Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Lazada Birthday Festival Blogger Contest

Omg... sedar tak sedar LAZADA akan menyambut ulangtahunnya yang ke enam... dan bagi peminat setia Lazada semestinya aku tak nak terlepas peluang untuk turut meraikan kemeriahan majlis ulangtahun mereka ni. Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan Lazada bolehlah baca lebih dari tiga entry di blog aku ni yang berkaitan dengan Lazada.

Apabila menyebut tentang birthday terus aku terbayangkan sebuah majlis yang awesome, meriah dan cantik. Seandainya aku ini seorang birthday planner, aku akan rancangkan sebuah majlis yang unik dan lain daripada yang lain supaya dapat di jadikan kenangan yang sangat manis untuk di kenang buat selama-lamanya.



Jika aku berpeluang untuk menjadi perancang utama bagi majlis ulangtahun Lazada yang ke 6 ini, aku akan merancang sebuah majlis berdasarkan 4 (Empat) perkara utama iaitu:
  • a. Lokasi
  • b. Tema 
  • c. Kek
  • d. Pakaian

a - LOKASI

Bagi aku sebuah majlis di kawasan outdoor adalah yang terbaik sekali kerana semua yang hadir bukan hanya dapat memeriahkan majlis malah akan dapat menikmati pemandangan cantik berserta pelbagai aktiviti yangmenyeronokkan. Lokasi terbaik yang amat sesuai dengan majlis parti ulangtahun Lazada adalah Tanah Aina Farrah Soraya yang terletak di Raub, Pahang.



Di Tanah Aina Farrah Soraya ini semua tetamu dapat melarikan diri dari kesibukan kota dan menikmati pemandangan alam semulajadi yang masih belum tercemar. Dengan adanya pelbagai fasiliti yang selesa seperti ruangan khas untuk mengadakan sesebuah majlis di tambah pula dengan kawasan persekitaran yang amat sesuai untuk di lakukan pelbagai aktiviti benar-benar dapat mnjanjikan sebuah acara majlis yang sangat exclusive dan terbaik!

Bagi tetamu yang datang dari jauh, bolehlah terus menginap di mana-mana bilik yang ada di situ. Bilik penginapan yang selesa di tambah dengan kawasan persekitaran yang belum tercemar dan cantik berserta dengan majlis harijadi Lazada yang meriah semestinya akan memberikan bukan hanya sebuah keseronokan yang menarik malahan sebuah percutian yang sangat unik.

b - TEMA

Bersesuaian dengan lokasi, tema yang terbaik adalah LITTLE MAGICAL GARDEN. Dengan tema ini, para tetamu dapat merasakan seakan-akan seperti seorang pencinta alamsemulajadi yang sedang berehat di dalam sebuah taman yang sangat cantik bersama pelbagai flora dan fauna yang berwarna warni dengan bunyi percikan air sungai yang menenangkan.


Untuk mengadakan majlis sebegini perlu menyediakan pelbagai dekorasi yang sesuai tapi tak perlu bimbang kerana ada pelbagai jenis barangan dekorasi majlis yang sesuai di laman web Lazada. Antaranya belon dengan glitters dan juga perhiasan rama-rama yang mempunyai lampu dan boleh bercahaya dengan terang sekali.


c - KEK

Untuk kek boleh di buat dengan perasa coklat vanila berserta dekorasi taman yang sepadan dengan tema.


Untuk buat kek sebegini tidak perlu susahati juga kerana adanya mixer terlajak murah berharga RM35.05 sahaja dari pihak LAZADA. Haaa bagi yang belum punya mixer tu baik ualls grab cepat-sempat sempena promosi Birthday Festival Sale yang sedang berlangsung dari 25 hingga 27 April 2018 ini.

d - PAKAIAN

Lokasi dah ada. Tema dah ada. Kek pun dah ada. Akhir sekali semestinya adalah pakaian yang sesuai. Haa jangan ingat di Lazada hanya ada perkakasan saja ye, pakaian pun ada okay... jom tengok pakaian apa yang akan ku pakai untuk majlis ulangtahun Lazada yang bertemakan Little Magical Garden ini.


Yeah... lengkap sudah semuanya. So apa pendapat ualls.. Okay tak idea ni. Rasa-rasanya ualls nak ikut sekali ke tidak ke majlis tersebut? Walaubagaimanapun, jangan lupa tau untuk terjah website LAZADA bersempena dengan sambutan ulangtahun 'kelahiran' Lazada untuk kali yang ke 6 ini, kerana terdapat pelbagai barangan yang di jual dengan harga promosi sehingga 90%!
 

Apa tunggu lagi.. jom terjah >> https://www.lazada.com.my/birthday-sale/ 

6 comments for "Lazada Birthday Festival Blogger Contest "

  1. Wahhh best-best .. ciktie pun dah join Giveaway ni. http://www.ciktie.com/2018/04/perancang-parti-hari-jadi.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Menarik.. paling menarik adlh lokasi. Kalau betul betul jadi, mek nk ikut

    ReplyDelete
  3. WAHHHH MENARIKNYA TEMA KAK AWA

    ReplyDelete
  4. Good luck kak,
    Lazada juga tempat belanja online favoritku.
    Love from Indonesia, senang bisa sampai di sini hehehe

    ReplyDelete