampak simple namun inilah saat untuk mula memupuk amalan kebersihan sejak kecil.

 
Amalan yang baik adalah dengan memastikan tangan sentiasa bersih sepanjang masa namun akan ada keadaan dimana air dan sabun tangan sukar diperolehi. Apakah yang akan aku lakukan bila berhadapan situasi seperti ini? Pada saat ini, tisu basah lah jalan terbaik dan amat berguna untuk ibu bapa dan kanak-kanak. 
 
Dalam banyak-banyak tisu basah yang ada di pasaran, aku amat tertarik dengan Funtime Wipes dari CARRIE JUNIOR.
Untuk pengetahuan ualls, Carrie Junior adalah sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasaran selama 19 tahun dan menjadi jenama utama penjagaan diri kanak-kanak di Malaysia memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, Carrie Junior Funtime Wipes sangat memudahkan urusan ibu bapa dan kanak-kanak dengan pek mudah bawa yang mengandungi 30 helai tisu dan pek keluarga dengan kandungan 80 helai sesuai diletakkan di kediaman atau di dalam kereta.  
 
Pek ini bukan hanya bagus untuk bayi seperti Kasih malah amat sesuai juga untuk diletakkan di dalam bag sekolah anak-anak untuk dibawa bersama ke sekolah. Carrie Junior Funtime Wipes sangat berguna untuk mereka kerana kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan rutin harian di sekolah mahupun aktiviti kokurikulum. Amalan-amalan seperti mengelap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi akan memastikan tangan mereka bersih dan bebas kuman.  
 
Carrie Junior Funtime Wipes hadir dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries.
 
Carrie Junior Funtime Wipes dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Ianya sama sekali selamat kerana bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik. Ia juga telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal. Produk ini turut mengandungi kelembapan yang tinggi serta sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif.
 
Carrie Junior Funtime Wipes merupakan penyelesaian terbaik untuk kanak-kanak yang sentiasa keluar, mengembara, dan juga untuk kegunaan sebelum dan selepas makan. Yang paling penting, ia memberikan anda rasa selesa dengan aroma buah yang manis tanpa rasa melekit pada kulit. Kedua-dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes boleh didapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai. 
 
Ianya dijual pada harga:
 RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70 (Sabah & Sarawak) 
 
atau pek keluarga yang mengandungi 80 helaian dan dijual pada harga 
RM9.00 (Semenanjung) / RM9.50 (Sabah & Sarawak). 
 
Harga termasuk GST.
 
 
 

11 comments for "BERSIH SEPANJANG HARI DENGAN CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES"

  1. tak tau pula csrrie junior ade buat wet tisu..biasa die sabun mndi je kan..menarik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula.. sis pun baru tahu ni. serius wangi n bagus! harga pun x mahal mana =D

      Delete
  2. Fiza pun sama mesti bawak tisu basah.even anak2 dah besar pun still ada stock dalam kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la fiza... sis x suka sgt tisu biasa tu.. sis suka lg tisu basah sbb mudah nk lap tangan ke apa. lgi cepat ilang kotor dr tisu biasa tu =D

      Delete
  3. yer betul tu...wajib ada wet tissue bila ada kanak2 kecil kan....model comel lahhhh....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg elok sbb lg mudah tanggal kotor. lap tangan lepas makan, lepas main. senang sgt. x yah dh nk sibuk cari air ke apa. Model tu mahallll kak Lin oi... hahahaha

      Delete
  4. memang wajib ada wet tisue ni dalam beg tau...lagi² yang ada anak kecil

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL BETUL BETUL.... sokong 100%%%!!! haha =D

      Delete
  5. biasa yang carry junior ni wangi.
    boleh la beli untuk kegunaan seisi keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg wangi giler mek! serius wangi..... Carrie Junior kalau x wangi memang bukan Carrie Junior la tu. Haha

      Delete