Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

JANGAN INGAT LELAKI TAK AMBIL TAHU ISU WANITA

BLOG SIS HAWA sebenarnya di sasarkan untuk golongan wanita kerana tujuan utama blog ini ditubuhkan adalah untuk berkongsi cerita dan info mengenai kehamilan, bersalin, rumahtangga, isteri, mertua menantu, ibu anak dan lain-lain lagi. Pendekata semuanya yang ada kaitan dengan wanita secara amnya.

Kerana itulah, blog ini di beri nama 'HAWA' yang sememangnya sangat sinonim dengan kaum perempuan.

Maka, tidak hairanlah kenapa di blog ini banyak terpapar isu-isu dan info yang berkaitan dengan golongan wanita. Meskipun tajuk info yang aku berikan lebih ke arah suami isteri namun bagi aku ianya tidak salah untuk di baca oleh mereka-mereka yang belum berkahwin juga kerana di blog ini turut berkongsi cerita penceraian dan lain-lain lagi sebagai pengajaran.

Terus-terang, motif utama aku adalah untuk bercerita isu berkaitan wanita bersama para hawa yang lain di luar sana tetapi tanpa aku duga, blog ini turut mendapat perhatian kaum adam juga. Ya! Kaum adam yakni lelaki.


 Kehadiran mereka ni memang susah nak perasan kerana mereka tidak suka meninggalkan komen di blog sebaliknya mereka lebih gemar menghantar maklumbalas melalui email. Yang jadi stalker je lagilah ramai.

Biasalah, lelaki kan kurang gemar hal pot pet pot pet tapi at least daku tahu yang diaorang ni memang baca apa yang di tinggalkan di ruangan komen tu. So, kalau ualls ada apa-apa nak tulis berkaitan lelaki, ualls tulis je kat ruangan komen tu, InshaAllah diaorang akan baca... hehe..

Saat mula tahu akan hal ni daku jadi tergamam juga tapi secara tak langsung daku jadi bangga kerana ternyata ramai lelaki di luar sana yang sangat sayangkan para isteri masing-masing.

Daku yakin, para suami mencari info tentang kehamilan isteri kerana ingin menyiapkan diri sebagai seorang ayah dan juga mungkin untuk mengambil kekuatan supaya dapat berhadapan dengan situasi isteri di labour room nanti.


Maka, untuk para wanita di luar sana terutamanya yang akan dan baru saja melangsungkan perkahwinan, ualls jangan terkejut jika suami ualls lebih pandai hal wanita terutama berkaitan kehamilan dan kelahiran kerana mereka memang gigih membaca isu seperti ini.

Kesimpulannya..... perkahwinan kita ni bukan hanya mahu di jaga oleh para isteri saja malahan juga oleh para suami. Bila isteri hamil bukan hanya isteri yang sibuk cari info tapi juga suami.

Jika mereka (suami) buat tak peduli tak bermakna mereka tak sayang tapi mungkin kerana nak beri kita sedikit ruang. Dan jika mereka tak puji bukan kerana mereka tak hargai tapi kerana tak mahu kita lupa diri...

bak kata suami daku sendiri....

"mana boleh puji sesuatu menu yang daku masak tu sedap... nanti hari-hari daku akan masak menu  yang sama.... hahahaha"




APAPUN.... TERIMA KASIH PARA ADAM KERANA SANGGUP MENCARI INFO DEMI UNTUK LEBIH MEMAHAMI KAUM HAWA SEPERTI KAMI..... 





6 comments for "JANGAN INGAT LELAKI TAK AMBIL TAHU ISU WANITA"

  1. banyak lelaki yang baik-baik

    ReplyDelete
  2. Lelaki yang bergelar suami memang patut tahu banyak hal pasal wanita, bukan setakat perlu tahu kerana adanya isteri tetapi untuk anak perempuan juga.

    ReplyDelete
  3. kemahin tajuk. hehehe tp ada stengah lelaki yang jenis kaki google cari.. mcm laki jue mmg tak la nak google.. kahkahkah..

    ReplyDelete
  4. suami mrs pip tak google sangat ,
    tp kalau dia nak tau sesuatu info tu,
    dia bagilah statement mcm ni "bah, google lah" ...
    tu suruh mrs pip google untuk dia la tu :))

    ReplyDelete
  5. sekarang ni lelaki google ja kalau nak tau lebih psl wanita..zaman IT

    ReplyDelete
  6. walaupun berkenaan wanita tpi ianya sama penting bagi lelaki utk tau

    ReplyDelete