Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SIAPAKAH ISTERI SAHARUL RIDZWAN?


Semakin hari drama bertajuk Zahir Tak Terucap semakin di sebut-sebut dan sedar tak sedar sudah pun hampir ke penamatnya. Gandingan Saharul Ridzwan bersama Rasya Rizrose memang agak padan hinggakan ada yang menganggap bahawa Saharul masih bujang.  Ternyata, rupa-rupanya masih ada yang tak tahu bahawa hakikat sebenarnya Saharul sudahpun berkahwin dengan wanita pilihan hatinya dan sudah pun memiliki seorang anak lelaki yang di beri nama Luth Ali.

Bagi yang belum tahu, nama isteri Saharul adalah Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir yang lebih mesra di panggil dengan panggilan Deena. Deena merupakan seorang usahawan pakaian muslimah secara online di bawah label wrap.boutique.house. Daripada blouse, kurung, seluar, skirt dan macam-macam lagilah...semuanya ada dan boleh di beli secara pos dan cod.



Isteri Saharul, Deena merupakan seorang wanita yang mempunyai darah melayu dan arab maka tidak hairanlah kenapa Deena memiliki raut wajah yang cantik dengan hidung mancung yang terletak. Perkahwinan mereka telah berlangsung pada 16 September 2016 yang lalu dan kini mereka semakin bahagia dengan adanya 'Ali'.

JOM LIHAT WAJAH SAHARUL DAN ANAK ISTERINYA


Ali: Apeni Baba, Ali nak jalan sendiri la. Kalau Baby boleh la duk macam ni. Hmmm




Selain daripada sibuk berlakon, Saharul juga kini turut terlibat di dalam perniagaan kereta-kereta mewah dan beliau amat dambakan sebuah keluarga yang bahagia berlandaskan islam bersama isterinya tersayang. Semoga Saharul, Deena dan Ali sentiasa sihat dan bahagia. Ameen


6 comments for "SIAPAKAH ISTERI SAHARUL RIDZWAN?"

  1. suka tengok saharul sekarang. nampak matang tak mcm dalam drama kau aku kita tu haha - sha tengah ulang tengok cerita tu sebenarnya :p

    ReplyDelete
  2. mama memang follow SR ni. lakonan dia memang mantap. Seorang yang memantingkan family. SUka tengok gelagat ali dan isterinya yg sangat sweet tu

    ReplyDelete
  3. kita selalu follow saharul dari zaman bujang sampai ada anak isteri hahahhaha

    ReplyDelete
  4. da nk smpi ke penghujung ke. semlm, termiss lg

    ReplyDelete
  5. shahrul nie berlakon memang berbakat so saya pun terjebak juga tg drama terbaru ini

    ReplyDelete