Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

10 BLOGGER MALAYSIA YANG MEMANG PATUT DI BAWANGKAN !!

Assalamualaikum....
Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Mac 2018? No!! Aku tak mau citer tentang blog popular dan terbaik.... hari ni aku nak kongsi 10 blog yang patut aku bawangkan serba sedikit mengenai mereka pada ualls. Bawang putih ke bawang merah? Haa yang tu kena baca sampai habis.. Hahaha....

Aku nak membawang secara direct so takde niat untuk umpat keji ngumpat ngata di belakang eh... tapi kalau diaorang nak marah pun takpelah, nanti aku baling diaorang balik dengan mercun bawang yang bunyi kepeh kepeh tu. Ishhh sebut mercun ni terus teringat raya la pulak... "dah kenapa kau ni Awa oiiii.. puasa pun tak start lagi!" hahaha....



Kalau nak di ikutkan hati semua #teamBPT aku nak masukkan kat bawah ni tapi nanti penat pulak orang nak baca so aku senaraikan apa yang boleh aku membawang tentang diaorang la ya. Jutaan ampun di pohon pada yang kena 'getah' ni okay!! Hashtag.... #jangankecam!

MANGSA BAWANG AKU.....

1. SIS GEE
Gee ni?? Bulan ni aku kenal dia genap setahun. Aku dan dia ni boleh dikatakan terlalu banyak persamaan. Sama-sama anak ramai, sama-sama surirumah, sama-sama suka menulis, sama-sama belajar last duduk ceruk dapur, sama-sama suka jenjalan makan-makan dan banyak lagi lah.. terlalu banyak persamaan itulah membuatkan aku dan dia agak rapat hingga boleh tercetus idea untuk wujudkan team ni. Dah jumpa beberapa kali dan suami kami pun rupanya punya minat yang sama. Bila travel bersama ke utara aritu, suami dan anak-anak semuanya boleh get along. Kiranya sekarang ni aku dah punya sebuah keluarga dari Terengganu dan Gee pula dah punya sebuah keluarga dari Kelantan.


Dia punya karakter? Suka senyum! Cepat buat kerja! Tapi awas! Sekali dia marah macam nak terbalik dunia ni.... time dia marah siapa lagi tukang sabarnya kalau bukan aku... takde lah nak cakap aku ni tak reti marah cumanya antara aku dan  dia memang dia yang akan mengamuk dulu hahaha... apapun, Gee ni jenis perfect terutama yang melibatkan kira-kira sebab tu tugasan sebagai bendahari team aku serahkan pada dia. Jemput singgah blog SISGEE!


2. LEA AZLEEYA
Aku kenal Lea sebelum dia join team BPT lagi. Dulu aku rajin blogwalking blog dia dan boleh di katakan salah sebuah blog yang aku admire sebabnya Lea ni masih boleh berblog walau sibuk berkerja dengan sebuah agensi kerajaan. Lea berblogging dah lama.
Aku nk membawang apa pada Lea? Haaaa.... masa mula-mula aku jengah blog Lea ni dulu, aku ingatkan dia ni seorang yang sombong sebabnya aku tengok dia punya karakter macam susah nak dekattttt je. Jadi aku lebih banyak stalker Lea je masa tu... dari blog, aku start stalk dia punya FB pula... kat FB la kami berbual... laaaa ramah dan happening sangat orangnya. Sejak tu aku dan Lea agak selalu juga sembang-sembang tapi di sebabkan sama-sama busy agak susah untuk kami berdua saling blogwalking. Lea juga seorang ibu, sama seperti aku. Lea ni terkenal sebagai ratu review dan sekarang ni dialah antara orang yang paling kecoh kat group whatsapp team. Haha..


3. WANI SUKARNO
Kak Wani aku dah jumpa depan-depan. Bila jumpa dia cakap Kelantan pure so aku pun tanyalah, napa nama Wani Sukarno sedangkan anak jati Kelate? Ke ada kena ngan jawa ke apa ni? Tapi rupanya dia memang Kelantan tulen. Sukarno tu adalah nama yang unik dan membuatkan blog Kak Wani agak special kerana namanya sendiri.


Kak Wni ni seorang yang manis dan ramah tamah. Mudah nak get along ngan Kak Wani. Beliau berkerja dan dalam masa yang sama masih boleh fokus pada blog. Teringin nak jumpa Kak Wani lagi nak sembang-sembang tapi masa belum mengizinkan. Blog Kak Wani amat terkenal dengan resepi Noxxa. Boleh di katakan semua jenis resepi ada di sana. Ualls boleh terjah blog Kak Wani kalau ualls masih blur bab Noxxa. Untuk Kak Wani aku tak leh membawang yang pelik2 sebabnya Kak Wani ni yang aku kenal memang sentiasa tunjuk perangai yang baik giler!!! Ala-ala perempuan melayu terakhir gituuuu... eh ye ke? =D


4. ABAM KIE & NICK NASHRAM
Aku kenal Abam Kie ni melalui blog sebelum adanya team BPT lagi. Abam Kie ni antara blogger yang sudah lama dan walau sibuk sebagai guru tapi dia tetap cuba luangkan masa untuk berblogging. Begitu juga dengan Nick!

 

Apa yang memberi persamaan kepada mereka berdua ni adalah ke dua-duanya adalah SIR. Dalam erti kata lain berkhidmat sebagai guru. Blog Abam Kie memang banyak mengetengahkan isu-isu berkaitan pendidikan manakala blog Nick plak lebih kepada tutorial. Tambahan pula Nick ni pandai untuk hal-hal yang berkaitan ngan Adsense. Dalam team BPT dia lah yang selalu tunjuk ajar bab Adsense sebabnya minat dia memang ke arah itu. Terima kasih pada Abam Kie dan Nick kerana menjadi antara pendidik yang banyak berjasa pada anak bangsa. Dengan lelaki, I tak berani nak membawang.. Opsssss....


5 - CIK TIE & CIK MAR 
Napa aku letak sekali dua orang ni? Haa sebabnya aku mudah terkeliru di antara nama mereka berdua ni. Cik Tie dan Cik Mar. Adoi nama nak seakan sama. Dah la dalam group whatsapp tu happening.. sampaikan kadang tu main cakap je tak sempat nak tengok tengah bercakap dengan siapa.



Nak dijadikan cerita, akulah orang yang paling banyak typing error dalam group whatsapp tu sebabnya aku jenis menaip lajuuu so bila dengan handphone payah la jadinya hahaha. Dan orang yang kuat menyakat aku yang asyik tersalah eja ni siapa lagi kalau bukan Cik Tie dan Cik Mar. Memang nak kena dua orang ni!!! Cik Tie aku dah jumpa in person, kecik molek je orangnya. Cik Mar aku belum pernah jumpa lagi tapi aku pernah dapat hadiah special dari Cik Mar. Di sebabkan Cik Mar pernah beri hadiah, tak jadilah aku membawang untuk mereka berdua ni.. Passed!


6- CIK ASHIKIN & SHIKIN RAZALI
Ini satu lagi kekeliruan. Aku tahu mana satu blog mereka tapi aku keliru di sebabkan panggilan nama. Jika orang cerita apa-apa sebut nama Shikin... maka aku kena tanya sekali lagi, Shikin mana ni? Cik Ash atau Shikin Razali? Haaa terpaksalah terangkan dulu pada aku Shikin yang mana sebelum aku dapat fokus cerita yang akan di sampaikan.



Kalau nak tahu aku kurang gemar nama Shikin ni sebabnya Shikin ni nama awek lama Mr.Qamar!!! Tapi tu dululah... sebelum kahwin dulu lagi... sekarang ni dah kahwin selama 16 tahun dah pun. Shikin awek lama suamiku pun dah lost contact sepenuhnya.. tapi itulah... konon je dah lupa sebab dah kawin 16 tahun tapi hakikatnya sampai sekarang dok sebut lagi... nampak sangat jeles tu masih ada... masalahnya aku tetap juga kena hadap dengan nama Shikin berdua ni kat group.... aduhhhh!!! tukar nama please...please please please... sorang CIK ASH dan sorang lagi CIK SHI... aci dop?


7. RAYDAH ALHABSYI
Ray panggilan manjanya. Mula berblogging sejak 2013. Aku dan Ray boleh kenal kerana blogwalking. Kadang-kadang muncul dia di ruangan komen blog aku dan kadangkala takde. Haaa kalau dia jarang muncul tu bermakna dia tengah jenajalan la tu sebabnya Ray ni seorang kaki travel. Dia travel bukan hanya dalam negara malah luar juga seperti Japan .

Nak membawang apa eh tentang Ray? Haaaa.... Ray ni sangat suka bergambar dan gambar dia memang ada yang merapu meraban.... hahahaha... Nampak sangat seorang yang happy go lucky. Ray juga aktif di instagram. Cumanya Ray ni lebih suka menulis in english untuk blognya... =D

Kalau tak happening, bukan Raydah la tue.... aduhaiii...



8. SHILA INSPIRE & ANGEL HO
Kak Shila - itulah pangkat aku untuk dia. Seorang ibu kepada tiga puteri yang kini menetap di Utara. Kiranya aku dan Kak Shila ni terbalik. Dia asal pantai timur stay utara dan aku pula asal utara yang stay di pantai timur. Kak Shila berada di utara untuk sambung belajar di dalam bidang media. Habis belajar nanti silap haribulan akan di gelar dengan panggilan doktor ke apa ni... Kalau tak silap dia juga pernah berkerja dengan nama-nama penerbit drama dan filem yang terkenal di Malaysia. Bukan calang-calang ni, jangan buat main.



Aku salute kerana Kak Shila masih lagi sanggup untuk sampung belajar sehingga ke tahap paling tinggi ni. Paling aku salute dengan suami Kak Shila yang sentiasa support beliau dari belakang. Aku dah pernah jumpa Kak Shila sekeluarga, Kak Shila dan suaminya memang sangat peramah, terasa macam ahli keluarga sendiri pun. Suami Kak Shila and suami aku pun macam boleh klik! sampaikan diaorang punya sembang tu macam dah lama kenal. Hahaha.

Kenapa aku sekalikan Kak Shila dan Angel? I samakan mereka berdua ni kerana 'doktor' tu. Yessss Angel is a doctor. Dia berkhidmat di Pahang dan aku sendiri tak tahu macamana la Angel ni boleh bahagikan masa antara pekerjaan tetap dengan blogging. Yang aku pasti blog dia penuh dengan review bab makanan. Time free aku suka juga skodeng blog Kak Shila dan Angel. Alamak... gi ngaku skodeng plak dah... tak jadi la nak membawang... larikkkkkk.....


9. MEK YUNI
Ayuni ni seorang banker di BSN Kota Bharu. Kacukan Chinese dan Pakistan. Itu yang mata sepet kulit cerah tu. Suami Mek Yuni sendiri pernah beritahu aku yang dia berasa pelik kenapalah si Ayuni ni boleh menukarkan namanya kepada Mek! Hahaha... mak ayah bagi nama Ayuni lawa-lawa di suruhnya panggil 'mek'! Yang paling syok aku pernah bermimpi Mek Yuni nikah ngan Zizan Razak.. Sampai sekarang aku tak tahu napa muka Zizan yang keluar. Mungkinkah di sebabkan mulut mek yang pot pet pot pet sama macam Zizan..??hmmm maybe.. haha...


Disebabkan di dalam blog di panggil 'MEK' maka kami semua pun ikutlah panggilan tu. Aku jumpa Mek Yuni dah beberapa kali dan Mek juga pernah follow sampai ke kampung aku. Mek ni nampak je macam makcik-makcik sikit sebab pot pet pot pet tapi usia dia baru 25 gitu... Blog dia lebih menceritakan kisah peribadi dan kehidupan dia sebagai seorang yang bekerja dengan dua orang anak yang masih kecil. Beliau juga seorang kaki jalan dan cukup suka share bab makan-makan. Nak tahu sebab apa? Sebab mek jarang masak.... Kalau tak caya, gi baca blog Mek...



10. WAWA VITAMIN
Dah kenapa panggil Wawa Vitamin??? Haaa sebabnya Kak Wawa ni merupakan seorang pengedar tegar produk Shaklee. Walau punya kerja tetap tapi Kak Wawa memang aktif di blog dan facebook kerana beliau ni cukup suka bab marketing... kiranya kami berdua ada persamaan la bab marketing cause daku sendiri study bidang yang sama.


Mula kenal Kak Wawa di sebabkan design blog. Bila sembang-sembang rupanya asal pantai timur, apalagi terus melekat di bawah satu team yang sama. Sekarang Kak Wawa menetap di Johor bersama suami tercinta. Ohya, kami juga sama-sama niqabis. Jika mahukan info bab kesihatan dan resepi boleh jenguk ke blog Kak Wawa. Dengan Kak Wawa daku tak berani nak membawang sebabnya Kak Wani ni nampak seriussss ooooo.... takutttttt.... :(


11. SIS HAWA
Aku kenal Sis Hawa ni dah 30 tahun lebih. Apa yang aku tahu dia ni punya anak ramai dan jenis happy go lucky. Kalau ada masalah apapun cukup payah nak cerita dengan orang. Perangai pelik Hawa ni, dia cukup suka menaip.. kadang-kadang entah apa lah yang dia taip tu.. merapu meraban sampai penuh satu entry blog panjang berjela-jela. Kekurangan Sis Hawa ni terlalu banyak dan kalau nak membawang tentang Sis Hawa ni rasanya sampai besok pagi pun tak habis.

 Yang pasti, dia memang berhajat untuk berkawan-kawan dengan semua orang!! Tak kira lah blogger dari team mana, dari negeri mana, dari negara mana sekalipun.. janji boleh faham apa yang dia dok merapu kat blognya tu. Harap-harap blog Sis Hawa ni akan dapat bertahan dengan memberikan lebih banyak info hendaknya.. Pendapat ualls tentang blog Sis Hawa ni macamana? Ok ke?? Jujur eh jujur...


Rasa nak membawang banyak lagi sebenarnya tapi kan tak pasal kena 'bawang' balik!! So daku membawang sikitttt je la sekadar untuk membuang tebiat yang ntah apa-apa ni.. salah silap harap di maafkan tapi untuk berjanji tak akan membawang lagi, daku tak yakin ye....

Pada yang tak dibawangkan, bukan bererti ualls takde dalam hati ni. Ada!!! Semua orang ada part dalam hati ni. Semoga ikatan kita semua  sesama blogger akan semakin akrab dari masa ke semasa...  yang pasti, hajat hati ni nak sangat mengenali lebih ramai lagi blogger lain di luar sana.. Anyway, ualls suka tak 'berbawang' dengan I ni? Kalau suka nanti kita bawang lagi untuk blog lain...


Salam manis untuk semua - Sis Hawa :D




22 comments for "10 BLOGGER MALAYSIA YANG MEMANG PATUT DI BAWANGKAN !!"

  1. Igt apa yg awa nak membawangkan.. hahaha. Semua ni idola liez dlm blogging terutama awa la...

    ReplyDelete
  2. Opsss kita pun terkena sekali ye hehe terima kasih sis! Nanti tunggu turn ciktie pula ye

    ReplyDelete
  3. Hahha. Membawang dengan menumis sekali. Allahu, memang la usia muda tp nmpk tua sbb tu selesa digelar mek. InsyaAllah potpet ni akan berterusan demi membawang 💪🏻

    ReplyDelete
  4. Ooo..dia xnk bawangkan kita eh cik tie..ahahha...bawangkan xpe..jgn cilikan..kih3

    ReplyDelete
  5. Hahaha Cik Shi? Adoii la kak.. x kena langsung... buang yang keruh ambik yg jernih kak... hihihihi..

    ReplyDelete
  6. Membawang baik ni... Hehe. Apa2 pun sis. Nanti Fiza terjah dorang ni.thanks sis hawa.

    ReplyDelete
  7. yang no 11 tu kann nakal dia lain macam sungguh!!tak caye?gi jumpa dia sendiri tengok camane..hahahaha

    ReplyDelete
  8. meh la membawang blog kita plak..hehe

    ReplyDelete
  9. Tu dia makcik-makcik dan pakcik-pakcik bawang hahahhaa...

    ReplyDelete
  10. Haha no 11 yg paling bawang ke?

    ReplyDelete
  11. Haha no 11 yg paling bawang ke? Apapun memang best berkanalan dgn makcik pakcik bawang di alam maya

    ReplyDelete
  12. membawang yang baik2 ok je...gigih akak baca tau sampai habis

    ReplyDelete
  13. Ok jugak buat list camni..senang nak follow..ada yg follow dah ada yang belum..

    ReplyDelete
  14. alai sampai hati benci nama i.. Hahahaha.. Siap bui nama kembar kita cik asha la bui ko shikin razali sedap gak tu hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha bolehla cik Asha.. bleh la perasan mcm org hindustan kan...

      Delete
  15. Terharunya abe kie sbb hawa sudi koyak bawe dgn abe kie dan rakan2 lain. Thanks a lot!

    ReplyDelete
  16. Nasib baik membawang yg baik hihi

    ReplyDelete
  17. hoh kite pom ada.. sorry baru sempat nak jelajah kat sini.. hadoiyaii..

    ReplyDelete
  18. Sekali je datang ke blog ni terus minat. Sebab tu asal on laptop je, mesti jenguk sini dulu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... terharu tau!! TQ cik shafiqa... TQ sangattt =D

      Delete
  19. Jemputlah membawang dengan saya sekali.


    saya jumpa blog hawa ni dari bloglist maria firdz

    Salam kenal dari saya, rasanya saya ni pangkat akak la pada hawa, umur saya 36 alhamdulillah

    ReplyDelete