Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PELAKON DAN CERITA PENUH - CINTA FATAMORGANA

Sekarang ni, salah satu drama yang sedang hangat di perkatakan adalah CINTA FATAMORGANA yang sedang ditayangkan di slot Akasia TV3.



Senarai pelakon untuk drama Cinta Fatamorgana ini adalah....


SINOPSIS
Huzair dan Rifqi berkawan baik sejak kecil dan sama-sama mempunyai perasaan pada Nur Wildad. Selepas SPM, ayah Huzair telah membiayai pendidikan mereka berdua di Universiti. Maka, Rifqi berasa sangat-sangat berasa terhutang budi dengan ibu bapa Huzair iaitu Tuan Deraman (lakonan Norman Hakim) dan Puan Habibah (lakonan Diana Rafar) yang telah sanggup menerima dan menganggapnya tak ubah seperti anak sendiri. Rifqi juga turut tinggal bersama keluarga Huzair setelah kematian arwah ayahnya.


Dalam masa yang sama, Rifqi amat menyukai seorang gadis bernama Wildad. Malah Wildad juga turut menyimpan perasaan suka dan cinta terhadap Rifqi namun mereka hanya mampu memendam perasaan. Tambahan pula Wildad sendiri berasa keliru dan kecil hati dengan sikap Rifqi yang sukar di baca sedangkan hakikat sebenarnya Rifqi sendiri sangat tertekan kerana tidak dapat meluahkan rasa hatinya pada Wildad dek kerana Huzair yang turut menyimpan perasaan terhadap Wildad. Demi budi, Rifqi cuba mengalah.




Keakraban Huzair danWildad bercampur dengan rasa cinta Huzair yang sangat mengambil berat tentang Wildad menyebabkan perasaan cemburu Rifqi makin bercambah. Dalam diam hati lelakinya tetap merasa cemburu apabila melihat Huzair mesra bersama Wildad. 

Suatu hari, keluarga Wildad ditimpa malang apabila mereka di buru Ahlong akibat hutang kakaknya, Wahidah (lakonan Faezah Elai). Apabila mengetahui masalah Wildad, Huzair meminta bantuan bapanya untuk menyelesaikan hutang Wildad. Wahidah juga turut diberi pekerjaan di syarikat mereka. Rifqi pula mengambil keputusan untuk terus cuba menjarakkan diri apabila melihat Huzair dan Wildad semakin rapat. Wildad sendiri menjadi penasaran antara hatinya yang amat menyintai Rifqi dengan rasa terhutang budinya dengan Huzair yang sanggup bersusahpayah deminya. 



Namun, dalam masa yang sama sebenarnya, Tuan Deraman tidak mahu Huzair berkawan rapat dengan Wildad kerana dia sudah punya pilihan jodoh yanglain untuk Huzair. Berbanding Wildad, Tuan Deraman lebih mahu menjodohkan Huzair dengan Delina, anak sahabat baiknya. Tanpa pengetahuan Huzair, Tuan Deraman membuat keputusan untuk menikahkan Rifqi dan Wildad ketika Huzair ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Permintaan Tuan Deraman di terima oleh Rifqi dan Wildad. Walau pada mulanya perkahwinan mereka tampak kekok namun akhirnya mereka akur dan pamerkan rasa kasih yang sekian lama tersimpan.

Pelbagai cara cuba di lakukan supaya perkahwinan tersebut terus menjadi rahsia daripada diketahui oleh Huzair tetapi lama kelamaan, Huzair dapat juga tahu dan akibatnya Huzair mula mengatur stategi untuk memisahkan Wildad daripada Rifqi. Pada Huzair, hanya dia seorang saja yang boleh memiliki cinta Wildad. Walau apapun yang terjadi, Huzair tetap akan dapatkan Wildad.


Suatu hari, Wildad di timpa kecelakaan hingga menyebabkannya hilang ingatan. Kesempatan ini digunakan oleh Huzair supaya membuang terus Rifqi dari ingatan Wildad sepenuhnya. 

Walaubagaimanapun, ketika bekerja, Huzair kemalangan dan lumpuh sebelah kaki dan buta. Setelah sembuh, dia kembali semula kepada Wildad dan sekali lagi Rifqi mengalah,... namun kali ini Huzair benar-benar sedar bahawa orang yang paling di cintai oleh Wildad adalah Rifqi, bukannya dia.


PENDAPAT PERIBADI

Ketika menonton, ada juga terdengar dari mulut suami... kata suami, jika dia di tempat Rifqi, dah lama dia tarik si Wildad tu bawa balik. Dah namapun isteri sendiri... walau Huzair tak mahu lepaskan Wildad tapi Wildad masih lagi isteri Rifqi. Kalau payah sangat, kasi report kat mana-mana... abis cerita!
Bila di fikir balik.... memang betul pun... yelah, walau terhutang budi tahap mana sekalipun tapi takkan sampai nak lepaskan isteri sendiri... Memang ada pepatah yang mengatakan 'hutang budi di bawa mati' tapi jika dah sampai tahap sanggup mengalah berulang-ulang kali untuk seorang lelaki lain yang sedang cintakan isteri sendiri, itu dah lebihhhh... :(

Cerita ni sedap untuk di tonton cuma ia agak meleret dengan tayangan sebanyak 27 episod. Bila start meleret mulalah jadi malas nak tengok..... huhu.... pendapat ualls pula macamana?


3 comments for "PELAKON DAN CERITA PENUH - CINTA FATAMORGANA "