Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

DR BEAU PURE NATURAL SKIN OIL - SERUM VITAMIN E ASLI UNTUK MUDAKAN WAJAH

DR BEAU PURE NATURAL SKIN OIL | Pertama kali melihat produk ni daku rasa pelik juga. Sebabnya ia adalah minyak dalam bentuk kapsul tetapi untuk dipakaikan di kulit muka. Korang bayangkan okay, pakai minyak kat muka? Tak ke pelik tu? Sepatutnya kita kena elakkan muka daripada berminyak supaya jerawat tak berani hinggap tapi kali ni pakai minyak kat muka supaya jerawat dan jeragat tak berani untuk muncul-muncul lagi. Pelikkk memang pelikkk.... 

Tapi yang pelik itulah yang telah membuatkan produk ini semakin menjadi siulan ramai dari hari ke hari. Ramai yang dah mengaku secara terang-terangan yang produk ini sangat bagus untuk kulit. Ianya bukan hanya mampu mengatasi masalah-masalah pada kulit wajah malah mampu membuatkan wajah seseorang tampak jauh lebih muda daripada sebelumnya. 


BAHAN YANG DI GUNAKAN

Bila daku baca segala info yang berkaitan, produk ini di perbuat daripada pelbagai bahan yang sengaja di pilih mengikut kesesuainya yang sangat bagus untuk bertindak balas dengan kulit terutama pada wajah. Antara produk tersebut adalah :
  • Wheatgerm Oil (sejenis gandum)
  • Almond Oil (sejenis kekacang)
  • Apricot Kernel (sejenis buah)
  • Evening Primrose (sejenis bunga)
  • Moroccan Argan Oil (sejenis kekacang dari pokok argan)
  • Rosehip Oil (sejenis buah)

Ke enam-enam bahan terpilih ini di proses secara semulajadi untuk mendapatkan minyaknya tanpa melibatkan sebarang bahan kimia, pengawet, pewarna tiruan dan lain-lain bahan berbahaya untuk mengelakkan sifat semulajadinya yang penuh dengan khasiat itu. Apabila diterapkan unsur organik maka dapatlah kulit wajah menyerap segala kebaikan yang ada di dalam produk ini dengan lebih mudah untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat dan berkesan.



KELEBIHAN DR BEAU NATURAL SKIN OIL

FUNGSI UTAMA produk ini bukan sekadar untuk menjadikan kulit wajah kembali tampak muda daripada sebelumnya malah ianya juga berkesan untuk membaiki kulit wajah yang bermasalah. 
Antaranya :
  • Membantu mengatasi masalah kulit kering dan berminyak
  • Membantu memulihkan masalah kulit melecur
  • Membantu memulihkan masalah kulit kusam
  • Membantu menghilangkan lebam yang teruk di kawasan bawah mata
  • Membantu menghilangkan jerawat
  • Membantu menghilangkan parut lama jerawat
  • Membantu mengecilkan kembali pori yang terbuka
  • Membantu mengatasi masalah white head dan black head
  • Membantu mereka yang ada masalah ekzima
  • Mengatasi masalah eye bag yang teruk

Pendekata, terdapat terlalu banyak kelebihan yang ada di dalam produk ini yang amat sesuai untuk mengatasi hampir semua masalah yang sering dihadapi oleh semua orang pada bahagian kulit wajah masing-masing. Apa yang membuatkan daku lebih berpuashati adalah apabila ianya diproses di kilang tempatan dan telah di perakui dengan pelbagai kelulusan. Hmmm patutlah ramai artis guna serum vitamin E dari Dr Beau ni!! Kalau tak caya jom kita tengok sebahagian daripada testimoni para pengguna.

TESTIMONI DARIPADA SEBAHAGIAN PENGGUNA



TESTIMONI DIRI SENDIRI

Sebagai seorang wanita yang sudah berusia 37 tahun dengan berjawatan sebagai seorang surirumah sepenuh masa kepada 6 orang anak, sememangnya daku tak punya masa untuk ke mana-mana beauty spa untuk mendapatkan rawatan wajah. Tambahan pula dengan anak yang ramai tanpa gaji tetap sendiri daku tak leh sewenang-wenangnya berbelanja sakan untuk mendapatkan wajah yang cantik jelita. Mungkin ada yang cakap, alah... awak tu berniqab, tak de pun yang nampak parut jerawat semua tu! Tapi.... dah namapun pompuan kan? Of courselah nak lawa tambahan pula melawa untuk suami kan dapat pahala. 

Walaupun dalam bentuk minyak tapi hakikatnya dia tak lah melekat lekat tu. Bila dah sapu terus meresap dan yang tinggal hanyalah rasa lembab dan halus pada kulit wajah. Di sebabnya ianya serum yang penuh dengan vitamin E so boleh juga apply kat bibir dan juga tangan. Kiranya macam pakai lotion gitu tapi dalam bentuk organik yang halal dan suci dengan bau yang harum.

So, bagi aku ni... produk DrBeau serum ni memang syok habis.. daku jatuh cinta dengan produk ni bukan kerana ianya amat bagus untuk atasi masalah kulit tetapi juga ia sangat 'kuat dan bijak' seperti seorang hero untuk melindungi kulit wajah daku ni daripada sebarang kotoran baik yang di sedari mahupun sebaliknya daripada meresap masuk ke kulit wajah. Jadi, walaupun terpaksa berada di persekitaran yang tidak elok dengan debu dan sebagainya, serum vitamin E dari Dr Beau ni akan jadi pelapis supaya semua kotoran tu tak leh sampai ke liang pori wajah. Sekali fikir macam lapisan ozon gitu.... hehe... i likeeeee....
JATUH CINTA PANDANG PERTAMA - NANTI NAK BELI LAGI !!
WAJIB TONTON VIDEO INI.....

Harganya pula hanyalah RM96 untuk sebotol dengan isian sebanyak 30 biji kapsul. Untuk kesan yang lebih cepat digalakkan pakai Dr.Beau ni dua kali sehari pada waktu pagi dan juga waktu malam sebelum tidur. So bila di hitung-hitung, sebiji kapsul ni hanya berharga lebih kurang RM3 je.. sehari kalau pakai dua biji pun kosnya baru RM6 sehari!! murah tu!! Mana mau cari? 

Nak tahu cara pakai, ualls boleh lihat video kat bawah ni okays.... 




HARGA SERUM DR BEAU :

Semenanjung Malaysia : RM 96
Sabah / Sarawak : RM 96
Singapore / Brunei : $ 55


TELEFON : 016 9633443


TERINGIN NAK MUDA...? JOM PAKAI DR BEAU



6 comments for "DR BEAU PURE NATURAL SKIN OIL - SERUM VITAMIN E ASLI UNTUK MUDAKAN WAJAH"

  1. macam best jer. sebab muka kaella dahlah beminyak. jerawat pun suka sangat nak singgah singgah huhu

    ReplyDelete
  2. macam nak cuba jer serum ni ,, pas ni skin lebih sihat dan cantik la

    ReplyDelete
  3. omey la awa kita raya ni..:)

    ReplyDelete
  4. Iya ya kayak minyak ikan bentuknya. Demi wajah yang sehat,perawatan harus rutin ya. Karena aset berharga

    ReplyDelete
  5. best pakai. lembut halus kulit muka dibuatnya.

    ReplyDelete