Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SOFEAROSE DIONA MERMAID ENCHANTED - PELIHARA HIDUPAN ALAM DI BALIK KEMODENAN

Assalamualaikum ualls....
Sekarang ni sedang berada di bulan Ramadhan dan tak lama lagi dah nak raya... mesti ualls tengah fikir nak beli apa pakaian apa untuk di pakai pada 1 Syawal nanti kan? Jangan kata ualls, sis sendiri pun pening kepala bila fikir bab pakaian sempena Aidilfitri ni. Tambahan pula tahun ni sis akan sambut hari raya yang pertama dengan seorang baby gurl, so mestilah makin teruja. 



Walaubagaimanapun, sis sedikit bersyukur kerana dah temui tudung yang sesuai. Shawl ni sis decide nak pakai untuk raya nanti sebabnya sis memang suka sangat-sangat dengan warna, corak dan kualiti fabriknya. Pendek kata sis memang jatuh cinta sepenuh hati dengan shawl ni. Serius cantik sangat-sangat... 

Seperkara lagi yang sis suka adalah dapat membeli sambil menderma. Bahkan, designnya juga di inspirasikan daripada hidupan laut yang patut dilindungi. Ini memang sangat tepat kerana walaupun kita kini semakin maju dan sentiasa mengejar pembangunan namun kita tidak patut mengabaikan hidupan alam. Jangan kerana kita nakkan kemodenan sehingga ada hidupan lain yang terkorban. Perkara ini tidak boleh di pandang remeh untuk generasi yang akan datang. 

Antara hidupan yang patut di lindungi adalah penyu dan shawl cantik yang sis maksudkan di sini adalah daripada koleksi Diona Mermaid Enchanted yang di keluarkan oleh SOFEAROSE.



Koleksi ini wujud disebabkan populasi penyu yang semakin menurun dan ini menunjukkan bahawa kepupusan penyu bukan perkara mustahil.  Bagi meningkatkan kesedaran dalam ancaman yang dihadapi penyu, SofeaRose telah berkerjasama dengan SEATRU (Unit Penyelidikan Penyu Universiti Malaysia Terengganu) dalam kempen memulih dan memelihara penyu. 

SEATRU bermula pada tahun 1984 apabila penyelidikan Penyu Belimbing di Rantau Abang dimulakan. " Jika kami tidak melakukan sesuatu untuk memelihara penyu, pada masa hadapan kita hanya dapat melihat penyu hanya di muzium-muzium. "

Bagi membela nasib alam semulajadi, SofeaRose akan menyumbangkan sebahagian jualan dari koleksi Mermaid kepada program ‘SEATRU – Adopt a Turtle’ bagi menyokong pemuliharaan penyu. 

Semua wanita di dunia ini tahu, Puteri Duyung merupakan seorang wanita yang sangat cantik dengan perwatakan lemah-lembut, penyayang dan periang. Ini membuatkan ramai wanita mengkagumi dan mengimpikan untuk menjadi seperti Puteri Duyung.

Tidak terkecuali wanita-wanita di SofeaRose, mereka telah berusaha menghasilkan koleksi tudung serta pakaian Ready To Wear (RTW) dan juga koleksi Raya tahun 2018 yang diinspirasikan oleh kecantikan Mermaid. Terdapat 3 koleksi yang berinspirasikan Puteri Duyung ini. 



Pertama kali melihat secara berdepan sis dah jatuh hati sebabnya padanan warna lembut yang di gunakan sangat-sangat cantik dan mudah untuk di matchingkan dengan mana-mana pakaian. Selain daripada itu fabrik yang di gunakan juga sangat berkualiti tinggi. Fabrik yang seperti satin ini tidaklah licin seperti satin yang biasa kita jumpa sebaliknya ia amat mudah di bentuk supaya terletak cantik di kepala. 


Pin yang sis pakai juga tak mudah tanggal selepas di kenakan sebaliknya kain sebegini membuatkan sis berasa sangat selesa, sejuk, tidak panas dan tidak berpeluh. Memang sangat-sangat sesuai untuk para wanita supaya dapat berasa selesa dan tenang sepanjang hari. Jahitan juga sangat teliti dan kemas. 

Terdapat pelbagai pilihan warna dan corak di dalam rona pastel yang menawan seperti....


Ia di datangkan di dalam dua jenis tudung iaitu segi empat tepat dan juga selendang. Yang sis sedang pakai di dalam gambar ni adalah selendang dengan nama Lavender Sky. Sis pilih lavender sebabnya sis ni memang sangat sukakan colour purple. Hehe...



Ianya sangat kena dengan permintaan semua wanita yang pelbagai. Sebagai contoh, sis suka pakai dengan gaya labuh di depan dan belakang maka sis boleh pakai mengikut cara sis sendiri. Manakala bagi yang mahukan gaya yang lebih santai, ualls boleh olah cara lilitan mengikut gaya masing-masing. 


Yang pasti, ianya sangat mudah untuk di bentuk, di lilit dan di pinkan. Kainnya yang tidak jarang membuatkan kita tidak perlu memakai tudung lain di bahagian dalam. Namun untuk sis, sis tetap pakai anak tudung di dalam sebabnya sis ni menyusu badan. Bila sis pakai tudung lain di dalam dapatlah sis cover semasa menyusu dengan tudung luar yang agak labuh. Walau sis pakai dua lapis tapi tetap tak panas. So good!!




Mencuba sesuatu yang luarbiasa, SofeaRose  merakamkan video seorang Puteri Duyung memakai tudung Diona berenang di dalam air malah dengan setiap pembelian koleksi Mermaid SofeaRose ini, korang juga secara tidak langsung telah membantu dalam kempen memulih dan memelihara penyu ini. Koleksi Mermaid SofeaRose ini berharga dari RM59 hingga RM419 dan sebahagian dari duit anda akan digunakan untuk tujuan pemuliharaan penyu.




Dengan setiap pembelian RM100 keatas, pelanggan secara langsung akan didaftarkan sebagai Ahli SofeaRose dengan PERCUMA seumur hidup dan mendapat potongan 20% untuk setiap koleksi SofeaRose.


Untuk urusan pembelian sila hubungi :

WEBSITE : www.sofearose.com
TELEFON : 019 – 635 0313 (Teha)


atau terus ke premis utama SOFEAROSE di : 
SofeaRose, 
Wisma Qzara, 

Jalan Nelayan 19/B, 
Seksyen 19, 
Shah Alam, 40300, Selangor


2 comments for " SOFEAROSE DIONA MERMAID ENCHANTED - PELIHARA HIDUPAN ALAM DI BALIK KEMODENAN"