Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

CERITA PENUH 'QALBU' DAN BIODATA 'QASEH' - DRAMA TV3

Menonton drama QALBU yang di tayangkan di TV3 pada 19 Mei 2018 di dalam bulan puasa agak meruntun kalbu kerana ianya agak sedih. Kisah ini mengenai Kamal (lakonan Faizal Husein) yang sanggup melakukan apa sahaja demi dua orang anaknya yang bernama Qaseh dan Aiman. 

Makin menyedihkan, isteri Kamal (lakonan Fasha Sandha) yang bernama Salina, mahu memohon cerai dan ingin memutuskan segala ikatan yang ada bukan hanya dengan Kamal malah dengan ke dua-dua anak mereka juga. Ternyata, isteri Kamal mahu lepas tangan dari menjadi seorang ibu demi untuk bersama lelaki lain yang jauh lebih kacak, muda dan kaya. Isterinya mahu mengejar kemewahan dan tidak mahu lagi menjadi isteri kepada seorang banduan dan juga ibu kepada anak-anak banduan. 

Pergolakan jiwa Kamal makin bergelora apabila ke dua-dua anaknya itu hilang. Kamal benar-benar tertekan dan sangat risau akan keselamatan ke dua anaknya itu namun apakan daya kerana dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dipisahkan dengan tembok penjara.. 

Mujurlah ada insan lain yang sudi membantu terutamanya ibu kepada Toyu (lakonan Fauzi Nawawi dan Wan Maimunah). Toyu adalah rakan sepenjara Kamal. Pada suatu hari ibu kepada Toyu meninggal tapi mujurlah tidak lama selepas itu Toyu di bebaskan. Namun malangnya, Toyu masih lagi di kejar oleh Ah Long dan akibatnya Toyu juga meninggal kerana di tikam di hadapan Aiman dan Qaseh.

Aiman dan Qaseh terus lari untuk menyelamatkan diri namun semasa sedang melarikan diri ke dua-duanya telah di langgar oleh sebuah lori. 
Akibatnya Toyu, Aiman dan Qaseh meninggal dunia. Kamal yang masih di tembok besi dengan hanya sedikit masa saja lagi akan di bebaskan semakin tertekan dengan semua yang telah berlaku.

Saat ini, isteri Kamal juga telah mendapat tahu yang kekasih gelapnya sama sekali tidak setia padanya seorang. Sewaktu dia ke luar negara, kekasihnya telah berhubungan dengan wanita lain dan kejadian itu telah membuka matanya semula akan apa yang telah berlaku selama ini. 

Isteri Kamal dan kekasihnya di tangkap kerana kes pecah amanah dan ke duanya juga telah di tangkap polis dan bergelar banduan. Jika dulu dia menghina Kamal dan mohon cerai tidak mahu bergelar isteri kepada banduan, kini dia pula meringkuk di dalam penjara dan perlu menginsafi segala dosa kerana tidak menjaga amanah yang sepatutnya.

6 bulan kemudian, Kamal telah di bebaskan namun Kamal telah bertukar menjadi tidak siuman akibat tekanan hebat akibat kehilangan ke dua-dua anak kesayangannya.....

Drama ini di lakonkan oleh Faizal Hussein, Fasha Sandha, Aidil Aziz, Fauzi Nawawi, Wan Maimunah dan Nur Qistina Raisah.Terasa hilang rindu dapat tonton ibu (Wan Maimunah) yang sangat hebat dan murah dengan airmata tu. 

Walaubagaimanapun, lakonan yang paling patut di beri pujian adalah Nur Qistina Raisah yang memegang watak Qaseh. Qistina bukan saja sangat comel dan petah malah sangat menghayati watak hingga dapat menangis dengan teresak-esak.

Baca juga : SINOPSIS PENUH DRAMA NUR -  نور‎ (nūrca-ha-ya



BIODATA Nur Qistina Raisah
Nur Qistina Raisah dilahirkan pada Disember 2008 di DengkilSelangor, kepada pasangan Roszana Aminuddin dan Mohd Kamarol Azri.
Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada 2012, pada usia 4 tahun. Nur Qistina mula dikenali umum selepas membintangi drama Papa Ricky lakonan Fadlan Hazim dan Siti Elizad, Qistina memegang watak sebagai Alisya.
Nur Qistina membuat penampilan sulungnya dalam filem cereka apabila beliau ditawarkan oleh Hashim Rejab bagi membintangi filem seram Kelibat terbitan Metrowealth Pictures. Beliau memegang watak sebagai Tengku Aqilah kecil dalam drama Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid KamilNelydia Senrose dan Nadiyah Shahab.

Baca juga >> jom kenal ATIN Mak Cun 4



8 comments for "CERITA PENUH 'QALBU' DAN BIODATA 'QASEH' - DRAMA TV3"

  1. Nak tanya kan kamal masuk penjara.apa sebab masuk penjara time ni saya gi berak lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Binawe ko....aku sedih giler nonton bertukar gelak ketawa bc komen ko 😂😂

      Delete
  2. Kinah pun layan drama ni tadi. Sedih sangat.

    ReplyDelete
  3. ala bestnya ada faizal n fasha.iza tido awal malam tadi.

    ReplyDelete
  4. Memang sedih tengok drama ni

    ReplyDelete