Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

HUKUM MANDI DAN TIDUR TANPA SEURAT BENANG DI BADAN

Hukum Mandi dan Tidur Tanpa Seurat Benang Di Badan (Bogel / Telanjang)  | Assalamualaikum.... Sebagaimana yang semua sudah maklum, mandi dan tidur adalah dua perkara yang kita lakukan setiap hari sejak awal dilahirkan hingga kini namun persoalannya sekarang, apakah boleh mandi dalam keadaan berbogel atau telanjang ini? Bolehkah juga tidur di dalam keadaan tanpa seurat benang di badan ini?


Jawapannya adalah makruh, bukannya haram. Kita boleh mandi dan tidur tanpa seurat benang TETAPI sebelum terjadi perkara yang tidak sepatutnya maka jangan sesekali mandi dan tidur dalam keadaan ini terutama di sesuatu tempat yang kita tidak biasa.

Sebagai contoh ketika pergi bercuti, di rumah kenalan, di rumah saudara dan lain-lain lagi. Jika di rumah sendiri dan hanya berdua dengan suami atau isteri, itu di bolehkan kerana kita yakin dengan keadaan kita pada ketika itu.

Jika di tempat yang kita tidak biasa, buatnya ada orang lain ternampak dari lubang ke, kamera ke, apa ke, kan susah??!! Siapa yang malu??? Setakat nak biasakan diri dengan menggunakan kain basahan ketika mandi dan pakai pakaian tidur yang tidak menjolok mata ketika tidur, tak susah mana rasanya kan?


Tambahan pula, sebagai seorang muslim yang percaya dengan adanya makhluk lain yang tidak nampak dek mata dengan pandangan kasar dan yang yakin bahawa ada dua malaikat di kanan kiri, maka adalah lebih afdal untuk kita berasa malu dan menutup apa yang tidak sepatutnya di lihat oleh orang lain terutamanya bagi perempuan. 

Kerana itu sekiranya ingin melakukan hubungan badan dengan isteri, kita  di minta untuk menutup dengan selimut dan bukan hanya mendedahkan tubuh badan masing-masing begitu saja. Tambahan pula makhluk lain seperti jin sangat sukakan manusia yang suka tidur bogel jadi kenapa mesti kita beri peluang kepada jin tersebut?

Yang pasti, walaupun kita dibolehkan untuk mandi dan tidur secara berbogel tanpa seurat benang sekalipun namun cubalah untuk ambil serius dengan cuba menutup apa yang tidak sepatutnya..  =)



6 comments for "HUKUM MANDI DAN TIDUR TANPA SEURAT BENANG DI BADAN"

  1. thanks atas perkongsian info ni sis awa.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sharing sis awa

    ReplyDelete
  3. ada baca juga haritu berkaitan dengan hal dan hukum ni. dari segi mata jin, kita boleh tutup aurat kita dengan membaca doa bila buka baju/seluar. tapi kalau mata manusia ni, tu yang kita digalakkan tak bogel. sebab mata manusia ni (lagi-lagi laki) memang bahaya huhuu.

    ReplyDelete
  4. Ada bbrp isu....yg pertama isu hukum......kedua isu adab.....utk kes suami isteri mmg takde isu....dgn syarat mmg tiada yg melihat selain pasangn suami isteri itu shj...adapun pndangn malaikat atau jin itu bukn hujah sbb dua mkhluk itu bersifat ghaibiyyat.....malaikat sememngnya tiada nafsu....kita tutup aurat atau buka aurat bukn isu....mlaikat kiri kanan tu sememngnya ikut kita kemna shj.....adapun jin, syaitan , qarin dll...ni bentengnya doa....bukn pasal bogel atau tak bogel....cuma tidur dlm keadaan bogel bersendirian tu mkruh......klu suami isteri harus dgn syarat tertutup drpd pndangn org lain, adapun mahu berhati2 takut kamera, org intai itu masing2lh....hadis2 yg mnceritakn larangn melihat kemaluan pasangn (suami isteri) adalh berstatus dhauf dan tak boleh dijadikn hujjah....termasuk hadis yg disandarkn kpd saidatina aisyah dikatakn tak pernh melihat kemaluan Rasulullah , hadis ni dhaif......jika benar sekalipun bukn bermksud haram melihat pasangn yg dh sah dinikahi tp sbg adab....

    ReplyDelete