Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya Bersama - DETTOL

Produk DETTOL dengan rakyat Malaysia sudah sangat sinonim dan tak perlu di perkenalkan lagi.
Terus terang, aku sendiri sukakan barangan daripada jenama Dettol ini kerana ia mempunyai kelebihan untuk memberi perlindungan secara menyeluruh setelah digunakan di mana perlindungan terbabit boleh bertahan selama hampir 12jam. Namun, dulu daku agak kurang gemar kerana bagiku bauannya seolah-olah seperti ubat. Hehe...

Itu dulu okay.... sekarang ni tak perlu risau lagi kerana Dettol sekarang bukan hanya mampu mengeluarkan pelbagai produk yang hebat seperti mandian, pencuci tangan,tisu basah dan lain-lain bahkan kebanyakkan produknya ini sekarang mempunyai bau yang sangatttttt wangi! Suka sangat!!

sebahagian dari produk di bawah jenama DETTOL

Makin bermakna apabila pihak Dettol sudi melancarkan kempen kesedaran kerbersihan tangan demi untuk memberi peringatan kepentingan menjaga kebersihan tangan ini teruatama ketika berhari raya nanti.

Hari Raya adalah musim perayaan yang amat dinanti-nantikan bagi bertemu sanak saudara serta orang tersayang selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Ketika seluruh rakyat Malaysia bersalam-salaman dan menikmati juadah sambil bertanya khabar, Dettol Malaysia ingin membantu dan melindungi mereka untuk menikmati suasana ini melalui kempen Kekal Dilindungi , Kebaikan Dikongsi ini.



Umpama seorang ibu yang mahu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada anak-anak mereka, jenama ini komited untuk menjaga kebersihan keluarga sepanjang musim perayaan agar mereka boleh berkongsi kasih sayang tanpa sebarang kerisauan. 


Ketika kebanyakan warga Malaysia menggunakan lebuh raya utama untuk pulang beraya, Dettol akan menjalankan kempen kesedaran kebersihan tangan di 20 buah kawasan Rehat & Rawat (R&R) di seluruh Semenanjung Malaysia. 

Apabila pengguna berhenti di kawasan R&R ini untuk ke bilik air, mereka akan dibimbing untuk membersihkan tangan secara berkesan dengan tujuh langkah mudah. Cecair Pencuci Tangan Dettol juga akan disediakan di singki supaya pengguna boleh mempraktikkan cara yang betul untuk mencuci tangan mereka.



Wakil-wakil Dettol juga akan berada di kawasan R&R pada tarikh tertentu untuk memberi sampel produk dan mendidik pengguna tentang kepentingan amalan kebersihan yang baik di rumah. Sampel yang ringan dan dibungkus secara mudah ini boleh dibawa oleh pengguna di dalam bagasi mereka. Pengguna juga boleh memanfaatkan sampel ini sewaktu berada di kampung untuk melindungi mereka dan keluarga daripada kuman.

SQUEEZY Handwash yang bersaiz kecil ini sangat sesuai di bawa ke mana-mana


“Hari Raya adalah hari untuk bertemu dan berkumpul dengan sanak saudara dan sahabat handai. Itulah sebabnya penting untuk Dettol melindungi rakyat Malaysia daripada kuman supaya mereka boleh menikmati sepenuhnya pertemuan mereka,” kata Kim Minyoung, Pengarah Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.

Menurut Kim, bagi memenuhi hasrat ini, Dettol melancarkan kempen ini untuk mengingatkan warga Malaysia supaya menjaga kebersihan dan kesihatan mereka walaupun sewaktu menikmati kemeriahan perayaan. Ada pelbagai koleksi pencuci tangan yang sangat sesuai, pilih saja mana yang kita suka.



Faoming Hand Wash yang sangat wangi dengan bauan Rose & Cherry

“Sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di negara ini, Dettol sentiasa mendidik warga Malaysia tentang amalan kebersihan tangan bagi melawan kuman yang wujud dalam persekitaran kita setiap hari. Kami turut bekerjasama dengan para ibu untuk menyokong mereka dalam menyediakan perlindungan yang sepenuhnya kepada keluarga di mana sahaja mereka berada,” tambah beliau.
Ena Abas, Pengurus Jenama Dettol Malaysia dan Singapura, berkongsi pengalaman peribadi beliau dan menekankan bahawa mengekalkan tangan yang bersih membantu menjauhi kuman.

“Pulang ke kampung untuk beraya perlu melalui perjalanan yang jauh dan orang ramai selalunya akan berhenti sebentar di kawasan R&R. Saya tahu bahawa sesebuah keluarga mungkin perlu melalui perjalanan sejauh 6 hingga 12 jam menaiki kereta jika hendak ke kampung mereka di Pantai Timur dari Kuala Lumpur. Meluangkan masa beberapa minit untuk membasuh tangan dapat melindungi pengguna serta keluarga daripada kuman. 



Bodywash pun ada okay... wangiiiii giler baunya. Saya sendiri pakai yang ini

Dettol berharap untuk membawa mesej ini kepada seberapa ramai warga Malaysia dalam usaha kami untuk menggalakkan mereka mengamalkan tabiat kebersihan yang baik bagi menikmati Hari Raya dan berkongsi saat kegembiraan tanpa sebarang kerisauan.”

“Bagi yang meraikan Hari Raya dan mungkin akan berhenti di kawasan R&R dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing, kempen ini akan mendidik mereka tentang langkah penting dalam kebersihan seperti membasuh dan mengekalkan kebersihan tangan ke mana sahaja mereka pergi. Dalam erti kata lain, lebih ramai warga Malaysia yang mendapat perlindungan daripada kuman,” jelas Ena.


jom cuci tangan dan badan dengan produk Dettol


“Kami berharap orang ramai sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan dilindungi sepanjang musim perayaan ini supaya Hari Raya boleh disambut dengan meriah bersama keluarga dan sahabat handai. Dettol Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya dan selamat pulang ke kampung masing-masing!” kata Kim.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Dettol Malaysia akan turut memberi sumbangan kepada para pengguna serta mereka yang memerlukan. Slogan kempen adalah “Kekal Dilindungi, Kebaikan Dikongsi”, dan para pembeli boleh melakukan kedua-duanya dengan hanya membeli produk Dettol bernilai RM25 dalam satu resit. Bukan sahaja setiap pembelian menerima baucar ganjaran bernilai RM5, malah sebahagian daripada jualan akan disumbangkan kepada pertubuhan kebajikan terpilih.


Promosi ini berlangsung mulai 1 Mei 2018 hingga 30 Jun 2018. Jangan lupa untuk dapatkan produk-produk daripada rangkaian Dettol di mana-mana pasaraya dan kedai-kedai terpilih yang ada berdekatan dengan anda.


Untuk info lanjut boleh singgah dan LIKE facebook pages Dettol Malaysia di >> www.facebook.com/DettolMalaysia <<


3 comments for "Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya Bersama - DETTOL"

  1. sha suka yang botol biru tu best je guna

    ReplyDelete
  2. kite pun pengguna dettol dr dulu lg,.mmg best...esp dia punya shower tu biasa guna yg gambar timun tu..mmg terbaekkkkk hihi

    ReplyDelete
  3. Saya pulak suka pakai botol yang biru tue..memang best..

    ReplyDelete